Kuih nagasari merupakan sejenis kuih traditional yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Ia juga didapati di Indonesia sebagai kuih bandang-bandang. Kali ini kami ingin kongsikan Resepi Kuih Nagasari yang sangat sedap.
Ia merupakan sejenis kuih yang diperbuat menggunakan tepung beras dan dicampur dengan pisang nangka. Kuih nagasari kemudiannya dimasak dengan cara dikukus. Sekarang ini kuih ini agak susah untuk didapati kerana jarang dihasilkan untuk diniagakan.
Kerana kuih ini rasanya yang manis ianya sangat diminati ramai. Selain itu, kerana dibungkus dengan daun pisang ianya mempunyai aroma yang khas yang dikeluarkan daripada daun pisang. Banyak kuih yang menggunakan daun pisang sebagai pembungkus.
Tepung beras yang digunakan akan dicampurkan dengan santan dan dimasak sehingga likat sebelum dibalut dan dikukus. Cara balut kuih ini juga sangat mudah hanya perlu dilipat kedua bahagian tepi daun pisang kemudian dilipat pula bahagian memanjangnya.
Daun pisang yang digunakan perlu dilayur terlebih dahulu supaya daunnya lebih lembut untuk dilipat, jika tidak dilayur diatas api kulitnya akan susah dibentuk dan akan mudah terkoyak. Resepi kuih nagasari dikongsi oleh Zhrah Juli.
RESEPI KUIH NAGASARI
Kuih nagasari menggunakan pisang sebagai inti, pisang yang digunakan tidak akan dilenyek cuma perlu dipotong dua sebagai inti. Selepas itu, pisang akan siletakkan ditengah-tengah adunan tepung dan dibalut supaya pisang dibaluti oleh adunan tepung tersebut.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- Pisang
- 1 cawan tepung beras beras
- 3 cawan santan sederhana pekat(santan segar)
- 1sudu gula ( optional )
- 1sudu besar tepung jagung
- Sedikit garam
CARA-CARA PENYEDIAAN KUIH NAGASARI
▶️ Satukan bahan-bahan diatas, kacau atas api kecil hingga masak dan berkilat(adunan kental)
▶️ Pisang dibelah dua, kemudian ambil sesenduk kecil adunan dan letak diatas daun pisang.
▶️ Kemudian pisang akan diletakkan ditengah-tengah adunan tepung dan tutup dengan sedikit lagi adunan tadi.
▶️ Bungkus kemas-kemas, sudah siap smua bolih kukus 15 hingga 20 minit dengan api sedang.
BACA JUGA : Resepi Kuih Sagu Merah Mengancam, Kuih Traditional Yang Terlalu Mudah Untuk Dibuat!
Kuih nagasari sangat sedap, rasanya lemak-lemak manis membuatkan ramai yang mengemarinya. Kemanisan yang dirasai datangnya dari pisang itu sendiri bukan dari gula yang ditambah didalam adunan.
Jika lebih suka adunan tepung rasa lemak-lemak masin boleh tidak meletakkan gula didalamnya. Pisang perlu dipilih yang sudah masak kerana pisang masak akan rasa kemanisanya bila dimakan. Aroma dari daun pisang juga penyebab bau kuih menjadi lagi wangi.
Resepi kuih nagasari sangat mudah untuk dibuat, bahan-bahan juga tidak banyak digunakan. Kuih ini seperti kuih bungkus yang didalamnya mempunyai inti kelapa, cuma nagasari ini menggunakan pisang. Jangan lupa mencubanya!