Cara Buat Karipap Pusing. Sedap Dengan Kulit Yang Rangup Dan Intinya Yang Padat!

0 9,016

Karipap ialah antara kuih yang sangat popular. Siapa je yang tak suka makan karipap kan? Pasti ramai penggemarnya. Pelbagai jenis dan bentuk karipap yang ada di Malaysia ni. Tapi pernah tak  anda terangak nak buat sendiri. Selalu beli je kan. Dah alang-alang jumpa resepi buat karipap pusing yang rangup dan sedap ni, apa kata kita cuba buat!

Cara buat karipap pusing ni simple je. Bahan-bahan yang digunakan sama je macam karipap biasa orang buat. Cuma cara nak bentukan karipap ni je berbeza. Nak buat karipap pusing ni kena ambil masa sikit. Kena ikut step by step cara ulinya. Baru lah kulit karipap ni cantik berpusing dan rangup je.

Sebenarnya ada tips untuk membuatkan karipap anda kekal rangup walaupun dah semalaman. Pertamanya, anda kena gunakan air ais masa ingin menguli adunan tepung. Uli sampai menjadi doh pastu biarkan sedikit keras. Jangan lembik sangat. Dan bila nak goreng tu kena pakai minyak yang panas. Wah! Maka terhasil lah karipap yang rangup dan sedap.

Karipap ni juga boleh makan dengan pelbagai jenis inti antaranya inti sardin, inti ayam, inti daging termasuklah inti kentang seperti yang kita kongsi dalam resepi ni. Bila makan panas-panas confirm sebiji dua tak cukup dibuatnya. Tapi kalau buat sendiri untung boleh buat banyak-banyak dan makan puas-puas.

Cara buat karipap pusing yang sedap dan rangup ni dikongsikan oleh Cik Puan Azani AZ Zikri. Sangat mudah resepi yang dikongsi siap tunjuk step by step lagi. Hidangan yang sedap ni selain dimakan santai-santai bersama keluarga malah ianya boleh dihidangkan pada para tetamu juga. Pasti mereka menyukainya.

 

RESEPI KARIPAP PUSING SEDAP DAN RANGUP

Kalau anda follow resepi ni dengan mengunakan bahan adunan ianya boleh dapat 30 biji karipap pusing bergantung kepada saiz karipap juga. Kalau bilangan ahli keluarga tak ramai, lebihan karipap tu boleh dijadikan stock frozen. Simpan dalam plastik dan dimasukkan dalam peti sejuk. Bila nak makan tinggal keluarkan dan goreng sahaja.

Bahan-bahan yang perlukan :  
Bahan inti :
  • 5-6 bji kentang saiz sederhana
  • 2 sudu serbuk kari
  • 3 bji bawang merah
  • 3 ulas bwang putih
  • Sedikit ikan bilis
  • Sedikit garam
  • 3-4 sudu gula (terpulang pada citarasa)
  • Sedikit ajinomoto kalau suka

 

Bahan doh A :
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1/3 cawan minyak masak (anggaran 80ml) mesti dipanaskan.
  • 160ml air sejuk + 1 sudu garam (larutkan)

 

Bahan doh B :
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 3 sudu makan marjerin
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1 sudu besar air (kalu doh keras tmbah air cikit. Jangan tambah majerin ye)

CARA PENYEDIAAN KARIPAP PUSING SEDAP DAN RANGUP :

▶️ Mula-mula kita buat inti kentang dulu. Pertama kupas kulit kentang, rebus sampai empuk kemudian lenyekan sampai lumat.

▶️ Selepas tu masukkan semua bahan inti diatas. Kemudian gaul rata. Dah siap buat inti.

▶️ Kemudian cara-cara buat aduanan kulit pula. Pertama masukkan semua bahan doh A.

▶️ Ambil minyak panas kemudian tuang dalam tepung. Lepas tu masukkan campurankan larutan air garam tadi.

▶️ Uli sampai jadi doh macam ni. Siap untuk doh A.

▶️ Untuk doh B, masukkan tepung dan marjerin dan sedikit perwarna hijau. Tambah sedikit air.

▶️ Dan uli sehingga sebati. Ok siap untuk doh B.

▶️ Setelah itu, bagikan doh A dan B menjadi 3 bebola macam ni. Tapi doh B mesti lebih kecil dari doh A seperti gambar diatas.

▶️ Lenyekkan doh A, masukkan doh B kedalamnya. Jadikan macam inti.

▶️ Tutup rapat. Jadikan bebola besar macam ni.

▶️ Kemudian lemperkan atau lenyekkan. Sampai  lagi saiz macam diatas.

▶️ Kemudian gulungkan ke atas macam ni. Hujung sampai hujungnya.

▶️ Selepas digulung. Lenyek lagi.

▶️ Kemudian gulung lagi. Hal ini untuk hasilkan karipap pusing yang cantik.

▶️ Doh yang asal 3 bulat. Dah jadi doh yang panjang dan bergulung.

▶️ Kemudian potong doh ni menggunakan pisau yang tajam. 1 gulung boleh dapat 9 ke 10 potongan.

▶️ Lenyek kan doh jangan nipis atau tebal sangat. Sedang-sedang je.

▶️ Kemudian masukkan inti. Kemudian kelimkan bahagian tepi karipap tersebut.

▶️ Siap. Nanti boleh dgoreng dan dihidangkan!

 

BACA JUGA: Resepi Gulai Lemak Nenas Ikan Kurau. Masakan Style Kampung Paling Mudah Dan Sedap!

 

Fuhh! Siap untuk karipap guling. Walapun banyak stepnya malah bila dah siap mesti anda akan puas hati. Kalau nak hanya perlu digoreng sahaja. Lagi bertambah syok bila dihidangkan bersama air kopi panas-panas memang nikmat betul. Anak-anak pun pasti laju je bila makan karipap pusing ni. Selain rasanya sedap malah warnanya juga menarik selera anak-anak untuk makan.

Kalau buat sendiri ni boleh letak intinya padat-padat. Bila makan lebih puas hati. Daripada beli di kedai, kadang-kadang penuh oksigen je kan. Tapi ianya terpulang pada selera anda juga. Sesetengah orang suka kalau ada lambung sikit intinya. Bila makan takde lah muak sangat.

Selain makan sendiri. Nak jual pun boleh ni. Karipap menu kesukaan ramai orang. Kalau buat berniaga ade permintaannya. Semoga dengan perkongsian resepi karipap pusing yang sedap dan rangup ni dapat memberi anda manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.