Resepi Nasi Arab Kabsah Dengan Ayam Bakar, Hidangan Yang Enak Seperti Makan Direstaurant Timur Tengah!

0 5,662

Kalau tengok masakan arab pasti akan terbayang makan bersama didalam dulang. Nasi arab dipanggil kerana hidangan ini berasal dari negara arab. Kali ini kami akan kongsikan Resepi Nasi Arab Kabsah yang senang dan mudah.

Masakan arab kaya dengan penggunaan rempah ratus, aroma dari rempah ratus yang digunakan didalam masakan mewangikan lagi masakan tersebut. Walaupun negara arab banyak menggunakan rempah ratus, tapi agak kurang sedikit dari India.

Kalau diperhatikan, masakan mereka banyak menggunakan yogurt dan bahan tenusu seperti keju putih, mentega dan krim. Bahan tenusu digunakan secara meluas didalam masakan dan manisan mereka, cuma dalam resepi ini tidak menggunakan bahan tenusu.

Nasi ialah makanan asasi mereka, sebab itu nasi dihidangkan dengan banyak didalam talam selain roti dan gandum. Untuk nasi mereka menggunakan beras basmathi, sejenis beras yang beraroma yang panjang dan ramping.

Kalau diperhatikan dalam nasi arab penggunaan ayam dan kambing banyak sekali, ayam dan kambing akan dimasak sekali didalam nasi dan akan dikeluarkan bila sudah masak. Resepi nasi arab ini telah dikongsi oleh Hidayati Hana.

 

RESEPI NASI ARAB KABSAH

Biasanya nasi arab akan dimasak didalam satu periuk yang besar kerana dimasakkan sekali dengan ayam atau dging kambing didalamnya. Untuk resepi nasi arab kabsah ini ayamnya akan dibakar, sebelum itu ayam akan diperap terlebih dahulu dengan rempah kabsah.

photo6269085293927837006.jpg (1024×1280)

Bahan-bahan yang diperlukan :
Bahan untuk ayam bakar kabsah :
  • 1 ekor ayam ( potong 4 )
  • 2 sudu besar rempah kabsah
  • 2 sudu besar tomato puri
  • Bawang besar ( kisar )
  • Bawang putih ( kisar )
  • Halia ( kisar )
  • 2 sudu besar minyak
  • Garam secukupnya

photo6269085293927837005.jpg (1024×1280)

CARA-CARA PENYEDIAAN AYAM BAKAR KABSAH

▶️ Mula-mula rebus ayam sehingga masak.

▶️ Ayam yang sudah direbus tadi dilumurkan dengan semua bahan. Gaul sebati dan perapkan sekejap.

▶️ Bakar suhu 180 selama 1 jam (selepas 30 minit terbalikkan ayam)

*air rebusan ayam simpan untuk masak nasi dan sup pula

 

Bahan untuk nasi kabsah :
  • Beras basmathi
  • Sedikit minyak masak
  • 1 biji bawang holand ( hiris halus )
  • Buah pelaga
  • 3 sekawan ( bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis )
  • 2 sudu besar tomato puri
  • 1 sudu besar rempah kabsah
  • Air rebusan ayam
  • 3 biji cili hijau

photo6269085293927837004.jpg (1024×1280)

CARA-CARA PENYEDIAAN NASI KABSAH

▶️ Untuk nasi kabsah rendam beras basmathi selama setengah jam, basuh dan toskan airnya.

▶️ Panaskan minyak masak, tumis bawang holand, buah pelaga, dan 3 sekawan. sehingga harum.

▶️ Kemudian masukkn tomato puri dan rempah kabsah, kacau sekejap dan masukkn beras dan air rebusan ayam tadi.

▶️ Masukkan cili hijau dan perasakan dengan garam.

▶️ Alihkan kedalam periuk nasi dan masak macam biasa.

*anggaran air untuk beras basmathi – 1 cawan beras sama dengan 1.5 cawan air)

 

Bahan untuk sup kabsah :
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sekawan
  • 1 sudu besar rempah kabsah
  • Air rebusan ayam
  • Ayam ( dipotong kecil )
  • 1 kiub pati ayam
  • Daun ketumbar atau daun sup

photo6269085293927837003.jpg (1024×1280)

CARA-CARA PENYEDIAAN SUP KABSAH

▶️ Tumiskan bawang besar, bawang putih, dan 3 sekawan hingga garing.

▶️ Kemudian masukkan rempah kabsah dan air rebusan ayam tadi.

▶️ Masukkn ayam, garam dan pati ayam.

▶️ Biarkan hingga sup masak dan taburkan daun ketumbar/daun sup diatasnya apabila sudah masak.

 

Bahan untuk sahawak ( sambal arab ) :
  • 10 biji cili padi
  • 2 biji cili merah
  • 2 biji tomato
  • 3 ulas bawang putih
  • Daun ketumbar atau daun pudina
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • Garam

 

CARA-CARA PENYEDIAAN SAHAWAK

▶️ Kisar semua bahan diatas tanpa air kerana sambal ini tidak cair.

▶️ Boleh goreng dahulu semua bahan baru kisar.

photo6269085293927837002.jpg (1024×1280)

Bahan untuk salad arab :
  • 1 biji timun jepun
  • 2 biji tomato
  • 1 biji bawang besar
  • Daun ketumbar sedikit ( optional )
  • Garam
  • Perahan air lemon

 

CARA-CARA PENYEDIAAN SALAD ARAB

▶️ Potong dadu timun jepun, tomato, bawang besar, dan sedikit daun ketumbar.

▶️ Kemudian masukkan garam sedikit dan perahan air lemon.

 

BACA JUGA : Resepi Gulai Ayam Pegaga Negori Sembilan, Super Marvelous Dan Pedas Sekali!

 

Siapa yang pernah makan nasi arab ini pasti tahu kesedapannya macam mana. biasanya nasi arab akan dihidangkan dalam portion yang besar kerana orang arab memang akan makan dengan portion nasi yang banyak.

42847299382.jpg (1200×800)

Kesedapan nasi arab sampaikan boleh makan nasinya sahaja kerana rempah ratus yang dimasak sekali dengan nasi telah membiatkan nasi berasa sangat sedap dan aromanya juga sangat wangi.

Walaupun resepi nasi arab kabsah ini dimakan dengan ayam bakar tapi, boleh juga kalau nak dimakan dengan kari kambing. Resepi ini sangat senang untuk dibuat dan rasanya sangat sedap, ibu-ibu yang ingin mencuba boleh follow resepi yang dikongsikan ini!

Leave A Reply

Your email address will not be published.