Resepi Cucur Udang Ranggup. Hidangan Minum Petang Yang Betul-Betul Sedap!

0 2,849

Selamat petang ibu-ibu! dah fikir ke nak masak apa petang ni? Petang-petang makan cucur udang je yang penting sedap. Apa kata ibu-ibu cuba resepi cucur udang yang mudah untuk dibuat ni.

Selalu sangat buat cekodok pisang je, cuba sesekali buat cucur udang pulak. Ada stock udang dalam peti ais bolehlah nak buat cucur udang.

Di Kedah agak femes cucur udang ni, biasanya cucur udang akan dimakan dengan kuah kacang tetapi boleh sahaja kalau nak makan dengan cili sos atau sos pencicah.

Resepi cucur udang ranggup yang mudah Dan sedap ini dari perkongsian simple oleh Dari Dapur Mak Long Ayu.

Kalau buat cucur udang mesti tak lari dengan daun kucai. Ada ibu-ibu yang tak kenal daun kucai? Daun kucai banyak digunakan dalam char kuew teoy dan cucur udang. Bentuk seakan daun bawang tapi bukan daun bawang ye.

 

RESEPI CUCUR UDANG RANGGUP

untuk mendapatkan keranggupan cucur udang agak rumit sedikit, jika silap cucur udang akan berminyak bila dimakan. Ada teknik untuk mendapatkan hasil cucur udang   yang ranggup, jom follow resepi dibawah.

Bahan-bahan yang perlu disediakan :
  • Udang saiz sederhana
  • 3 hingga 4 senduk tepung gandum
  • 1 biji bawang besar dihiris nipis
  • 1 biji kentang (disagat halus)
  • Sedikit sayur kucai
  • Sedikit kunyit
  • Sedikit garam
  • Air sejuk dari peti ais

 

CARA PENYEDIAAN CUCUR UDANG :

▶️ Mula-mula masukkan bawang besar, kentang, kunyit dan garam dalam mangkuk.

▶️ Selepas itu masukkan air sejuk dari peti ais. Kuantiti air agak2 ya. kacau menggunakan senduk.

▶️ Selepas itu, masukkan pula sayur kucai dan diikuti tepung gandum. Kacau sebati.

▶️ Pastikan bancuhan tepung tadi tidak terlalu keras dan terlalu cair. Boleh rujuk pada gambar di bawah.

▶️ Panaskan minyak dan sudukan bancuhan tepung tadi ke dalam kuali.

▶️ Letakkan udang di atas bancuhan. udang boleh dikerat dua jika saiznya agak besar sedikit manakala yang kecil boleh letak sekor-sekor.

▶️ Bila dah masak boleh angkat dan hidangkan.

 

Sos Cucur Udang Rangup
  • 2 1/2 hingga 3 biji cabai masak*
  • 1 biji bawang dihiris*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 2 sudu gula*
  • 2 sudu cuka
  • Sedikit air.*

CARA PENYEDIAAN SOS PENCICAH :

▶️ Kisar bahan2 yang bertanda *

▶️ Masukkan ke dalam mangkuk kecil dan kemudian bubuh cuka. Kacau rata.

 

BACA JUGA : Resepi Asam Pedas Ikan Parang Utara. Sedap Sehingga Menghirup Kuah!

 

Tergoda tak tengok cucur udang ni? Mesti ada yang tak sabar nak rasa cucur udang ranggup ni, dicicah pula dengan sos homemade pasti lagi padu.

Dalam resepi ini menggunakan air sejuk untuk bancuhan adunan cucur udang supaya bila digoreng cucur udang akan jadi ranggup. Selain itu, api jangan terlalu perlahan bila mengoreng nanti minyak tidak terlalu panas.

Mudahkan untuk menyediakan cucur dengan resepi cucur udang rangup ni. Bahan-bahan pun mudah. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.