Resepi Coconut Pandan Burnt Cheesecake Yang Sangat Marvelous. Tekstur Lembut Dan Gebu Pasti Anda Akan Suka!
Kadang-kadang hujung minggu banyak lah idea nak buat itu ini! Tapi kalau boleh nak buat benda simple je. Namun, yang paling penting anak-anak suka makan. Baru-baru viral jugak resepi coconut pandan burnt cheesecake. Rasanya memang sedap walaupun nampak rentung. Sebab apa-apa resepi yang menggunakan cheese pasti menjadi kesukaan setiap orang.
Namun part paling best dibahagian atas yang garing. Rasanya macam caramel. Cuma versi kali ni tak lah rentung sangat just nice je. Coconut pandan burnt cheesecake ni kena bakar dengan suhu 1800C selama 20 minit sahaja untuk bagi bahagian atas lebih cantik atau garing.
Cara penyediaan kek ni juga sangat simple. Bahan yang gunakan pun tidak renyah. Hanya menggunakan 6 bahan sahaja. Tapi rasa dia bukan main lagi sedap. Lembut dan lemak berkrim. Kalau anda jenis suka dessert manis dan lembut macam ni boleh la buat.
Apa yang buatkan sedap ialah tekstur kek yang gebu dan super creamy. Disebabkan bahan-bahan yang dipukul sampai betul-betul krim. Dan sebelum nak mula, pastikan semua alatan seperti mangkuk, acuan, mixer dan sebagainya dilap sampai betul-betul kering dari apa-apa bahan cecair. Jangan ada air atau minyak sikit pun yang tercalit. Baru kek akan menjadi elok.
Hidangan yang sangat bersimple dan yang paling penting nampak sedap dan menyelerakan. Resepi ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Shah Shatry anda yang baru nak belajar buat resepi ini boleh follow step by step resepi yang dikongsikan dibawah ini.
RESEPI COCONUT PANDAN BURNT CHEESECAKE
Rasa kek ini enak dengan rasa lemak-lemak manis. Ikut sukatan bahan sebiji-biji dan juga stepnya. Pasti akan menjadi. Tanpa membuang masa apa kata kita tengok satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan cara penyediaan resepi kek ni.
Bahan-bahan yang perlukan :
- 250g cream cheese
- 2 biji telur gred A @ 3 biji gred B
- 5 sudu makan gula halus
- 2 sudu makan tepung gandum
- 125ml santan segar @ kotak
- ½ sudu teh esen pandan
- Sedikit pewarna hijau
CARA PENYEDIAAN COCONUT PANDAN BURNT CHEESECAKE :
▶️ Masukkan cream cheese, telur, gula, tepung gandum, santan & esen pandan dalam blender. Blend hingga halus & sebati.
▶️ Masukkan pewarna hijau. Kemudian kacau rata.
▶️ Sebelum tu panaskan air fryer selama 5 minit pada suhu 180°C. Bagi ianya panas seketika.
▶️ Tuang adunan ke dalam loyang saiz 6″ yang dah di lapik baking paper. Lepas dah tuang adunan, hentak-hentak loyang sebanyak 3 kali.
▶️ Masukkan loyang ke dalam air fryer. Bakar pada suhu 180°C selama 25 minit.
▶️ Bila dah masak, keluarkan dari air fryer kemudian biarkan sejuk sepenuhnya di suhu bilik. Bila dah sejuk, masukkan ke dalam peti ais sekurang-kurangnya 3 jam. Boleh potong & hidangkan.
BACA JUGA: Resepi Nasi Goreng Kerabu Yang Padu. Aroma Dan Rasa Memang Memukau Selera!
Wah sangat cantik hasilnya kan. Macam tak sabar nak makan. Sedia dipotong dan hidangkan waktu sejuk-sejuk tu. Nikmatnya tak terkata. Bila potong, kek elok menjadi tak la begitu lembik dan masih creamy. Masuk kat tekak sejuk-sejuk pasti syok. Anda wajib cuba dirumah nanti!
Sebaiknya jangan makan terus. Tunggu dulu dah sejuk dalam peti ais paling kurang 3 jam. Baru lah nikmat rasanya. Kalau makan sejuk-sejuk, terasa macam makan aiskrim bercheese. Buat untuk anak-anak kek ni memang laju je habis ni. Confirm mintak repeat lagi!
Kalau anda ada masa terluang boleh cuba resepi coconut pandan burnt cheesecake. Pasti anak-anak pun akan suka. Semoga dengan perkongsian resepi ini memberi anda manfaat. Dan jangan lupa share kepada kawan-kawan supaya sama dapat mencuba resepi ini. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!