Resepi Ayam Goreng Tomyam Pedas. Hidangan Ringkas Yang Mengiurkan. Sekali Cuba Mesti Nak Lagi!
Biasanya kita makan tomyam ayam, nasi goreng tomyam, tapi kali ni ayam goreng tomyam pula. Macam mana tu ayam goreng tomyam pedas? Resepi Ayam Goreng Tomyam Pedas agak berbeza dengan tomyam ayam ye.
Ada ibu-ibu yang pernah makan ayam goreng tomyam dan buat dirumah? Kalau belum, jom! Kita tengok resepi yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah ini, yang pasti mudah dibuat.
Ayam goreng tomyam pedas tidak sama dengan tomyam ayam kerana ayam goreng tomyam ini tidak berkuah seperti tomyam ayam. Cuma rasanya sahaja yang rasa tomyam.
Didalam resepi ini menggunakan agak banyak cili, jika ibu-ibu tidak mahu terlalu pedas bolehlah kurangkan kuantiti cili didalam masakan supaya sesuai dengan citarasa si pemakan.
Dalam masakan ayam goreng tomyam pedas masih menggunakan pes tomyam, untuk mendapat rasa tomyam yang sedap dan kaw dalam masakan ini. Jadi pengemar tomyam pasti sukakan resepi ini.
RESEPI AYAM GORENG TOMYAM PEDAS
Pes tomyam bukan sahaja boleh digunakan dalam masakan berkuah sahaja, tapi boleh juga digunakan untuk masakan yang tidak berkuah dan bergoreng seperti nasi goreng tomyam.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- Ayam 1 ekor(dipotong Dan dibersih)
- 5 sudu besar cili kisar
- 1@2 paket perencah tomyam
- 8 batang cili padi merah
- 8 batang cili padi hijau
- 1 batang serai(dihiris serong)
- 4 helai daun limau purut
- 1 biji tomato (dibelah 6)
- 1 labu bawang besar (dipotong bulat)
- 5 ulas bawang putih(dihiris)
- 2 cm lengkuas (dipotong)
- Lobak merah(tambahan)
- ½ cawan air
- 2 sudu besar SOS tiram
- 2 sudu besar SOS ikan
- Serbuk perasa(jika perlu)
- Garam Dan gula(jika perlu)
CARA-CARA PENYEDIAAN AYAM GORENG TOMYAM PEDAS :
▶️ Mula-mula, masukkan minyak masak secukupnya untuk mengoreng ayam.lumurkan sedikit kunyit dan garam pada ayam Dan goreng sehingga masak.
▶️ Seterusnya, minyak yang sama(keluarkan sedikit minyak untuk menumis bahan2 tomyam.
▶️ Tumiskan bawang putih,bawang merah,serai,daun limau purut dan lengkuas.masak sehingga naik bau dan kekuningan.
▶️ Selepas itu, masukkan cili kisar dan tumis sehingga masak dan pecah minyak.
▶️ Kemudian,masukkan perencah tomyam, cili padi, sos tiram, sos ikan dan tambahkan garam Dan serbuk perasa(JIKA PERLU) serta gaul rata.
▶️ Akhir sekali,masukkan lobak merah,ayam yang telah digoreng dan air ½ cawan..biarkan ianya merenih sebentar dan sedikit kering..
BACA JUGA : Resepi Sambal Ayam Penyet. Yang Menyegat Dan Mudah Untuk Dibuat!
Bau ayam goreng tomyam pedas ni memang menyegat betul, rasa pedas, masam dan masin memang secukup rasa. Kalau makan dengan dengan nasi panas tambah pula ada telur dadar memang terangkat habis.
Dalam masakan ayam goreng tomyam pedas ini, ibu-ibu boleh sahaja kalau nak tambah sayur seperti carot, bunga kobis atau apa-apa sayur kegemaran ibu-ibu. Supaya hidangan ini jadi hidangan lengkap.
Peminat tomyam mesti suka sangat dengan masakan ayam goreng tomyam pedas ni. Makan tomyam ayam dah sedap, ini pula masak ayam goreng tomyam pedas lagi bertambah sedap. Selamat mencuba resepi baru ibu-ibu!