Resepi Spaghetti Bolognaise. Masakan Itali Yang Sedap Dengan Sos Bolognaise Homemade!

0 1,308

Masak masakan Itali sekali sekala sedap juga kan. Ni asyik makan mee kuning goreng je, kita cuba pula masak spaghetti bolognaise. Resepi Spaghetti Bolognaise kali ini dengan dengan sos bolognaise homemade yang sedap tau.

Nak order spaghetti kat kedai rasa macam tak berbaloi je, sepinggan dah berapa hinggit. Kalau beli barang pastu masak sendiri baru berapa hinggit, dapat pula makan ramai-ramai siap boleh tambah lagi.

Nak masak spaghetti ni tak susah pun, masak pun sekejap je. Hidangan ni nampak je macam simple spaghetti dengan kuah tomato je, tapi bila makan terus boleh cakap itali.

Biasanya kita akan beli sos bolognaise yang dah siap, banyak brand yang sedap-sedap tu   untuk memudahkan kita. Tapi ada je yang suka buat sos bolognaise sendiri sebab boleh mengikut citarasa sendiri.

Resepi Spaghetti Bolognaise telah dikongsi oleh Eryn Tj dengan resepi sos bolognaise homemade buat sendiri, pasti sedap dan secukup rasa ni.

 

RESEPI SPAGHETTI BOLOGNAISE

Bila masak sendiri, masakan Italy pun boleh dimelayukan. Macam mana tu? Lebihkan kepedasan dalam sos bolognaise dengan tambah cili padi mengikut citara sendiri.

Bahan-bahan yang diperlukan :
Sos Bolognaise
  • 2 biji bawang holland potong dadu
  • 3 biji tomato potong dadu
  • 1 tin cendawan di hiris nipis
  • 1 tin tomato puree
  • 1 tin tomato sup
  • 1 pack daging cincang basuh dan toskan
  • 2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar oregano
  • 1 sudu besar parsley
  • 1 paket spaghetti

CARA-CARA PENYEDIAAN SPAGHETTI BOLOGNAISE

▶️ Tumis Daging cincang bersama sedikit minyak dan planta hingga kekuningan.

▶️ Selepas itu masukkan Bawang Holland dan tumis hingga kekuningan.

▶️ Masukkan tomato puree dan tomato sup.

▶️ Kemudian, masukkan satu tin air dan kacau rata.

▶️ Masukkan buah tomato yg di potong dadu dan cendawan yg di hiris nipis.

▶️ Perasa kan dengan garam gula secukup rasa.

▶️ Akhir sekali, masukkan lada hitam Dan oregano.

▶️ Tabur kan dengan parsley setelah masak.

▶️ Jangan lupa rebus spaghetti dengan dimasukkan sedikit minyak didalam air rebusan.

 

BACA JUGA : Resepi Sotong Phat Phet. Masakan Thai Yang Cukup Rasa Pedas, Sedap Dan Beraroma!

 

Sekejap je dah siap masak masakan Itali ni. Rasa sos bolognaise yang masam-masam buah tomato dan aroma dari oregano dan parsley cukup menyelerakan sekali.
Kalau dah tekak melayu tu memang tak sah kalau tak pedas, tambah je sebuk cili Dalam sos bagi rasa masam-masam pedas sikit atau boleh tabur cili padi potong kat atas masa nak makan.

Resepi spaghetti bolognaise, ibu-ibu boleh cuba untuk anak-anak. Pasti anak-anak makan bertambah-tambah nanti siap suruh buat lagi. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.