Resepi Kek Pisang Coklat Yang Lembut, Gebu Dan Sedap. Hanya Guna Bahan Simple Je!
Sedapnya kalau dapat makan kek pisang waktu petang-petang macam ni kan? Pasti rasanya lembut dan gebu. Kalau anda dah terbiasa makan kek pisang biasa. Apa kata hari ni kite lihat perkongsian resepi kek pisang coklat pula. Rasanya yang lemak manis pisang dengan campuran coklat memang kombinasi yang terbaik. Cara nak buat pun simple je!
Pelbagai jenis pisang yang anda boleh gunakan untuk menghasilkan kek pisang coklat ni, antara pisang raja, pisang berangan, pisang susu termasukkan pisang emas. Rasanya memang manis dan sedap. Tekstur kek ni sangat gebu, lembut dan ringan. Nikmat sungguh bila dimakan.
Kek pisang coklat ni boleh dijadikan pemanis mulut yang paling simple untuk dihidangkan pada keluarga. Cara penyediaan yang cukup mudah. Bahan yang digunakan pun tidak renyah. Boleh didapati dirumah anda sahaja. Kalau buat sendiri confirm lah lagi sedap dan enak. Boleh adjust bahan mengikut citarasa sendiri.
Untuk resepi kek pisang coklat ni, kita menggunakan pisang emas sebab rasanya lebih manis dan enak. Pakai 7-8 biji pun dah memadai dan cukup berasa dengan saiz yang sederhana besar ni. Yang paling menarik resepi siap ada hirisan pisang potong diatasnya sekali. Menarikkan bila digigit terasanya pisangnya.
Perkongsian cara buat kek pisang coklat gebu lembut dan sedap ni ialah daripada Cik Puan Zaihanififie Abu Bakar. Mudah je resepi yang ditunjuk siap ajar step by step lagi. Lagi-lagi bagi anda yang baru nak belajar memang sangat mudah nak follow. Sekali buat pasti anda akan repeat lagi.
RESEPI KEK PISANG COKLAT GEBU
Untuk perasa coklatnya, anda boleh gunakan serbuk koko. Tapi ianya terpulang pada anda nak letakkan serbuk coklat atau pun milo. Wah pasti anda pun dah tak sabar nak mencuba resepi ni. Tanpa membuang masa lagi. Apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan resepi ni.
Bahan-bahan yang perlukan :
- 8 bji pisang emas (diblend)
- 1/2 cawan gula putih (diblend)
- 1 cawan minyak jagung (diblend)
- 1/2 cawan gula perang (diblend)
- 3 biji telur gred A (diblend)
- Secubit garam (diblend)
- 2 cawan tepung gandum (diayak)
- 1 sudu teh baking soda (diayak)
- 1 sudu teh serbuk penaik (diayak)
CARA PENYEDIAAN KEK PISANG COKLAT GEBU :
▶️ Sediakan bekas. Kemudian masukkan bahan yang diayak dalam bekas lepastu masukkan pula bahan blend.
▶️ Kaup balikkan adunan sehingga sebati. kalau nak buat 2 benua macam ni, bahagi adunan kepada 2 bekas, 1 biar kosong dan 1 lagi masukkan serbuk koko 2 sudu makan.
▶️ Kemudian kacau sebati adunan. Tuang dalam loyang yang disapu mentega. Boleh hiaskan dengan pisang diatasnya.
▶️ Bakar 60 minit suhu 170°c api atas bawah atau kukus 45 minit.
▶️ Dah sejuk boleh keluarkan dan potong. Siap untuk dihidang.
BACA JUGA: Resepi Churros Frozen Yang Simple Dan Sedap. Boleh Buat Pelbagai Perisa Yang Anda Suka!
Wah! Dah siap kek pisang coklat ni! Confrim kalau kek pisang coklat ni satu slice makan sorang pun boleh habis. Kalau anda sukakan manis boleh tambah sedikit gula dalam kek pisang coklat anda. Tapi kalau ikutkan resepi asalny, rasanya memang cukup rasa dengan manis dan berlemaknya. Tapi ianya terpulang pada citarasa masing-masing untuk menyediakannya.
Kek pisang coklat ni lagi gebu tu, lagilah sedap untuk dinikmati. Selain hidang untuk keluarga. Kek ni juga boleh dihidangkan untuk majlis-majlis keramainya. Memang pemanis mulut yang mendapat perhatian ramai nanti. Resepi dah anda, bila ada kelapangan nanti anda boleh cuba dirumah.
Lepas ni kalau ada pisang yang masak tak tahu hidangan apa boleh cuba resepi kek pisang coklat yang gebu ni. Semoga dengan perkongsian resepi ni memberi anda manfaat. Boleh je buat bila-bila masa yang anda suka. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!