Resepi Kek Span Keladi Yang Simple. Sangat Gebu, Lembut Dan Sedap!

0 2,816

Kalau tengok gambar kek terus craving nak makan kek kan? Sesetengah orang lebih suka kek yang simple-simple je dan ada sesetengah orang suka yang heaven. Sebenarnya kek yang simple lagi sedap. Tak perlu ada topping bagai. Cukup dengan rasa aslinya. Perkongsian resepi kek span keladi kali ni yang cukup simple dan mudah. Malah rasanya cukup sedap dan nyummy.

Kek span ni kena dengan selera semua orang. Ciri-cirinya juga ringan, lembut dan gebu. Memang amat sesuai nak buat makan-makan santai. Tapi kek ni agak special sikit kerana menggunakan perisa keladi dan warna yang cukup cantik. Biasanya kalau kek span kita guna perisa pandan atau butter biasa. Kek span keladi ni memang menarik untuk mencubanya.

Cara penyediaannya cukup mudah dan bahan yang digunakan pun tidak renyah. Walaupun ringkas bahanya, tapi rasa dan bau kek semerbak lagi-lagi lepas dibakar. Makan macam tu je dah sedap. Kalau dihidangkan bersama kopi panas lagi membangkitkan selera.

Kadang-kadang suami dan anak-anak pun dah bosan asyik makan kek cheese atau coklat moist. Jadi sekali sekala buat kek span yang simple macam ni, memang suka lah mereka. Anda juga boleh menggunakan topping jika anda mahu. Terpulang pada kreativiti anda.

Selain perisa keladi, anda boleh menggunakan pelbagai perisa lain yang anda suka seperti perisa blueberry, strawberyy, oren atau macam-macam lagi. Terpulang pada selera anda. Resepi yang mudah dan sedap ni kongsi oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Nor Al Fatihah. Resepi yang dikongsikan beliau memang semua menarik dan wajib anda cuba.

 

RESEPI KEK SPAN KELADI YANG SIMPLE 

Bila ada kelapangan bolehlah cuba resepi ni pulak. Boleh jadikan pemanis mulut anda dirumah. Cara nak buat pun simple. Jadi tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan resepi.

Bahan-bahan yang perlukan :  
  • 6 biji putih telur A @ B (Meringue)
  • 3/4 cawan gula kastor (kalau gula pasir 1/2 cawan saja) (Meringue)
  • 1 sudu teh cream of tartar (boleh ganti 1 sudu besar jus lemon) (Meringue)

 

Bahan kek : 
  • 6 biji kuning telur A @ B
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 1/2 sudu teh yam emulco (perisa keladi)
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 cawan tepung naik sendiri (tepung kek Bluekey kotak pink)
  • Pewarna unggu & putih
CARA PENYEDIAAN KEK SPAN KELADI YANG SIMPLE :

▶️ Bahan untuk meringue, pastikan bekas adunan bersih daripada air @ minyak.

▶️ Mula-mula pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian, masukkan cream of tartar. Pukul lagi dengan medium speed.

▶️ Masukkan gula sedikit demi sedikit sebanyak 3 peringkat sambil pukul dengan high speed hingga stiff peak (bertanduk). Bila di terbalikkan bekas adunan tak jatuh. Ketepikan.

▶️ Untuk adunan kek pula. Satukan kuning telur, santan, minyak, emulco atau perisa keladi. Pukul lagi dengan medium speed dalam 3-4 minit hingga kembang.

▶️ Masukkan tepung & pukul sekejap saja dalam 1 minit. Masukkan meringue sedikit demi sedikit secara 3 peringkat sambil kaup balikkan dari bawah ke atas perlahan2 hingga sebati.

▶️ Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian di campur dengan pewarna unggu & satu lagi di campur dengan pewarna putih. Kalau tak ada, boleh di biarkan kosong saja atau boleh nak warnakan dengan warna lain.

▶️ Masa ni boleh panaskan oven dulu pada suhu 150°c selama 10 minit api bawah. Sapu loyang 9 inci dengan marjerin & alas dengan baking paper di bawah & tepi loyang.

▶️ Mula-muda sudukan adunan putih sebanyak 4 sudu besar di tengah2 loyang. Kemudian, sudukan pula adunan unggu di atasnya. Jangan di kacau. Ulang lagi langkah yg sama hingga habis. Di akhirnya, saya sudukan 3 sudu, kemudian 2 sudu & atas sekali 1 sudu

▶️ Tutup bahagian atas dengan adunan unggu. Kemudian, campur sedikit lagi pewarna unggu supaya lebih terang. Tompok2kan dengan sudu, ambil pencungkil gigi tarik di tengah tompok2 tu menjadi bentuk love/daun.

▶️ Hentak2kan sedikit loyang supaya tiada rongga udara/lubang setelah di bakar nanti. Masukkan loyang kek ke dalam loyang yg lebih besar. Isi air panas hingga 1/4 dari loyang kek. Teknik ni ialah “water bath”

▶️ Bakar pada suhu 150°c selama 1 jam di rak tengah menggunakan api bawah dulu. Kemudian, 5 minit lagi bakar api atas saja di rak paling bawah hingga sedikit keperangan di atasnya.

▶️ Bila di cucuk dengan lidi ia bersih bermakna kek sudah masak.

▶️ Sebaik keluar dari oven, terus terbalikkan ke atas jaring & terbalikkan semula ke atas. Potong & sedia di hidangkan

 

BACA JUGA: Cara Buat Karipap Pusing. Sedap Dengan Kulit Yang Rangup Dan Intinya Yang Padat!

 

Nyummy! Menarikkan kek span keladi yang dikongsikan beliau. Buat minum petang memang sedap. Lagipun kek span antara menu legend dan sentiasa jadi kegemaran semua orang. Memang rugilah kalau anda tidak mencubanya. Kalau beli dikedai mungkin kurang sedap dengan tekak kita. Tapi bila buat sendiri lagi puas hati makan.

Untuk coraknya anda boleh ikut kreativi masing-masing. Buatlah apa-apa corak pun yang anda suka. Kek span yang sedap, lembut dan gebu ni boleh juga dihidangkan sebagai pemanis mulut untuk tetamu. Malah kek ni juag boleh tahan 2-3 lagi juga tau.

Tapi biasanya lagi sedap bila makan time tu je. Kalau anak-anak dah suka hari hari pun boleh licin. Semoga perkongsian resepi kek span kelada ni dapat memberi anda manfaat. Boleh cuba bila ada kelapangan nanti. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.