Resepi Mee Celup Thai Super Sedap. Lepas Makan Confirm Terus Boleh Cakap Siam !

0 1,926

Sedapnya kalau dapat makan mee celup Thai pada musim hujan ini. Hirup sup panas-panas boleh berpeluh satu badan. Dimakan pula dengan sambal cili yang pedas memang menjadi lah. Resepi mee celup Thai super sedap ini boleh juga dihidangkan dengan bihun ataupun kuey teow sebagai pengganti mee.

Bahan dalam sup itu memainkan peranan yang penting untuk menjadikan mee celup Thai ini lebih sedap. Lagi pekat sup tu, lagi padu rasanya. Kebanyakan mee celup ini hanya boleh didapati di kedai pantai timur atau kedai Siam itu sendiri. Memang susah nak dapat. Tapi kalau buat sendiri lagi puas hati, siap boleh bertambah-tambah lagi.

Kebanyakkan orang akan confius antara mee celup dengan mee sup. Sebenarnya, kedua- dua menu ini adalah sama. Cuma yang membezakannya adalah mee celup akan dicelup dalam kuah sup manakala mee sup pula hanya perlu dicelur sahaja. Kalau nak lagi padu, rebus tulang mestilah lama barulah kuah sup akan lebih pekat.

Mee celup ini juga boleh dihidang pada bila-bila masa sama ada waktu makan tengah hari, petang ataupun malam. Boleh juga dijadikan juadah hari raya ataupun majlis-majlis tertentu. Menu yang sangat simple, pasti ramai menyukainya.

Disebabkan resepi ini sangat popular dan ramai menggemarinya. Apa kata kita follow resepi yang dikongsi oleh Cik Puan Maya Miera.  Buat sendiri lagi puas hati dan pasti akan terpikat dengan keenakannya mee celup Thai ini. Tak rugi cuba tau!

 

RESEPI MEE CELUP THAI SUPER SEDAP

Makan mee celup Thai ni wajib ada sambal cili dan juga chili flakes. Bila makan, gaulkan bersama kuah sup yang panas-panas. Tapi kalau yang tidak gemar makan pedas boleh tukar pada lada jeruk. Biasanya kalau kita pergi kedai makan, penjual akan menghidangkan penambah rasa dan cili di atas meja supaya kita boleh menambahkan rasa mee celup tersebut.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
  • 1 labu bawang putih (ditumbuk)
  • 3-4 Akar ketumbar (ditumbuk)
  • 2 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
  • Halia ketuk
  • Tulang daging 2kg
  • 1 keping Gula melaka
  • Kicap cair
  • Sos ikan
  • Kicap pekat
  • Garam secukup rasa
  • Ajinomoto (kalau nak buh)
  • Gula
  • Sup bunyut
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya
  • Ayam rebus dan diracik
  • Meatball
  • Mee/bihun celur
  • Hirisan daun ketumbar
  • Kangkung celur
  • Kacang tanah
  • Chili flakes
  • Cili sambal (cili padi merah+cuka+garam+gula diblend)

CARA PENYEDIAAN MEE CELUP THAI SUPER SEDAP:

▶️ Mula mula panaskan minyak di dalam periuk.

▶️ Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi dan halia hingga garing dan berbau wangi.

▶️ Masukkan tulang daging, air, sup bunyut, halia, gula putih, gula melaka, garam, kicap cair dan sos ikan.

▶️  Agak -agak 45 minit merebus dan air pun dah mendidih baru masukkan bahan-bahan perisa serta kicap.

▶️ Ayam rebus perlu carik-carikkan hingga halus.

▶️ Celur mee/bihun/maggi dan juga kangkung.

▶️ Sediakan semua bahan-bahan dan sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA : Resepi Jejari Kentang Cheezy Yang Mudah Dan Sedap. Sekali Makan Pasti Nak Lagi!

 

Siap untuk dihidang! Wah, sedap sungguh mee celup Thai ni. Bagi yang suka sayur boleh pelbagaikan jenis sayur seperti sawi dan taugeh.  Lepas ni tak payah pergi kedai Siam dah, boleh buat sendiri kat rumah. Kalau buat banyak boleh bagi pada jiran- jiran rasa.

Untuk melengkapkan lagi rasa padu, mee celup Thai boleh juga diperahkan air limau nipis. Rasa masam, pedas sambal dan dihidang panas- panas, terus tak cukup semangkuk dibuatnya. Menu yang sangat simple dan cara penyediaan yang mudah amat rugilah kalau tidak mencubanya.

Lepas ini kalau teringin nak makan mee celup cuba lah resepinya kat sini. Meriah sungguh hidangan dan confirm anak-anak akan suka. Semoga resipi mee celup thai super sedap kali ini akan memberi manfaat pada kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.