Resepi Pau Kukus Gebu Gebas, Sukatan Menggunakan Cawan Yang Mudah Untuk Dibuat!

0 60,569

Pau merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung dan yis, diuli dan dibentukkan bulat yang mempunyai inti didalamnya. Pau dimasak secara dikukus dengan menggunakan pengukus, jom lihat Resepi Pau Kukus ini.

Didalamnya akan diisikan dengan inti sama ada manisan, berdaging atau sayur-sayuran. Kebiasaannya pau kukus ini dimakan oleh masyarakat cina pada waktu sarapan pagi. Sebab itu, kebanyakkan kedai mereka akan menjual pau kukus didalam steamer yang diletak diluar kedai.

Kalau dilihat pau kukus akan ada setitik pewarna diatasnya, bagi menandakan jenis inti yang terdapat didalam pau tersebut. Kuih ini biasanya akan dihidangkan panas-panas, dan sekarang ada juga dijual secara sejuk beku.

Bagi membuat pau tidak susah, doh perlu diuli terlebih dahulu sehingga lembut dan sempurna, orang kata sehingga doh masak. Apabila doh diuli dengan sempurna tekstur roti pau akan menjadi lembut.

Pau memang sedap dimakan, lebih-lebih lagi bila dimakan ketika masih panas-panas. Ditambah pula dengan intinya yang sedap lagi menyelerakan. Resepi pau kukus ini telah dikongsi oleh Ummi Anje Irah.

 

RESEPI PAU KUKUS

Dalam satu adunan pau, boleh dibuat tiga lagi jenis kuih iaitu roti goreng, cakoi dan donut. Haa, mudah je nak buat empat jenis kuih sekali gus, dengan menggunakan satu doh sahaja, boleh dibuat kuih yang berlainan.

photo6280581353716165548.jpg (648×1152)

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 3 sudu minyak masak
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar mauripan@yis
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu besar gula
  • Setengah cawan air suam
  • Sedikit garam

photo6280581353716165547.jpg (648×1152)

CARA-CARA PENYEDIAAN PAU KUKUS

▶️ Satukan yis, air suam, gula dalam mangkuk kacau dan biarkan 10
minit hingga berbuih.

▶️ Dalam mangkuk berlainan masukkan tepung, susu pekat, garam
minyak masak dan gaul sebati.

▶️ Selepas itu masukkan campuran yis dan uli hingga menjadi doh, bentukkan bulat-bulat.

▶️ Kemudian, biarkan doh naik, tutup dengan plastik.

▶️ Leperkan doh masukkan inti dan biarkan doh mengembang sekali lagi.

photo6280581353716165549.jpg (648×1152)

▶️ Kukus pau selama 10 minit sahaja dengan menggunakan api sederhana besar (jangan lebih nanti pau berkedut)

▶️ Balut penutup kukusan dengan kain, supaya air tidak jatuh pada permukaan pau.

photo6280581353716165550.jpg (648×1152)

▶️ Selepas 10 minit tu angkat sekali dengan periuk kukusan tu dulu baru bukak tudung nya untuk elak pau berkedut.

 

BACA JUGA : Resepi Mee Goreng Basah Tauhu Hancur. Sedap Dimakan Ketika Masih Panas, Rasanya Padu Sekali!

 

Puas hati bila dapat buat sendiri, dapat makan sampai kenyang. Baisanya kalau beli mesti intinya tidak terlalu banyak, lebih banyak roti dari inti. Sekali masuk mulut boleh rasa kelembutannya, itu yang membuatkan pau lagi sedap.

2356677765.jpg (1200×800)

Pelbagai inti boleh diisi, seperti inti kacang merah, kelapa, kaya, kentang kari daging atau ayam, atau kacang hijau. Sekarang ini sudah ada inti coklat, custard, cheese dan lain-lain lagi, pau sekarang sudah dipelbagaikan bukan sahaja inti tapi bentuk juga.

Resepi pau kukus memang sedap dimakan, sesuai dihidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi. Bagi mendapatkan pau yang lembut dan gebu boleh juga menggunakan pelembut roti didalamnya. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.