Resepi Puding Caramel Yang Sangat Lembut, Setiap Gigitan Rasanya Yang Creamy Dan Manis!

0 1,475

Ramai tak pengemar puding caramel disini? Pasti semua tahu kesedapan puding caramelkan. Kali ini daily masak ingin kongsikan Resepi Puding Caramel yang super sedap pasti tak menyesal kalau mencubanya!

Puding ini dimasak menggunakan banyak telur, sebab itu rasanya lemak-lemak manis. Kalau kena sepotong memang tak cukup dengan rasa yang lembut, lemak dan manis sangat sedap sekali.

Boleh dikatakan puding caramel ni salah satu puding yang sering dibuat oleh mak-mak kita. Puding ini memang disukai ramai, kalau dahulu puding ini selalu dihidangkan pada pengantin atau pada hari raya.

Bahan-bahan untuk membuatnya pun tak banyak, cuma cara untuk membuat puding ini perlukan taknik sedikit. Kadang-kadang puding seakan tidak menjadi, mungkin ada teknik yang kurang dimana-mana.

Caramel yang diatas dimasak dengan menggunakan gula, dimasak sehingga menjadi caramel baru dituang kedalam Loyang. Resepi puding caramel ini telah dikongsi oleh Nur Masri.

 

RESEPI PUDING CARAMEL

Puding caramel juga dikenali puding gula hangus, disebabkan gula dimasak sehingga hangus atau menjadi caramel sebelum dimasukkan kedalam Loyang dan diratakan sehingga seluruh permukaan Loyang.

photo6242209463058673536.jpg (960×960)

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 1 tin susu cair
  • 5 biji telur gred A
  • 5 sudu makan gula ( boleh kurangkan)
  • 1 sudu teh esen vanilla

photo6242209463058673537.jpg (960×960)

CARA-CARA PENYEDIAAN ADUNAN PUDING CARAMEL

▶️ Mula-mula campurkan semua bahan dan blend sehingga sebati.

▶️ Selepas itu, ketepikan bahan yang dikisar tadi seketika.

photo6242209463058673539.jpg (960×960)

Bahan-bahan untuk caramel:
  • 5 Sudu besar gula
  • Sedikit air

 

CARA-CARA PENYEDIAAN CARAMEL

▶️ Masukkan gula dalam loyang. Masak gula hingga bertukar warna perang, dengan menggunakan api kecil.

▶️ Apabila dah dapat warna yang di ingini, perlahankan api dan tambah air sedikit. Kacau hingga gula larut dan ratakan keseluruh permukaan Loyang.

▶️ Sejukkan gula hangus terlebih dahulu.

photo6242209463058673538.jpg (960×960)

CARA-CARA PENYEDIAAN PUDING CARAMEL

▶️ Mula-mula tapis bahan blend tadi.

▶️ Seterusnya tuang bahan blend ke dalam loyang berisi gula hangus. Jangan risau jika gula hangus mengeras, apabila di kukus ia akan cair dengan sendiri.

▶️ Kukus dengan api sederhana selama 30 – 40 minit.

▶️ Apabila sudah masak sejukkan terlebih dahulu, dan terbalikkan untuk keluar dari loyang dan boleh dinikmati.

 

BACA JUGA : Resepi Roti Gulung Ala Sushi Sangat Menyelerakan, Hidangan Yang Menarik Untuk Minum Petang!

 

Pastikan puding disejukkan terlebih dahulu bagi mengelakkan puding pecah bila diterbalikkan. Apabila masih panas, tekstur puding terlalu lembut. Perlu menggunakan pinggan yang melekut atau loyang yang lebih besar sedikit untuk terbalikkan puding, kerana puding akan mengeluarkan airnya.

9449585.jpg (1200×800)

Puding caramel memang rasanya sangat manis, tapi boleh sahaja nak kurangkan manis didalam bancuhan puding. Oleh kerana gula hangus diatas puding sudah manis.

Puding caramel memang sedap dimakan, jika dimakan ketika sejuk memang lagi enak rasanya. Yang belum pernah cuba buat puding ini bolehlah cuba resepi puding caramel yang diberikan ini, selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.