Resepi Kuih Sagu Merah Mengancam, Kuih Traditional Yang Terlalu Mudah Untuk Dibuat!
Sagu adalah sejenis kanji yang tehasil daripada teras berkabus tertam batang rumbia. Pokok sagu merupakan sumber makanan ruji bagi kaum peribumi Sabah dan Sarawak. Kali ini kami akan kongsikan Resepi Sagu Merah yang sangat mudah.
Kuih ini sangat mudah untuk disediakan dan bahan-bahan yang digunakan pun sangat sedikit, jadi sangat cepat untuk dibuat. Biasanya kuih ini mudah didapati di tempat kedai-kedai yang menjual kuih pada waktu pagi.
Secara traditional sagu dimasak dan dimakan dalam pelbagai bentuk seperti digulung dalam bentuk bebola, dicampur dengan air mendidih, dikukus atau direbus. Cara untuk masak sagu sangat senang hanya menggunakan air panas atau dikukus sehingga masak.
Kuih sagu biasanya berwarna merah dan disaluti dengan kelapa parut. Kuih ini hanya menggunakan sagu tanpa campuran tepung untuk memasaknya. Rasanya manis dan lemak masin pada bahagian kelapa parut.
Selain daripada nama sagu merah, ianya juga dipanggil kuih sagu mata ikan atau kuih sagu delima. Warna merah ini menggunakan sirap untuk mendapatkan warna merah yang cantik. Resepi kuih sagu merah ini dikongsi oleh Noor Rahim.
RESEPI KUIH SAGU MERAH
Banyak kegunaan sagu dalam masakan manisan seperti sagu digunakan juga didalam serawa atau pengat, dimakan dengan gula melaka dan susu cair, atau dibuat puding. Sagu boleh diwarnakan mengikut warna yang kita inginkan.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 1/2 cawan sagu putih
- 1 sudu sirap ros
- 5 sudu gula
- kelapa parut
- secubit garam
CARA-CARA PENYEDIAAN KUIH SAGU MERAH
▶️ Mula-mula basuh sagu dan tapis, masukkan sirap ros dan kacau sehingga sebati. Kemudian tambah sedikit air dan rendam 1–2 jam.
▶️ Selepas itu, tapis sagu dan masukkan gula. kacau sehingga sebati.
▶️ Masukkan sagu dalam bekas kecil dan kukus selama 25-30 minit.
▶️ kukus kelapa yang sudah di campur secubit garam, kukus seketika.
▶️ Selepas siap keluarkan sagu dari bekas dan golek dalam kelapa parut tadi.
BACA JUGA : Resepi Matcha Burnt Cheese Cake Yang Mudah, Hanya Menggunakan Blender Dan Air fryer Sahaja!
Salah satu kuih traditional yang sangat mudah untuk dibuat, tanpa perlu adunan atau sukatan dengan hanya menggunakan beberapa bahan boleh menghasilkan satu hidangan kuih yang sangat sedap.
Sagu yang dikukus juga boleh dimakan dengan air gula melaka dan susu cair jika tidak mahu dimakan dengan kelapa parut. Kuih ini boleh dipelbagaikan dengan mengikut kreativiti sendiri ketika makan.
Resepi kuih sagu merah ini adalah resepi paling mudah untuk kuih traditional dan hendak menyediakannya pun agak senang dan cepat. Bagi orang yang tidak pandai memasak pun boleh membuatnya dengan sempurna, resepi sudah tersedia boleh mencubanya!