Resepi Ikan Bawal Masam Manis Ala Kedai Thai. Pasti Membangkitkan Selera!
Hari-hari fikir nak masak apa! Sampai kering idea? Jom kita try resepi ikan bawal masam manis ala thai ini. Goreng sampai garing makan pula nasi panas- panas, boleh bertambah nasi dibuatnya. Resepi ikan bawal masam manis ini juga boleh dihidangkan dengan ikan lain seperti ikan tilapia, ikan kembung atau ikan siakap.
Resepi ini sangat sedap dan menyelerakan, boleh dicuba dirumah sahaja kerana penyediaan yang sangat simple dan mudah. Menu ini juga sesuai dihidang untuk makan tengahari ataupun malam. Anda boleh follow cara ini sahaja. Mudah je tau!
Bahan yang digunakan tidaklah susah diperolehi. Cuma perlu menggunakan bahan memasak yang confirm ada didapur anda sahaja. Selain dihidangkan dengan nasi putih, menu ini juga boleh dimakan dengan nasi hujan panas atau nasi tomato mengikut cita rasa anda.
Menu ini boleh dikatakan makanan kesukaan semua. Rasa yang masam manis itu membangkitkan selera bila dimakan dengan nasi putih. Ditambah lagi cara penyediaan hidangan ini yang sangat mudah dan tidak perlu mengeluarkan model yang banyak, anda juga boleh menukar ikan lain mengikut cita rasa masing- masing.
Disebabkan cara penyediaannya yang sangat simple dan sedap, apa kata anda follow resepi yang dikongsikan oleh penggunaan facebook cik Nurul Ateekah. Terima kasih juga berkongsi resepi. Bila buat sendiri lagi puaskan makan. Tak rugi cuba tau!
RESEPI IKAN BAWAL MASAM MANIS ALA KEDAI THAI!
Menu yang sangat simple dan sedap. Jom kita cuba buat! Tanpa membuang masa lagi, apa kata tengok satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan ikan bawal masam manis yang super sedap ini.
Bahan- bahan yang diperlukan adalah :
- 2 ekor Ikan bawal (dicuci bersih)
- 2 biji Tomato (potong dadu)
- Carrot (potong dadu)
- Timun (potong dadu)
- 1 batang akar ketumbar
- Daun ketumbar
- 4-5 sudu besar cili kisar
- 2 helai daun limau purut
- 1 batang serai (potong serong)
- 3 ulas bawang putih (diketuk)
- 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
- Cili hijau (potong dadu)
- Cili merah (potong dadu)
- 2 sudu besar sos ikan
- 4 sudu besar sos cili
- Satu sudu besar gula
- 1 sudu besar serbuk perasa
CARA PENYEDIAAN IKAN BAWAL MASAM MANIS :
▶️Lumurkan kunyit dan garam pada ikan. Kemudian panaskan minyak di dalam kuali, masukkan ikan dan goreng sehingga masak, angkat dan ketepikan.
▶️Panaskan minyak secukupnya, masukkan bawang putih dan tumis sehingga keperangan.
▶️Kemudian masukkan masukkan cili kisar, masak sehingga pecah minyak (Perlahankan api supaya cilinya betul-betul masak)
▶️Masukkan serai, daun limau purut dan hujung daun ketumbar. Gaulkan.
▶️Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan, gula dan serbuk perasa. Gaulkan.
▶️Masukkan timun, carrot, tomato, bawang merah, cili hijau dan cili merah. Gaulkan kesemuanya sehingga sekata dan biarkan ianya masak seketika.
▶️Masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati
▶️Angkat dan taburkan daun ketumbar dan siap untuk dihidang .
BACA JUGA : Resepi Ayam Goreng Berlado. Pasti Bertambah Nasi Dibuatnya !
Siap untuk di hidang, wah! Nampak sangat menyelerakkan. Tak susah pun nak menyediakan ikan bawal yang sangat super ini. Rasa masam dan manis ditambah pula sedikit pedas menjadikan menu ini sangat sesuai untuk di hidang untuk menu lunch ataupun dinner.
Nak lagi sedap hilangkan dengan telur dadar, makan dengan telur dadar confirm bertambah selera lagi. Sekali cuba resepi ini confirm repeat lagi! Serius tak menyesal. Menu yang sangat simple dan cara penyediaan yang mudah amat rugilah kalau tidak mencubanya
Semoga pengkongsian cara menyediakan resepi ikan bawal masam manis ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Boleh cuba bila-bila masa dan share supaya orang lain boleh mencuba resepi ikan masam manis yang sangat padu ini. Selamat mencuba!