Resepi Ayam Bakar Berempah Yang Super Marvelous. Resepi Yang Bikin Anda Ketagih!

0 1,677

Memandangkan ayam ni memang tak pernah kita mis memasaknya tiap minggu. Jom kita cuba resepi ayam bakar berempah pula untuk dihidangkan pada keluarga. Yelah, kalau buat menu yang sama je muak juga kan. Ayam bakar berempah yang sedap ni boleh dihidangkan pada hujung minggu nanti.

Resepi ni sangat simple dan mudah dan bahan yang digunakan pun tidak renyah. Boleh didapati didapur anda sahaja. Tapi rasa dia sedap sampai ke isi dan tulang. Makin lama diperap makin sedap rasanya. Isi ayam yang juicy ni anda boleh hidangkan dengan pelbagai jenis nasi. Confirm bertambah-tambah dibuatnya.

Kalau nak ratah macam tu pun sedap. Lagi bertambah sedap kalau dicicahkan dengan sos thai atau apa sahaja jenis sos kegemaran anda. Selain tu, bahan perapan ayam bakar berempah juga anda boleh ajust sendiri tahap kepedasan bergantung selera dan citarasa masing-masing. Jika suka pedas boleh tambah cili dan sebaliknya.

Serius ayam bakar berempah ni cukup berperisa kalau dibakar memang sedap, wangi semerbak. Ikut resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Mazah Dollah dilaman facebooknya. Pasti anda terus jatuh cinta dengan hasilnya nanti. Silap-silap next week repeat lagi.

Memang sangat berbaloi kalau buat sendiri. Nak tambah rempah pun terpulang pada selera anda. Pes ni kalau nak buat stock pun boleh. Selain digunakan untuk memasak ayam. Pes ni juga boleh gunakan untuk bakar ikan, sotong, udang, daging dan macam-macam lagi. Sangat jimat masa yang penting ianya sangat sedap.

 

RESEPI AYAM BAKAR BEREMPAH 

Selalunya bila buat ayam bakar ni, ayam tu nak dipotong empat bahagian. Mudah nak masak sampai ke dalam isi ayam nanti. Tapi kalau guna oven nak bakar seekor pun boleh. Yang penting anda puas hati. Pasti anda pun dah tak sabar nak mencubanya. Apa kata kita tengok bahan-bahan dan bagaimana cara penyediaan resepi ni.

Bahan-bahan yang perlukan : 
  • 1 ekor ayam
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 2 biji tomato/air asam jawa
  • 10 tangkai cili kering
  • Gula/nise kerek
  • Garam
  • Madu
  • Sedikit minyak
CARA PENYEDIAAN AYAM BAKAR BEREMPAH :

▶️ Blend semua bahan diatas dengan sedikit air. Kemudian masak atas dapur dan letak sedikit minyak. Masak sampai kering sehingga pekat.

▶️ Biarkan bahan perapan sejuk sekejap. Kemudian baru lumur pada ayam tersebut. Perap dalam 1 hingga 2 jam.

▶️ Kemudian baru lah boleh dibakar. Kalau nak sedap lagi perap semalaman ayam tu. Lagi lama lagi sedap. Bahan perapan akan lebih menyerap masuk.

▶️ Siap untuk dihidang! Makan dengan nasi putih  pun layan!

 

BACA JUGA: Resepi Kuih Apam Susu Lembut, Gebu Dan Wangi. Confirm Sekali Cuba Nak Lagi!

 

Wah nampak sangat menarik! Tak dinafikan kesedapan ayam bakar berempah ni cukup rasa pedas, manis dan masim nya. Aroma rempah pula ada yang menaikkan lagi rasa. Bila dihidangkan panas-panas memang nikmat dimakan. Dah tak toleh kanan kiri dah. Hidangan yang simple ni sangat sesuai untuk hidangan makan malam. Sebab tidak renyah penyediaannya.

Boleh juga buat waktu hari keluarga atau hidangan istimewa hujung minggu pun tidak menjadi masalah. Nak buatnya pun benarnya tak susah mana pun. Rasa yang sedap dan lazat memang membangkitkan selera makan. Kalau dah bosan asyik makan menu sama, boleh je try menu yang simple ni.

Lepas ni kalau nak cuba resepi ayam yang simple dan enak rasanya, bolehlah cuba resepi ayam bakar berempah pula. Pasti makan sampai licin. Semoga resepi ini memberikan anda manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave A Reply

Your email address will not be published.