Resepi Kuih Lapis Labu Gedik Yang Marvelous. Lemak-Lemak Manis Yang Memikat Selera Anda!

0 934

Nak buat kuih tradisional melayu ni kebanyak kita liat kan? Yelah, sebab risau tak menjadi. Sebenarnya mudah je nak buat kuih tradisi dulu-dulu ni. Asalkan ikut sukatan yang betul. Ada yang pernah tak cuba resepi kuih lapis labu? Jom kita buat. Sedap tau kalau dapat minum petang, makan bersama kuih lapis labu yang manis-manis dan lembut ni.

Rasanya pula enak dan berlemak. Selalu kita makan kuih lapis putih pink tu. Tapi kali ni resepi kuah lapis ini diperbuat daripada buah labu kuning. Agak menarik kan. Buah labu ni boleh digunakan dalam pelbagai menu masakan. Antaranya cucur labu, masak lemak labu, bubur labu termaksudlah kuih lapis labu.

Kalau nak buat kuih lapis labu ni kena gigih cikit. Sebab dia berlapis-lapis. Jadi kena kukus setiap lapisan sekejap, baru tuangkan aduanan yang berlainan secara selang seli sampailah adunan tu habis.  Tapi nak bancuhnya senang je, sekali bancuh je adunan, lepas tu bahagikan adunan kepada 2 untuk satu lapisan bersama labu dan satu lagi lapisan biasa.

Bahan yang digunakan dalam resepi ini juga mudah dan simple. Hasilnya memang puas hati. Lepas pecah peluh duduk depan periuk pengukus. Kuih lagen macam ni kalau buat untuk mak ayah mesti mereka suka. Hidangan minum petang dengan kopi panas. Mau habis seloyang sekali makan dengan keluarga.

Resepi kali ini dikongsi oleh  Cik Puan Marlia Lia. Terima kasih sudi berkongsi resepi minum petang hari ini. Bagi yang dah bosan asyik masak sayur lemak labu. Boleh cuba resepi kuih lapis labu ini pula. Boleh je ikut step by step resepi yang ditunjuk dibawah. Pasti menjadi!

 

RESEPI KUIH LAPIS LABU GEDIK

Kuih lapis sebenarnya banyak versi dan ia juga menjadi salah satu kuih tradisional yang terkenal. Namun masing-masing mempunyai rasa yang tersendiri. Tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan cara penyediaan resepi ini.

[]

Bahan-bahan yang perlukan :
  • Labu
  • 1/2 tepung jagung
  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 tepung gandung
  • 3/4 cawan gula
  • 1/4 sudu teh garam
  • 4 cawan santan

CARA PENYEDIAAN KUIH LAPIS LABU GEDIK :

▶️ Rebus labu kemudian. Blend setenggah cawan labu.

▶️ Ambil satu bekas besar. Kemudian masukkan tepung beras.

▶️ Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau rata.

▶️ Selepas itu, masukkan tepung jagung. Hanya separuh gelas sahaja.

▶️ Masukkan gula dan  garam. Garam jangan letak banyak. Sedikit dah cukup.

▶️ Kemudian masukkan santan. Dipanaskan atas api perlahan sambil dikacau. Panaskan hingga suam-suam kuku sahaja

▶️ Kemudian tuangkan santan suam ke dalam adunan tepung. Kacau sebati.

▶️ Tapis. Supaya takda yang berketul-ketul yang tinggal.

▶️ Bahagikan adunan sama banyak. Satu bahagian dimasukkan labu.

▶️ Kukus selapis demi selapis dengan api sederhana. 5minit setiap lapisan. Lapisan terakhir, kukus selama 20-25minit. Pastikan loyang disapu minyak terlebih dahulu, dan loyang dah betul-betul panas baru tuang adunan.

▶️ Dah siap !

 

BACA JUGA : Resepi Ayam Madu Ala Makrerama Yang Cepat, Pantas Dan Sedap. Rahsia Pembuka Selera Anda!

 

Wah dah siap! Nampak sungguh menarik kan? Masa kukus pastikan anda lapik penutup penggukus dengan kain supaya wap tak jatuh atas kuih. Dan kukus gunakan api yang sederhana je. Baru kuih lapis anda cantik dan masak sempurna.

Mesti anda berasa puas hati kalau dapat hasil yang cantik kejadiannya dan cukup lembut ni. Yang paling penting sedap dan cukup lemak manisnya. Buat juadah minum petang atau pencuci mulut memang sesuai dan layan. Nak bagi jiran cuba pun boleh.

Yang penting anda berani je nak mencuba pelbagai menu. Resepi dah ada. Boleh je follow nanti. Semoga dengan perkongsian resepi kuih lapis labu ini memberi anda manfaat dan boleh share juga resepi kepada kawan-kawan supaya sama-sama mendapat manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave A Reply

Your email address will not be published.