Resepi Matcha Burnt Cheese Cake Yang Mudah, Hanya Menggunakan Blender Dan Air fryer Sahaja!
Nak buat kek bukan senang, agak rumit juga tapi ada sahaja kek yang mudah untuk dibuat. Sekarang ni tengah viral masak kek dalam air fryer. Kalau ada cream cheese dirumah sudah boleh untuk buat burnt cheese kek. Resepi Matcha Burnt Cheese Cake yang sangat mudah.
Pasti ramai yang mengemari cheese, sekarang ini apa sahaja makanan yang berupakan cheese pasti akan viral dan diminati ramai. Walaupun makanan yang menggunakan cheese agak mahal tapi tetap akan ada yang belinya.
Untuk buat cheese kek perlu digunakan cream cheese, oleh kerana cream cheese teksturnya lembut dan ringan agak mudah untuk digunakan sebagai bahan dalam kek. Rasa cheese yang masin dan berlemak tapi bila dimasukkan gula rasanya amat sedap sekali.
Sekarang ini penggunaan cheese bukan sahaja merangkumi dalam pembuatan kek tapi cream cheese juga sudah digunakan didalam minuman. Boleh dilihat air yang diperkenalkan oleh CoolBlog yang menggunakan cheese sebagai topping diatas minuman mereka.
Kebanyakkan penggunaan cheese dalam membuat kek tidak perlu dimasak atau dibakar untuk membuat satu hidangan kek. Boleh sahaja search no bake cheese cake ada pelbagai resepi yang tersedia. Resepi burnt cheese cake kali ini dikongsi oleh Elaine Lee.
RESEPI MATCHA BURNT CHEESE CAKE
Sekarang ini ramai sudah mempunyai air fryer, boleh dikatakan setiap rumah ada. Oleh kerana kegunaannya sangat memudahkan kerja ianya menjadi viral sekarang ini. Ianya sangat menjimatkan masa memasak dan sihat kerana tidak menggunakan minyak.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- Cream cheese 250g
- Gula halus 50g
- Telur 3 biji
- Tepung gandum 20g
- Tepung Matcha 5g
- Whiping cream 125ml
CARA-CARA PENYEDIAAN MATCHA BURNT CHEESE CAKE
▶️ Blender semua bahan hingga lembut.(tapis 2 kali sehingga rasanya halus)
▶️ Sapu butter pada loyang untuk elak melekat kat loyang atau boleh gunakan baking paper.
▶️ Selepas itu, masukkan adunan dalam loyang 6”inch, ketuk dengan ringan.
▶️ Panaskan air fryer selama 5 minit dengan suhu 170c dan masukkan adunan kedalam air fryer.
▶️ Suhu air fryer 170c selama 25 minit. Dah siap biarkan kek sejuk semulajadi.
▶️ Kemudian masukkan dalam peti ais selama 6 jam untuk memudahkan memotong dan lebih sedap jika dimakan sejuk.
BACA JUGA : Resepi Nasi Arab Kabsah Dengan Ayam Bakar, Hidangan Yang Enak Seperti Makan Direstaurant Timur Tengah!
Mudah sangat nak buat burnt cheese cake ni, masukkan semua bahan dalam blander sahaja dah boleh jadikan adunan kek. Tak perlu dah nak tunggu kembang bagai, blender sampai sebati dan hancur sahaja dah siap terus masuk air fryer.
Biasakan makan burnt cheese cake yang rasa original, sekarang cheese cake yang rasanya matcha. Matcha tu rasa macam mana ye? Matcha tu rasanya macam teh hijau, sedap sangat rasa dia sangat creamy.
Rasa cheese cake yang lemak-lemak manis ini memang akan menarik ramai orang menyukainya. Resepi matcha burnt cheese cake ini mudah sangat untuk dibuat dengan menggunakan blender dan air fryer sahaja, selamat mencuba!