Resepi Kuih Sopang Kuih Traditional Negeri Sembilan, Rasanya Yang Enak Lemak-Lemak Manis!
Kuih sopang atau disebut kuih sepang merupakan kuih asal dari negeri sembilan. Kuih ini lebih kurang seperti kuih badak berendam cuma beza pada bentuknya sahaja. Ada yang ingin mencuba Resepi Kuih Sopang ini?
Kuih ini merupakan kuih tradisional yang dibuat daripada tepung pulut, gula melaka dan intinya dari kelapa parut. Adunan tersebut kemudian dibentuk bujur dan dihidangkan dengan kuah santan pekat.
Kuih sopang popular di negeri sembilan dan merupakan hidangan istimewa dihidangkan pada hari raya. Kuih ini mudah didapati dan biasa dijual secara harian di kedai-kedai kuih di sekitar negeri sembilan.
Ada yang kata kuih ni sama dengan badak berendam dan kuih koci, tapi agak berbeza pada bentuk dan dari segi proses pembuatannya. Kuih ini sudah lama, tapi masih lagi ada peminatnya sehingga sekarang.
Kuih tradisional ini kadang-kadang rupanya berbeza tapi rasanya agak sama. Jika menggunakan tepung pulut, tekstur kuih agak kenyal sedikit. Resepi ini telah dikongsi oleh Zadariah Ismail, iaitu resepi dari ibunya.
RESEPI KUIH SOPANG
Rupanya kuih sopang ini ada banyak versi, iaitu secara rebus, kukus dan goreng. Tapi kali ini resepi kuih sopang yang kami kongsikan ini adalah secara kukus. Mungkin tak ramai yang tahu tentang kuih ini kecuali orang negeri sembilan sahaja.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 500g Tepung pulut
- Air
- Santan
- Garam
CARA-CARA PENYEDIAAN KUIH SOPANG
▶️ Masukkan tepung pulut ke dalam bekas dan masukkan air lalu dibancuh mnjadi doh yang kenyal, tidak terlalu kering dan tidak terlalu lembut (macam kuih koci).
▶️ Sediakan pengukus terlebih dahulu dan masukkan air, panaskan pengukus.
▶️ Ambil plastik yang disapu mentega atau minyak untuk meratakan doh.
▶️ Kemudian, doh dicanai menjadi bulat dan dimasukkan inti ke dalamnya lalu dilipat plastik agar tepung yang dibancuh tadi menyerupai bentuk karipap.
▶️ Selepas itu, masukkan dalam loyang pengukus yang sudah dilapik dengan plastik juga agar kuih sopang mudah dikeluarkan dan tidak melekat ke atas loyang pengukus. boleh sapu majerin atau butter sekiranya tiada plastik.
▶️ Selepas kuih sopang disusun di atas dulang, tuangkan santan yang telah dibancuh dgn air dan garam agar sedikit cair ke aatas kuih sopang sebagai kuahnya, tuang santan agak-agak menutupi aras kuih sopang itu sahaja.
▶️ Kukus selama lebih kurang 8-10 minit, dan kuih sopang dah pun masak.
Bahan untuk inti kelapa :
- 1 biji kelapa parut
- 2 ketul gula anau
- Sedikit gula putih
- Air
- Daun pandan
CARA-CARA PENYEDIAAN INTI KELAPA
▶️ Masakkan air gula dengan daun pandan(1 biji kelapa masukkan 2 ketul gula anau) dengan ditambah sedikit gula putih.
▶️ Gula dah larut masukkan kelapa parut dan masakkan sampai inti betul-betul masak dengan cantik. Lebih lama lebih berkilat dan cantik.
BACA JUGA : Resepi Siakap Goreng Kicap Cair Masak Halia, Chinese Dish Yang Simple Tapi Sangat Sedap!
Kuih traditional sangat sedap, selalunya akan dimasak dengan santan. Rasanya yang lemak-lemak manis sangat menyelerakan. Mungkin ada yang belum pernah merasa kuih tradisional negeri sembilan ini.
Ada resepi yang menggunakan pisang yang dilenyek, jadi rasanya agak berbeza dari kuih badak berendam. Proses untuk membentuk kuih ini juga berbeza keran menggunakan plastik supaya permukaan kuih lebih licin.
Resepi kuih sopang ini sangat mudah untuk dibuat cuma intinya menggunakan gula enau bukan gula melaka. Bagi pengemar kuih traditional bolehlah mencuba resepi kuih dari negeri sembilan ini.