Resepi Churros Frozen Yang Simple Dan Sedap. Boleh Buat Pelbagai Perisa Yang Anda Suka!

0 2,261

Siapa suka makan churros? Churros ni antara snek atau kudapan yang paling digemari ramai. Dulu nak makan churros ni memang susah nak dapat. Sekarang ni baru banyak dijual kedai kedai roti, bakery dan gerai street food. Tapi kalau dapat buat sendiri lagi padu, boleh makan banyak-banyak dan siap boleh buat frozen lagi. Resepi churros frozen yang ringkas ni boleh try dirumah!

Resepi churros frozen selain sedap dimakan ia juga mudah je nak buat. Bahan yang digunakan pun yang biasa kita gunakan untuk buat adunan roti atau kek. Rasa yang rangup diluar dan lembut didalam memang sedap. Hidangkan untuk anak-anak pasti mereka suka. Malah pelbagai jenis perisa yang anda boleh buat.

Untuk buat perisa yang anda nak boleh tambahkan je emulco. Churros ni lagi banyak perisa lagi layan bila makan. Biasanya untuk bentuk churros ni anda boleh je gunakan nozel kuih semperit. Dah nampak bentuknya seakan-akan churros. Tapi kalau anda nak beli yang khas untuk churros pun tak jadi masalah.

Sekali buat adunan boleh buat banyak-banyak dan simpan je dalam peti ais bila teringin nak makan boleh terus goreng. Malah boleh dijadikan kuih terjun bila tiba-tiba ada tetamu datang. Jadi anda terus boleh goreng churros ni dan hidangkan pada tetamu. Senang tak perlu susah payah pikir menu apa dah. Tetamu pun pasti suka je.

Rasanya lembut dan chruncy memang sedap bila dimakan masa panas-panas. Bila dihidangkan pada waktu petang yang santai bersama kopi panas lagi bertambah selera untuk menikmatinya. Perkongsian resepi churros ni daripada Cik Puan Umie Nurhayati memang sangat mudah dan ringkas untuk kita belajar. Jom masak!

 

RESEPI CHURROS FROZEN 

Churros lagi mantap bila makan dengan gula halus. Rasa manis lemak memang sedap. Selain sedap warnanya juga menarik perhatian untuk menikmatinya. Wah pasti anda dah tak sabar nak mencubanya. Tanpa membuang masa apa kata lihat bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan resepi ni.

Bahan-bahan yang perlukan : 
  • 150 ml air biasa @ nak guna fresh milk pon boleh.
  • 20 gm gula kastor
  • 50 gm mentega
  • 1 sudu coklat emalco (untuk churros coklat)
  • 110 gm tepung gandum
  • 1 sudu red velvet emalco (untuk churros red velvet)
  • 1 sudu green tea emalco (untuk churros green tea)

CARA PENYEDIAAN CHURROS FROZEN : 

▶️ Campurkan air, gula dan mentega ke dalam periuk. Kemudian masukkan perisa emalco kalau nak buat yang perisa.

▶️ Masak sampai gula larut dan mentega cair menggunakan api sederhana sahaja. Setelah gula larut dan mentega tadi mencair kecilkan api dan masukkan tepung.

▶️ Gaul rata sehingga adunan tak lekat pada kuali @ tiada lagi tepung yang bergentel. Biarkan adunan sejuk selama 10 minit.

▶️ Bila dah sejuk, masukkan telur sebiji-sebiji dan mix hingga rata. Masukkan adunan dalam piping bag dengan menggunakan nozel kuih semprit.

▶️ Siap! Simple je cara-cara nak buat churros ni.

Cara penyediaan frozenkan churros :

▶️ Paipkan churros atas dulang ikut saiz yang anda nak. Paipkan adunan rapat-rapat pun boleh.

▶️ Jangan lupa sapu mentega kat dulang tu dulu supaya tak lekat churros nanti. Bekukan selama 20 hingga 30 minit.

▶️ Sudip kan churros menggunakan spatula @ pisau dan susunkan ke dalam bekas yang kita nak.

▶️ Lapikkan plastik di setiap layer nak susun churros. Susun churros hingga selesai dan bekukan.

▶️ Kalau nak goreng, panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana supaya masak sekata diluar dan didalam churros. Guna api yang kecil sahaja.

▶️ Bolehlah dihidangkan bersama sos coklat ataupun apa-apa sahaja yang anda  suka. Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Kari Kepala Ikan Kerapu Yang Membangkitan Selera. Kuah Padu Macam Kedai Mamak!

 

Tada! Siap untuk dihidang. Selain hidangkan dengan tabuaran gula halus, anda juga boleh cicah hidangan ni menggunakan coklat atau apa-apa sahaja yang anda gemari. Rasa memang sedap. Bila makan panas-panas lagi marvelous. Anda mesti try tau.

Walaupun garing diluar tapi ianya sangat lembut didalam, anak-anak pun pasti suka. Selain dihidangkan pada keluarga anda boleh juga buat berniaga churros frozen pasti ramai yang menyukainya. Jadi bolehlah buat tambah pendapatan harian anda.

Boleh pelbagaikan perisa yang anda suka. Senang je tambah je emolco. Hasilnya pasti anda puas hati. Semoga dengan perkongsian resepi churros  ni dapat memberi anda manfaat. Boleh share juga pada kawan-kawan anda nanti. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.