Resepi Nasi Beriani Kukus Dengan Ayam Sambal Padu. Boleh Buat Sendiri Dirumah!

0 4,636

Siapa tak suka makan nasi beriani kan. Walaupun bukan hari-hari makan, tapi kadang-kadang teringin juga. Resepi Nasi Beriani Kukus yang mudah dan sedap makan pula dengan ayam sambal dan acar timun.

Kalau nak beli nasi beriani boleh cecah RM8.00 hingga RM10.00 sebungkus, tu kalau beli satu bungkus. Nak jimat masak sendiri dirumah boleh makan ramai, costing pun tidak lah terlalu mahal.

Bila masak sendiri boleh ikut citarasa kita sendiri, kadang-kadang ada yang kita suka tambah itu ini dalam masakan. Apa-apa pun kena tahu cara asas untuk masak nasi beriani dan bahan-bahan perlulah lengkap sebelum kita mula memasak.

Jom kita tengok resepi nasi beriani kukus dan sambal ayam yang sedap ni yang dikongsi oleh Cahaya Pesona melalui facebook.

Kalau makan nasi beriani kena ada gandingan dengan jelatah timun nenas baru lengkap hidangan nasi beriani.

 

RESEPI NASI BERIANI KUKUS DENGAN AYAM SAMBAL 

Nasi beriani bukan sahaja boleh dimakan dengan ayam sambal sahaja, ibu-ibu boleh sahaja tambah lauk lain untuk makan bersama seperti daging masak hitam atau gulai kawah ke.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 4 cawan beras moghul faiza ( beras pnjang ) basuh dan rendam 10 minit
  • 1 cawan susu cair
  • 5 cawan air
  • 1 kiub aym
  • Garam
  • 5 sudu besar rempah briyani bncuh ngn sikit air pekat gitu
Rempah untuk tumis :
  • Bawang putih ( hiris )
  • Bawang besar ( hiris )
  • Halia ( hiris )
  • Pewarna kuning jenis air
  • Minyak untuk menumis

CARA-CARA PENYEDIAAN NASI BERIANI KUKUS :

▶️ Mula-mula, panaskan minyak untuk tumis bahan tumis. Apbila dah layu msukkan rempah beriani. Tumis hingga naik bau.

▶️ Selepas itu,masukkan susu cair , air, kiub ayam dan sedikit garam. Biar mendidih.

▶️ Kemudian, masukkn beras yang dah di rendam tadi. Masak sehingga air hampir kering. tutup api.

▶️ Alihkan beras dlm loyang, titikkan 2 sudu besar pewarna kuning atas nasi dan kukus sampai masak.

▶️ Cara ini nasi akan masak cantik dan tak berkerak. Apabil masak kaup balik nasi guna garfu supaya nasi cntik dan tak patah-patah.

▶️ Selepas itu, letak daun sup dan bawang goreng.

 

Bahan-bahan yang diperlukan : ayam sambal 
  • Ayam goreng ketepikan
  • 1 mangkuk lada kering
  • 2 inci jalia
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 6 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar kicap manis
  • garam, gula dan ajinomoto
  • 4 tangkai.daun kari

CARA-CARA PENYEDIAAN AYAM SAMBAL  :

▶️ Mula-mula blend semua bahan kecuali daun kari.

▶️ Selepas itu, panaskan minyak tumis sampai naik bau dan masukkan garam, gula, aji, sos dan kicap. Tumis sampai pekat.

▶️ Kemudian, masukkn air 2 cawan dan ayam goreng, masak sampai kuah pekat

▶️ Akhir sekali, masukkan daun kari. Kacau dan tutup api. Siap.

 

Bahan-bahan untuk jelatah timun nenas :
  • Timun
  • Nenas
  • Bawang besar
  • Lada merah
  • Garam dan gula
  • Oren sunquick

CARA-CARA PENYEDIAAN JELATAH TIMUN :

▶️ Potong timun, nenas, bawang besar dan lada merah.

▶️ Kemudian, masukan ke dalam bekas dan letak garam, gula dan oren sunquick scukup rasa.

 

BACA JUGA :Resepi Talam labu. Lemak Manis Disukai Ramai!

 

Bukan selalu dapat makan nasi beriani kukus kan? Biasa jumpa nasi beriani bila ada majlis makan-makan je. Kali ini boleh makan sampai sampai puas bila dapat masak sendiri.

Kebiasaan nasi beriani terus dimasak dalam rice cooker je, tapi kali ni nasi beriani dibuat secara kukus. Nasi yang dimasak secara kukus akan lebih lembut dan tidak kering.

Kalau buat sendiri pasti akan rasa lebih puas hati sebab dapat ikut citarasa kita sendiri, apa yang kurang boleh ditambah terus. Jom cuba buat nasi beriani kukus follow resepi  ni!

Leave A Reply

Your email address will not be published.