Resepi Asam Pedas Ikan Tenggiri Yang Istimewa, Rasanya Yang Secukup Rasa Masam Dan Pedas!

0 1,658

Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu masakan ini sangat sedap dan popular di Melaka dan Johor. Pernah makan asam pedas ikan tengiri? Jika belum pernah kali ini perkongsian Resepi Asam Pedas Ikan Tengiri.

Bagi membuat hidangan ini tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah. Bagi cara masak asam pedas tidak sama mengikut tempat, lain tempat lain cara masaknya mengikut citarasa masing-masing untuk mendapatkan tekstur dan rasa yang macam mana.

Kebiasaan bahan-bahan utama yang perlu ada dalam asam pedas ialah, bawang, cili kering, belacan, air asam jawa, lengkuas, halia, dan serai. Bahan-bahan ini penting untuk dijadikan asam pedas, bahan lain boleh ditambah jika ada.

Asam pedas ada dua variasi, iaitu asam pedas yang ditumis dan yang direbus. Kalau di Melaka biasanya dimasak secara ditumis dan kuahnya agak pekat manakala asap pedas utara pula jenis direbus dan kuahnya jenis cair.

Variasi asam pedas berbeza bergantung pada tempat, lain tempat lain cara masaknya sama ada jenis tumis atau rebus. Resepi asam pedas ikan tengiri telah dikongsi oleh Muhamad Muktamin Abdul Karim.

 

RESEPI ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI

Asam pedas bukan sahaja sedap masak menggunakan ikan, tapi juga sedap masak menggunakan ayam dan daging. Biasanya asam pedas ayam dan daging boleh didapati di Melaka.

photo6260267528500653901.jpg (1080×921)

Bahan-bahan yang diperlukan :
Bahan tumbuk :
  • 1/2 sudu kecil ketumbar
  • 1/2 sudu kecil jintan putih
  • 1/2 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar lagi sedap)
  • 1 sudu teh halba

 

Bahan kisar :
  • 2 labu bawang besar  (bergantung saiz)
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci belacan bakar  (kisar/tumbuk)
  • 1 inci halia
  • 2 inci kunyit
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 senduk atau mangkuk kecil cili kering kisar berasingan  (boleh kurangkan)

photo6260267528500653898.jpg (1080×810)

Bahan lain :
  • Ikan tenggiri
  • 1 senduk besar minyak
  • 2 batang serai (dititik)
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 ikat daun kesum
  • 5 biji bendi muda
  • 2 biji tomato (dipotong dua/empat)
  • 1/3 cawan jus asam jawa (ikut selera)
  • 1 cawan air (lebih / kurang ikut selera dan kuantiti ikan)

photo6260267528500653899.jpg (1080×810)

CARA-CARA PENYEDIAAN ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI

▶️ Panaskan minyak, taburkan halba, biarkan sebentar dengan api perlahan hingga naik bau, kemudian masukkan bahan kisar.

photo6260267528500653896.jpg (1080×810)

▶️ Setelah timbul minyak, masukkan cili dan biarkan sehingga pecah minyak.

▶️ Masukkan serai dan daun limau purut, gaul sebati hingga mesra dan wangi.

photo6260267528500653895.jpg (1080×810)

▶️ Masukkan air asam jawa dan air,separuh daripada daun kesum dan bunga kantan. Paras air cukup setakat ikan tenggelam sedikit.

▶️ Apabila kuah sudah mendidih, masukkan ikan. Masak dengan api perlahan.

▶️ Siram-siramkan ikan dengan kuah,ikan tak perlu dibalik-balikkan).Bila ikan dah masak, kuah dah mendidih bolehlah dimasukkan bendi.

photo6260267528500653893.jpg (1080×810)

▶️ Akhir sekali, bila bendi dah lembut, kuah mulai pekat (masak dalam 15-20 minit dengan api perlahan) masukkan separuh lagi daun kesum bersama tomato.

▶️ Tutup api dan biarkan sebentar dalam 15 minit, kuah akan bertambah pekat dan cantik berbanding jika terus dihidangkan atau dimakan. Biarkan segala aroma dan rencah meresap ke dalam kuah baru enak dinikmati.

photo6260267528500653900.jpg (1080×882)

 

BACA JUGA : Resepi Cucur Udang Yang Mudah Dan Enak, Sangat Rangup Diluar dan Lembut Didalam!

 

Asam pedas biasanya akan dimasukkan daun kesum kerana daun kesum boleh menaikkan lagi aroma asam pedas. Rasa yang masam dan pedas sangat sedap bila dimakan dengan nasi panas-panas.

27838299.jpg (1200×800)

Biasanya ikan tenggiri akan direbus terlebih dahulu sebelum dimasukkan didalam kuah, bagi menpercepatkan proses memasak. Apabila direbus terlebih dahulu ikan tenggiri supaya tak hanyir, pejal dan tidak mudah hancur.

Nak masak asam pedas tidaklah rumit, pastikan bahan tumis dimasak sehingga pecah minyak baru sedap kita punya asam pedas. Resepi asam pedas ikan tenggiri boleh untuk ibu-ibu mencubanya untuk hidangan makan tengahari nanti!

Leave A Reply

Your email address will not be published.