Resepi Ayam Bakar Madu Yang Simple, Rasa Enaknya Seperti Beli Dipasar Malam!

0 55,597

Kalau pergi ke pasar malam pasti akan selalu nampak dengan orang menjual ayam bakar madu ini. Untuk resepi kali ini kami kongsikan Resepi Ayam Bakar Madu yang sangat enak dan mudah disediakan.

Ayam bakar madu sangat sedap dimakan, ianya boleh dimakan dengan rantah begitu sahaja atau makan dengan nasi. Kalau di Kelantan ayam madu juga dimakan dengan nasi kerabu, sangat sedap rasanya.

Ayam bakar ini berwarna merah, jangan tertukar dengan ayam percik utara sebab warnanya juga sama cuma rasanya berbeza. Rasa ayam bakar madu ada sedikit pedas dan manis dari campuran serbuk cili, gula dan madu.

Biasanya, ayam perlu diperap terlebih dahulu sebelum dibakar untuk memastikan bahan perapan boleh meresap masuk kedalam isi ayam, dan rasanya akan lagi sedap jika diperap semalaman didalam peti.

Bahan-bahan yang digunakan untuk sos perapan juga mudah, hanya menggunakan bahan asas yang sudah ada dirumah sahaja. Resepi ayam bakar madu ini telah dikongsi oleh Siti Norizan.

 

RESEPI AYAM BAKAR MADU

Biasanya kita lihat kalau yang dijual dipasar akan menggunakan kepak ayam sahaja. Tapi bila buat sendiri pasti akan menggunakan semua bahagian ayam seperti kaki, leher, dan bahagian isi juga boleh digunakan.

photo6260267528500653907.jpg (720×960)

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 1 atau 1/2 ekor ayam

 

Bahan perap :
  • 1 labu bawang putih (tumbuk halus)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 cawan madu
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan sos cili
  • 1/2 cawan serbuk cili
  • 2 sudu besar serbuk lada hitam kasar

photo6260267528500653908.jpg (720×960)

CARA-CARA PENYEDIAAN AYAM BAKAR MADU

▶️ Mula-mula campurkan kesemua bahan perap kecuali ayam. Kacau sehingga sebati.

▶️ Apabila sudah gaul sebati, rasa dulu, kalau ada yang kurang boleh tambah ikut citarasa masing-masing , sebab ada suka pedas, ada suka manis.

photo6260267528500653906.jpg (720×960)

▶️ Kemudian boleh campur dengan ayam dan perap ayam semalam untuk rasa yang lebih sedap.

photo6260267528500653905.jpg (720×960)

▶️ Sedia untuk dibakar dengan pemanggang ajaib atau arang.

 

BACA JUGA :Resepi Makaroni Bakar Cheese Yang Mudah Dibuat, Setiap Potongan Yang Mewah Dengan Rasa Cheese! 

 

Perapan ini juga boleh dibuat untuk mengoreng ayam, tapi perlu menggunakan minyak yang sedikit sahaja. Ketika mengoreng perlu ditutup kualinya dengan penutup periuk. Mungkin ayam akan sedikit gelap kerana gula akan caramelized bila digoreng.

8374748832.jpg (1200×800)

Kalau dihidangkan sekejap sahaja boleh habis ni. Hidangan ini sedap bila dimakan dengan nasi atau rantah begitu sahaja, lebih-lebih lagi dapat makan dengan sos pencicah dan mayonis lagi enak.

Bahan perapan yang lebih boleh disimpan didalam peti dan apabila nak digunakan boleh terus ambik dan perap sahaja. Apabila buat sendiri boleh control kemanisannya, manis sangat tak elok untuk kesihatan. Boleh mencuba resepi ayam bakar madu ini tanpa segan silu ye!

Leave A Reply

Your email address will not be published.