Resepi Sambal Tumis Sardin Yang Pasti Sedap, Bila Buntu Nak Masak Apa Inilah Pilihannya!

0 9,937

Bila dah tak ada idea nak masak apa atau tak ada bahan basah untuk dimasak, sardin lah penyelamat ketika kebuntuan idea. Resepi Sambal Tumis Sardin merupakan hidangan yang senang untuk disediakan.

Sardin satu makanan proses yang sedap dan mudah disediakan. Kalau dulu sardin ni adalah makanan yang murah dan senang didapati dimana-mana kedai runcit, sekarang sardin dah jadi makanan yang mahal kerana harganya semakin mahal.

Sardin bukan sahaja sedap bila dimasak tapi boleh disimpan dalam tempoh yang lama, sebab itu setiap rumah akan ada stock sardin dirumah sebagai penyelamat ketika kehabisan stock lauk dirumah.

Ikan sardin dalam tin bukan sahaja boleh dibuat sambal, malah boleh dimasak kari, kuah laksa dan pelbagai hidangan lain lagi. Makanan tin yang biasa-biasa sahaja bila dimasak akan bertukar menjadi sangat sedap.

Sebenarnya, hidangan yang simple macam ini boleh menaikan selera, tak perlu lauk yang banyak dan pelbagai sangat. Resepi sambal sardin yang sedap ini dikongsi oleh Wan LuQman.

 

RESEPI SAMBAL TUMIS SARDIN

Nak masak sardin ni sekejap sahaja, sebab sardine ni makanan yang sudah diproses dan sudah dimasak. Jadi masa untuk memasak makanan yang diproses tidak mengambil masa yang lama.

photo6226394362682649488.jpg (1080×810)

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 1 tin sardin kecil
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar bawang merah ( dikisar atau tumbuk )
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu cili sos
  • 1 sudu sos tomato
  • 1 biji bawang hollang ( saiz kecil )
  • Sedikit gula ( optional )

 

CARA-CARA PENYEDIAAN SAMBAL TUMIS SARDIN

▶️ Panaskan minyak dan tumiskan bawang dan cili blend sehingga garing atau pecah minyak.

photo6226394362682649483.jpg (1080×810)

▶️ Selepas itu, masukkan sos tiram, sos cili, dan sos tomato. Kacau seketika.

photo6226394362682649482.jpg (1080×810)

▶️ Masukkan kuah sardin yang dalam tin. Masak seketika.

▶️ Kemudian masukkan sedikit gula, jika perlu dan tambahkan sedikit air.

photo6226394362682649486.jpg (1080×810)

▶️ Masukkan hirisan bawang Holland, kalau nak pedas boleh masukkan hirisan cili.

photo6226394362682649485.jpg (1080×810)

▶️ Apabila semua bahan dah dimasukkan, akhir sekali baru masukkan ikan sardin. Masak sekejap dan tutup api.

photo6226394362682649489.jpg (1080×810)

 

BACA JUGA : Cara Buat Popia Pisang Nutella Yang Mudah Dan Sedap, Buat Sikit Memang Tak Cukuplah!

 

Bila masak ikan sardine tin ni, tak perlu nak kacau beria sebab ikan mudah hancur. Cuma masukkan dan biarkan sekejap, dah boleh tutup api. Bila siap, goreng telur dadar dan makan dengan nasi panas-panas memang umphh lah!

8387464647373882.jpg (1200×800)

Kalau nak buat kelainan sikit, ikan sardin boleh digoreng dahulu dengan minyak bagi sedikit garing, lepas itu campurkan kedalam kuah. Jadilah sambal sardin goreng, serius sedap susah nak cakap kalau belum try sendiri.

Nampak je simple, tapi bila masuk mulut boleh buat makan tak ingat dunia. Bila tak ada idea nak masak apa boleh cuba resepi samal tumis sardin ni, yang pasti anak-anak dan suami akan suka!a

Leave A Reply

Your email address will not be published.