Resepi Koktail Buah Segar Paling Mudah, Diminum Ketika Waktu Panas Memang Menyegarkan!

0 47,845

Kalau musim panas benda yang duk terbayang-bayang dalam kepala nak minum air yang ada ais, boleh sejukkan badan pada musim panas ni. Dapat pula minum air koktail buah memang puas hatilah. Resepi Koktail Buah Segar ini ibu-ibu boleh follow untuk hidangan minum petang nanti.

Air koktail ni campurlah macam mana pun tetap sedap rasanya, jarang jumpa air koktail yang tidak sedap rasanya. Air koktail ini adalah campuran dari susu segar atau susu cair dan buah-buahan yang dipotong cube dan dicampur sekali.

Buah-buahan yang digunakan didalam air koktail perlulah buah yang lembut, bukan buah yang agak keras dan susah untuk dimakan. Biasanya buah yang akan digunakan ialah mangga, laici, nenas, strawberry, kiwi dan lain-lain lagi.

Penggunaan buah yang lembut sebab mudah untuk dikunyah, air koktail pun sejenis minuman jadi perlulah guna buah yang senang dimakan. Selain buah, nata de coco juga digunakan untuk lebih menarik dan rasa lebih sedap.

Banyak bahan yang boleh dicampur didalam air koktail ni, sebab kesedapan air koktail bergantung pada rasa air campuran susunya bukan pada bahan-bahan lain. Resepi koktail buah segar ni telah dikongsi oleh Dyla Sofian.

 

RESEPI KOKTAIL BUAH SEGAR

Dalam penyediaan koktail pon ada banyak cara untuk membuatnya, ada yang campur sahaja kesemua bahan dalam satu bekas, kacau dan hidangkan terus. Ada yang masak  terlebih dahulu susu dan air buah, macam mana pun caranya mengikut citarasa masing-masing.

photo6217707177146166415.jpg (960×720)

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 1 biji mangga *
  • 1 biji buah naga pink *
  • 1 biji buah naga putih *
  • 2 tin laici (simpan air laici separuh tin)
  • 1 bekas kecik nata de coco ori
  • 1 bekas kecik nana de coco kiwi
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat
  • 2 cawan air panas
  • potong dadu

photo6217707177146166416.jpg (960×720)

CARA-CARA PENYEDIAAN KOTAIL BUAH SEGAR

▶️ Masukkan 1 tin susu pekat campurkan dan 2 cawan air panas. Kacau sebati.

▶️ Selepas itu, masuk buah-buahan segar, laici dan nata de coco ke dalam mangkuk.

▶️ Campurkan air susu pekat, air laici, susu cair ke dalam mangkuk dan kacau manja-manja sampai sebati.

▶️ Kemudian, masukkan ke dalam peti ais. Bagi sejuk dahulu dan baru hidangkan dengan ais.

photo6217707177146166414.jpg (720×960)

 

BACA JUGA : Resepi Kerabu Bayam Brazil Yang Mudah Dibuat. Kerabu Yang Sedap Pembuka Selera Ketika Makan!

 

Air koktail sedap bila diminum ketika sejuk dan dihidangkan pula untuk minum petang. Bukan itu sahaja, koktail kalau dibuat hidangan pada tetamu pasti nampak kelainannnya asyik hidang air panas sahaja.
09827377333.jpg (1200×800)Untuk buat koktail ni, tak ada buah segar pun boleh menjadi jugak air koktail, boleh sahaja tukar guna buah didalam tin atau nata de coco dan jelly pon dah cukup sedap untuk air koktail. Ada yang letak agar-agar yang dipotong dadu.

Nak buat kotail buah segar bukan susah, tak perlu untuk masak beriya. Sedap bila dapat minum ketika sejuk sambil lepak dengan keluarga. Cara dan bahan-bahan pun sangat mudah, jadi tiada masalah untuk mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.