Resepi Pucuk Ubi Kukus Masak Lemak Yang Mudah Dan Sedap. Rasanya Pasti Tidak Mengecewakan Anda!

0 902

Pucuk ubi memang sedap dimasak dengan pelbagai masakan. Kalau dicelur, selalunya ia dijadikan sajian pecal ataupun ulam yang dinikmati bersama sambal belacan dan budu. Hari ini nak share satu perkongsian yang sangat unik iaitu resepi pucuk ubi kukus masak lemak. Wah! Pasti sedap.

Yang menariknya pucuk ubi atau ubi kayu ini dimasak berbentuk segi empat dan berbeza dengan resepi yang biasa kita buat. Dikatakan resepi ini berasal dari Bandung, Indonesia. Yang mana di sana, sayur pucuk ubi juga dikenali sebagai singkong. Biasanya, singkong akan dimasak lemak dan dibentukkan segi empat seperti resepi ini.

Macam mana nak buat bentuk segi empat pada sayur pucuk ubi ni? Senang je, rebus pucuk ubi sehingga lembut dan buang airnya. Kemudian, dimasukkan kedalam loyang dan dituangkan telur yang telah dipukul kembang didalamnya.

Kemudian, lenyekkan pucuk ubi dalam loyang sehingga padat. Kukus sehingga masak. Pucuk ubi yang keras dan padat permukannya adalah pucuk ubi yang sudah masak dengan sempuran. Keluarkan dari pengukus, bila dan betul-betul sejuk baru potong saiz yang di inginkan

Nak tahu lebih detail, apa kata ikuti perkongsian resepi dari Cik Puan Suzana Othman. Pasti anda teruja dengan hasilnya. Menurut beliau, resepi ini telah menarik perhatian beliau sejak ianya dihidang di Bandung 8 tahun lalu. Dan menjadikan salah satu menu kesukaan keluarganya.

 

RESEPI PUCUK UBI KUKUS MASAK LEMAK

Di kampung pucuk ubi senang diperolehi, kalau di bandar memang kena beli lah. Harganya tidak lah terlalu mahal.  Sayur pucuk ubi ni antara  kesukaan orang ramai jugak. Tanpa membuang masa lagi apa kata kita tengok bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana penyedian resepi pucuk ubi kukus masak lemak.

Bahan-bahan yang perlukan :
Bahan A :
  • 1 ikat pucuk ubi (rebus dengan garam hingga lembut, kemudian perahkan airnya )
  • 10 biji telur
  • Garam

Bahan B :
  • 1 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • Segenggam ikan bilis*
  • Pucuk ubi yang dan siap dipotong
  • 1 kotak santan kelapa
  • 1 kotak serbuk kunyit
  • Garam
  • Minyak masak
  • Air secukupnya

*kisar bahan yang bertanda dan ketepikan.

CARA PENYEDIAAN PUCUK UBI KUKUS MASAK LEMAK :

▶️ Pecahkan telur dalam mangkuk. Masukkan sedikit garam kemudian pukul telur hingga kembang.

▶️ Sediakan loyong, oleskan sedikit minyak supaya tak melekat. Kemudian, masukkan pucuk ubi ke dalam loyang.

▶️ Curahkan telur ke eatas pucuk ubi. Kemudian, tekan-tekan supaya padat.

▶️ Panaskan pengukus, kukus pucuk ubi hingga masak. Cara nak tahu sama ada masak atau belum ialah dengan menekan permukaan pucuk ubi, kalau dah keras dan padat bermakna dah masak.

▶️ Keluarkan dari pengukus, sejukkan pada suhu bilik. Bila dan betul-betul sejuk baru boleh dipotong ikut saiz yang diingini.

▶️ Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan serbuk kunyit dan air secukupnya.

▶️ Masukkan pucuk ubi yang dan dipotong tadi.

▶️ Masukkan santan, perasakan dengan garam dan serbuk jika suka. Kacau perlahan hingga mendidih. Tutup api.

▶️ Taburkan cili merah semasa menghidang. Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Kerabu Suhun Sotong Yang Simple Dan Sedap. Rasa Masam Pedas Yang Kaw. Rugi Tak Cuba!

 

Tada! Siap pucuk ubi yang padu ni. Walaupun nak buat nya agak sedikit renyah tapi percayalah , ianya sangat berbaloi bila tengok anak-anak makan sayur tanpa dipaksa. Menu ini juga sesuai dihidang dengan nasi putih panas dan juga ikan goreng garing.

Nak pergi bandung jauh. Kalau rasa teringin nak mencuba masakan ala-ala Bandung boleh lah cuba resepi ni. bahan-bahan yang digunakan mudah didapati. Mungkin juga resepi ini akan menjadi salah satu menu kesukaan anda sekeluarga.

Boleh save dulu resepi yang dikongsikan ini, jika ada kelapangan boleh lah mencubanya. Semoga resepi pucuk ubi kukus masak lemak ini bermanfaat buat kita semua. Share juga pada kawan-kawan anda supaya sama-masa mendapat manfaat. Selamat  mencuba!.

Leave A Reply

Your email address will not be published.