Resepi Kuih Talam Keladi Yang Enak. Warna Unggu Memukau Yang Lembut Dimakan!

0 2,196

Kalau nak tahu kuih talam keladi merupakan kuih orang dulu-dulu yang lembut dan sedap dimakan. Kuih ini berwarna putih dan ungu yang boleh menarik perhatian orang dengan warnanya dan belum lagi dengan rasanya.

Ubi keladi direbus dan dimakan begitu sahaja pon sudah sedap in pula dijadikan kuih. Rasa lemak manis kuih talam dan teksturnya yang lembut akan membuat si pengemar kuih traditional.

Sebenarnya, resepi ni diolah sedikit supaya lebih senang untuk ibu-ibu yang baru pertama kali ingin membuatnya, dengan mengurangkan layer pada setiap bahagian warna kuih talam dan dijadikan kepada 3 layer sahaja.

Resepi kuih talam keladi kali ni diolah sedikit dan dikongsi oleh Iedaa Jahaya untuk lebih menarik lagi. Ibu-ibu yang sudah lama ingin mencuba untuk membuat kuih talam keladi ini, boleh ikut resepi yang disediakan.

Bagi yang suka makan kuih lapis biasa warna merah jambu dan putih tu, sesekali boleh cuba buat versi keladi ni. InsyaAllah kena dengan selera kita orang kampung ni.

 

RESEPI KUIH TALAM KELADI

Resepi ini mungkin agak rumit sedikit untuk bahagian layer kuih talam tapi hasilnya pasti akan memuaskan hati ibu-ibu apabila buat sekali terus dapat hasil yang cantik.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 1600ml santan sederhana pekat
  • 2 helai daun pandan simpul
  • 550g gula kastor
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 165g tepung ubi
  • 85g tepung beras
  • Pewarna keladi berwarna unggu
  • Perisa keladi

CARA-CARA PENYEDIAAN KUIH TALAM KELADI : 

▶️ Mula-mula, masukkan santan, daun pandan, gula kastor, dan esen vanilla ke dalam periuk.

▶️ Masak dengan api sederhana sehingga mendidih sedikit. Sentiasa kacau supaya santan tidak pecah minyak. Tutup dan ketepikan.

▶️ Bancuhan tadi bahagi kepada 3 bahagian didalam jug. 1 bahagian untuk putih dan 2 bahagian untuk ungu.

▶️ Seterusnya, ambil jug pertama yang untuk bahagian putih. Masukkan tepung ubi dan tepung beras. Kacau sehingga sebati dan tapiskan.

▶️ Kemudian untuk jug kedua, bahagian keladi dimasukkan warna ungu dan perisa keladi. Campur sekali trpung beras dan tepung ubi. Kacau dan tapiskan.

▶️ Untuk jug ketiga sama sahaja cara macam jug kedua.

▶️ Panaskan pengukus. Sapukan minyak pada loyan atau lapik plastik supaya kuih tidak melekat nanti.

▶️ Selepas itu, masukkan 1 bancuhan untuk lapisan unggu terlebih dahulu. Kukus sehingga masak dalam 5-10 minit.

▶️ Kemudian masukkan bancuhan putih dan kukus selama 5-10 minit.

▶️ Akhir sekali jug ketiga untuk bahagian atas yang bewarna unggu, kukus sehingga masak.

▶️ Bila dah masak, sejukkan dan baru potong.

 

BACA JUGA : Resepi Ayam Sambal Bali Yang Marvellous. Hidangan Simple Tapi Sedap Menjilat Jari!

 

Cantik betul kejadiannya, sampai nak makan pon tak sampai hati. Warna unggu betul-betul mengoda. Kalau peminat warna unggu tengok mesti jatuh cinta dengan kuih ni.

Kalau nak lagi sedap kuih talam keladi ni, boleh letakkan ubi keladi yang dipotong dadu kedalam loyan sebelum dikukus. Pastikan ubi keladi sudah direbus atau dikukus terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam adunan supaya kuih talam masak dengan sempurna.

Ibu-ibu jangan lupa balut pisau dengan plastik sebelum dipotong untuk memudahkan. Resepi kuih talam keladi ni sangat sedap, dia punya gedik tu elok je. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.