Kuih gegatah salah satu kuih tradisi masyarakat banjar, ramai yang tak kenal kuih ni sebab jarang dapat jumpa. Resepi Kuih Gegatah agak senang dibuat, ibu-ibu boleh follow resepi ini.
Bukan senang nak jumpa kuih gegatas ni, nak cari dikedai tak semua tempat ada. Jadi moh ler kita buat sendiri, kalau yang teringin tu boleh follow resepi yang kami kongsi ni.
Kuih gegatas rasanya lemak-lemak manis bila dimakan pasti memikat selera si pemakan. Teksturnya yang lembut dan kenyal amat disukai dan sering dijadikan hidangan minum petang.
Kalau di kelantan kuih ini dinamakan kuih badak cuma bentuknya seperti donut dan disira dengan air gula. Walaupon berbeza bentuk tapi rasa tetap sama sedap lemak manisnya.
Resepi kuih gegatas telah dikongsi oleh Nadia Ismail, cara mudah untuk membuat kuih gegatas yang sedap ini yang susah didapati. Jom follow resepi ini.
RESEPI KUIH GEGATAS
Kuih gegatas sangat mudah dibuat, cara penyediaan paling senang hanya perlu uli, gentel dan goreng sahaja. Mudah dan tidak renyah untuk disediakan.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- Kelapa parut setengah biji
- 2 cawan tepung pulut
- 2 senduk tepung gandum
- 1 sudu kecil garam
- Air secukupnya
- Gula
CARA-CARA PENYEDIAAN KUIH GEGATAS
▶️ Mula-mula, campurkan kelapa parut, tepung pulut, tepung gandum dan garam dalam satu bekas.
▶️ Kemudian uli adunan dengan air sampai adunan menjadi sebati dan tidak lekat di tangan.
▶️ Selepas itu bentukkan adunan ( rujuk pd gambar)
▶️ Goreng kuih dengan menggunakan api yg sederhana sehingga kekuningan.
▶️ Akhir sekali kisar gula dan taburkan diatas kuih seperti donut.
BACA JUGA :Resepi Kuih Lapis Pelangi. Cantik Dipandang Sedap Dimakan Dengan Penuh Rasa Lemak Manisnya!
Senang je buat kuih gegatas ni, walaupun susah dicari boleh dibuat sendiri. Bila buat sendiri lagi puas hati dan lebih sedap. Hidang pula untuk minum petang bersama keluarga.
Resepi asal orang dulu-dulu kuih gegatas ni dengan sirakan kuih seperti kuih keria, menggunakan gula. Jadi kuih ini agak manis untuk orang yang tidak suka makan makanan yang terlalu manis.
Jika ingin buat dalam kuantiti yang banyak, boleh gandakan bahan-bahan yang diberi. Resepi kuih gegatas ini tidak terlalu renyah untuk ibu-ibu mencuba. Selamat mencuba!