Cara Buat Choco Jar Homemade Yang Senang. Cuma Guna Tiga Bahan Sahaja!

0 3,486

Lockdown disambung lagi? Dah pening nak buat aktiviti apa dengan anak-anak sepanjang cuti ni. Apa kata cuba buat coklat jar dengan anak-anak. Cara Buat Choco Jar ni sangat mudah, ibu-ibu boleh jadikan satu aktiviti dengan anak-anak pasti mereka suka.

Siapa tak suka makan choco jar, dengan limpahan coklat yang banyak memang kegemaran ramailah. Choco jar ni kalau dijadikan snek makan sambil tengok tv memang layan habis, silap-silap berebut dengan anak-anak lagi.

Ramai dah pengusaha mengeluarkan produk choco jar ni, tak disangka permintaan choco jar memang memberangsangkan pada musim PKP ni. Kalau nak beli satu harganya agak mahal jugak, nak pulak ada anak-anak yang ramai.

Asalnya choco jar ni dari gabungan coklat yang dicair dengan buble rice, tapi sekarang sudah banyak divariasi dengan menggunakan pelbagai perisa coklat dan sekarang dah ada menggunakan mini cococruch atau biskut coklat chip.

Resepi choco jar ini telah dikongsi oleh Nur Faizah, mudah sangat kalau buat sendiri dan lebih jimat. Sekali buat boleh dapat banyak bekas, anak-anak pun puas dapat makan dah tak perlu berebut lagi.

 

RESEPI CHOCO JAR HOMEMADE

Rahsia untuk mendapatkan choco jar yang sedap ialah pada coklatnya, penggunaan coklat yang premium seperti berly’s atau Cadbury akan membuat choco jar rasa lagi sedap. Tak salah kalau nak guna coklat yang mahal untuk makan sendiri, lagi puas hati bila makan yang sedap.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 1kg Mini Coco Crunch
  • 1kg Milk Chocolate Berly’s Coin Compound
  • 400 ml-500 ml Minyak Canola (2-3 Cup)
  • Remark – Kalau nak betul2 cair lebihkan minyak

CARA-CARA PENYEDIAAN CHOCO JAR HOMEMADE

▶️ Cairkan coklat berly dengan mengunakan kaedah double boil.

▶️ Kaedah double boil ini dengan merebus air didalam periuk dan meletakkan mangkuk diatas periuk tadi untuk mencairkan coklat. Jadi coklat tidak dicairkan terus dari api.

▶️ Apabila coklat dah cair masukkan minyak conola.

▶️ Sejukkan sebentar coklat cair tersebut.

▶️ Akhir sekali, masukkan mini coco crunch kedalam botol atau bekas dan curahkan coklat cair keatasnya.

 

BACA JUGA : Resepi Singgan Ikan Tengiri Mudah Dimasak Dan Enak Rasanya. Makan Dengan Ulam Dan Budu Pasti Menyelerakan Sekali!

 

Bukan susah pun nak buat choco jar ni, bahan yang digunakan pun hanya tiga bahan sahaja. Ni kalau anak-anak nampak tak sempat nak simpan, hari ni jugak boleh habis! bukan budak sahaja yang suka, kita pun suka sebab benda sedap mana boleh tak suka.

Jangan risau cococruch tak akan lembik bila sudah bercampur dengan coklat, sebab coklat sudah dimasak dengan minyak dan bukanya air. Jadi coklat juga tak akan mengeras apabila berada dalam suhu bilik, jangan masukkan dalam peti ais sudah nanti coklat akan keras.

Satu lagi tips untuk cairkan coklat choco jar, dengan merendam bekas choco jar kedalam air panas atau suam dan tutup dengan kain seketika bagi wap air panas dapat mencairkan coklat didalam bekas. Resepi choco jar ini terlalu mudah untuk ibu-ibu follow dan boleh buatkan snek untuk anak-anak nanti!

Leave A Reply

Your email address will not be published.