Dengar je asam pedas dah terbayang negeri Melaka, macam-macam masakan asam pedas ada. Tapi kali ni lain sikit, Resepi Asam Pedas Ikan Siakap. Jarang-jarang ikan siakap buat masak asam pedas ni, biasa masak tiga rasa je.
Masakan asam pedas ada banyak versi, asam pedas Melaka kuahnya lebih pekat dan perlu ditumis, kalau asam pedas Kelantan dan kedah cara masak berbeza sebab tidak perlu ditumis dan kuahnya cair.
Resepi kali ini versi asam pedas cara Melaka, kuah yang pekat, cukup rasa kalau tengok sudah tahu sedap. Siapalah yang tak suka makan asam pedas ni, rasa masam-masam pedas memang boleh buat makan nasi bertambah-tambah lah.
Resepi asam pedas ikan siakap telah dikongsi oleh Nooraini Ramly yang telah dapat banyak kongsian. Bahan dan cara yang sangat mudah untuk dikongsi. Jom kita tengok bahan-bahannya!
Oh ya! Bagi yang ada pasangan orang Melaka tu, bolehlah belajar masakan asam pedas ni, dan sesekali buat untuk pikat hati mak mertua. Mana tahu boleh jadi menantu kesayangan kan. Hehe
RESEPI ASAM PEDAS IKAN SIAKAP
Daun kesum salah satu pembangkit rasa dan aroma dalam masakan asam pedas. Kalau tak letak memang akan rasa masakan asam pedas kurang menyegat, tapi jika tiada boleh sahaja kalau tak nak letak.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 1 ekor Ikan siakap
- Daun kesum
- Serai ( diketuk )
- Air asam jawa
Bahan-bahan kisar
- 3 Biji bawang merah
- 3 Biji bawang putih
- 2 inci Halia
- 1 inci Kunyit hidup
- 1 sudu makan Jintan manis
- Sedikit Belacan
- 1 gengam Cili kering yang dah direbus atau mengikut tahap kepedasan yang diingini.
CARA-CARA PENYEDIAAN ASAM PEDAS IKAN SIAKAP :
▶️ Kisar kesemua bahan kisar dengan sedikit air.
▶️ Mula-mula panaskan minyak dan masukkan bahan yang telah kisar tadi.
▶️ Seterusnya, masukkan serai dan tumis sehingga garing atau pecah minyak.
▶️ Selepas itu, masukkan air asam jawa. Kalau suka masam boleh letak lebih.
▶️ Masukkan air mengikut kepekatan kuah yang diingini.
▶️ Kemudian, masukkan perasa perasa masakan, garam, gula sedikit.
▶️ Akhir sekali, masukkan ikan dan daun kesum apabila kuah sudah mendidih. Tunggu ikan sehingga masak baru tutup api.
BACA JUGA : Resepi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers. Sedap Dan Senang Buat Di rumah Sahaja!
Yang paling penting dalam setiap masakkan ialah penggunaan bahan basah yang segar. Ikan siakap perlu ikan yang segar supaya rasa manis ikan itu ada dan dapat menyedapkan lagi asam pedas ikan siakap.
Kebiasaannya dalam masakan asam pedas akan diletakkan bendi dan tomato, tetapi jagan masak terlalu lama nanti sayur menjadi lembik dan pecah didalam kuah. Selain itu, boleh juga diletakkan sayur terung untuk pelbagaikan sayur dalam asam pedas.
Resepi asam pedas ikan siakap ini amat mudah dan senang untuk dibuat. Rasanya pon sangat sedap dan membangkitkan selera lagi. Siapa lah tak gemar dengan masakan ini kan, kalau kena dengan selera boleh bertambah nasi dalam pinggan tu. Selamat mencuba!