Resepi Agar-agar Santan Lumut. Yang Sungguh Sedap Dan Menyegarkan!

0 46,295

Siapalah tak pernah merasa agar-agar lumut ni. Kalau dulu-dulu memang agar-agar lumut ni lah yang sering nenek-nenek kita buat bila ada majlis makan-makan atau pada bulan puasa. Resepi Agar-agar Santan Lumut ini senang sahaja, bahan-bahan pun tidak terlalu rumit untuk disediakan.

Agar-agar lumut biasanya berwarna hijau kerana penggunaan daun pandan, dan aromanya juga sewangi daun pandan. Jika makan masa sejuk-sejuk memang sedap sekali.

Agar-agar lumut atau agar-agar santan ini memang kesukaan orang tua dulu-dulu, walaupun kesukaan orang dulu-dulu, kanak-kanak jugak tak kurang minatnya. Agar-agar ini memang sedap rasa lemak manis dari santan.

Agar-agar lumut ni walaupun nampak ringkas dan mudah, tapi kalau salah cara tak akan menjadi layer santan dan pandan tu. Resepi agar-agar lumut dikongsi oleh Zura Zul.

Memang betul-betul sedap agar-agar lumut ni. Biar nama je pelik tapi rasanya memang sangat sedap. Resepi agar-agar lumut ini ibu-ibu boleh cuba dirumah, resepi yang mudah cuma perlukan teknik yang betul sahaja.

 

RESEPI AGAR-AGAR SANTAN LUMUT

Agar-agar lumut tak semestinya dimasak dengan daun pandan sahaja, ada juga resepi agar-agar lumut gula merah. Cara yang sama cuma tukarkan air pandan dengan gula merah sahaja.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 20g agar-agar tali @ serbuk agar-agar 11gm
  • 4 cawan air
  • 1 cawan gula
  • Sedikit gula batu
  • 1 biji telur gred A
  • 1 kotak santan kara 200ml + 1 cawan air jadikan 2 cawan santan
  • 1 cawan jus pandan ( blend 4 – 5 helai daun pandan dengan 1 cawan air ) tapiskan
  • Pewarna hijau epal
  • Sedikit esen vanilla
  • Sedikit garam

CARA-CARA PENYEDIAAN AGAR-AGAR SANTAN LUMUT :

▶️ Mula-mula masak agar-agar bersama air hingga larut agar-agar, masukkan gula dan kacau-kacau rata

▶️ Tuang jus pandan, tak nak bagi nampak pucat boleh tambah sedikit  pewarna hijau epal dan kacau-kacau rata.

▶️ Selepas itu, pecah telur dalam santan dan kacau-kacau sebati (guna whisk)

▶️ Kemudian, tuang terus dalam periuk agar-agar tadi dan masukkan sedikit esen vanilla & sedikit garam. kacau seketika dengan api besar.

▶️ Biarkan agar-agar tu masak mendidih membuak sampai permukaan periuk, tutup api dan kacau seketika.

▶️ Akhir sekali, tuang dalam loyang 8×8, biarkan beku/sejuk, nanti akan terbentuk menjadi 2 lapisan

▶️ Simpan dalam peti sejuk 1 – 2 jam dan boleh potong ikut suka

 

BACA JUGA :Resepi Nasi Lemak. Hidangan Yang Pasti Disukai Ramai!

 

Walaupun nama agar-agar santan lumut tetapi rasanya bila dikeluarkan dari peti ais memang sangat sedap. Boleh dikatakan makanan penyejuk tekak pada musim-musim panas.
Setiap suapan agar-agar lumut pasti akan mengimbas nostalgia zaman dulu-dulu. Teringat nenek yang selalu buat agar-agar lumut untuk makan pada waktu petang.

Ibu-ibu mesti dah tak sabar nak cuba buat agar-agar santan lumut ni kan?  Yang tanya sedap ke tak tu kena cuba dahulu resepi ni, gerenti buat sekali hari lain nak lagi. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.