Resepi Kuih Kaswi Lembut Dan Gedik. Mudah Untuk Dibuat. Guna Sukatan Cawan Je!

0 51,420

Kuih kaswi salah satu kuih traditional yang sedap dimakan dan diminati sehingga sekarang. Resepi kuih kaswi menggunakan sukatan cawan sangat mudah untuk dibuat.

Jika tekstur kuih kaswi ini tidak terlalu keras dan masih bergoyang itu menunjukkan tekstur kuih yang elok. Kuih kaswi biasanya berwarna coklat dan akan disalut dengan kelapa parut yang dicampur sedikit garam.

Kebiasaannya kuih kaswi ini diminati oleh golongan venteran macam mak ayah kita. Kuih kaswi memang sedap dimakan pada waktu pagi atau petang ditambah pulak dengan secawan teh panas kan.

Resepi kuih kaswi gedik kali ini telah dikongsi oleh Fatimah Saari dengan menggunakan sukatan cawan bagi memudahkan mereka yang pertama kali ingin mencuba.

Bila dah cuba sekali je buat kuih kaswi ni, insyaAllah lepas ni dah tiada masalah nak hasilkan kuih kaswi yang sedap, lembut dan gedik macam ni.

 

RESEPI KUIH KASWI GEDIK

Untuk mendapatkan permukaan kuih kaswi yang elok dan cantik, disarankan untuk membalut penutup periuk pengukus dengan kain. Supaya wap air dari pengukus tidak jatuh ke permukaan kuih.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula putih
  • 5 cawan air
  • 1 cawan tepung ubi
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil air kapur
  • Kelapa parut dan sedikit garam ( gaul dan kukus sekejap bagi kelapa tahan lama )

CARA-CARA PENYEDIAAN KUIH KASWI GEDIK : 

▶️ Mula-mula sekali, masakkan air didalam periuk.

▶️ Seterusnya, masukkan gula merah dan gula putih. Masak sehingga cair, tapiskan dan sejukkan.

▶️ Kemudian, campur tepung gandum, tepung ubi dan air kapur. Kacau sehingga sebati dan tapiskan.

▶️ Panaskan periuk pengukus dan Loyang.

▶️ Selepas loyang sudah panas, yuang adunan ke dalam Loyang.

▶️ Kukus sehingga 30 minit hingga masak.

▶️ Akhir sekali, biarkan kuih kaswi sejuk baru potong dan gaulkan dengan kelapa parut tadi.

 

BACA JUGA : Resepi Lejen Kuih Cara Manis. Bila Dimakan Lembut Di Lidah Cair Di Mulut!

 

Kuih kaswi tidak boleh dipotong semasa panas, perlu dibiar sehingga sejuk dahulu sebelum potong kerana semasa panas kuih kaswi agak lembik dan akan menyebabkan susah untuk diambil.

Kuih kaswi gedik sedap dimakan untuk sarapan dan minum petang. Memang membuka selera! Rasa kuih  kaswi yang lembut, tidak terlalu manis, sedikit kenyal dan disalut pula dengan parutan kelapa yang lemak.

Resepi kuih kaswi gedik ni memang mudah untuk dibuat. Jika nak kuih lagi wangi boleh letak daun pandang semasa merebus air gula merah. Pasti aromanya wangi! Selamat mencuba ye!

Leave A Reply

Your email address will not be published.