Resepi Biskut Scone Strawberi Yang Sangat Marvelous. Kudapan Yang Istimewa Untuk Seisi Keluarga Anda!
Pernah tak anda makan biskut scone? Tekstur biskut scone ni seakan-akan kek atau roti tetapi tidaklah sama 100%. Selalunya ia hidangkan panas-panas bersama jem strawberi atau krim putar. Rasanya lemak-lemak manis dengan aroma butter memang sedap. Untuk kali ni, jom cuba buat resepi biskut scone strawberi dengan sapuan extra jem. Pasti anak-anak akan suka!
Biskut scone ni ialah sejenis biskut lembut, rapuh dan mencair dimulut. Kalau dapat makan biskut ni sabagai kudapan atau dijadikan hidangan minum petang dengan kopi panas memang sedap. Teksturnya yang rapuh dan ada campuran buah strawberi yang dipotong kecil-kecil di dalamnya memang menambah lagi kesedapan biskut ni.
Di Malaysia, biskut ni terlebih dahulu menjadi popular kerana boleh didapati dipusat pelancongan Cameron Hingland, Pahang. Extra sapuan jem strwaberi lagi menjadikan kuih ni sangat enak dan sedap. Dan ianya merupakan kuih disukai ramai. Setiap gigitan tu terasa nikmat dengan manis buah-buahan yang ada dalam biskut tersebut.
Cara penyediaan biskut scone strawberi ni juga sangat mudah sebenarnya. Hanya campuran bahan-bahan seperti tepung gandum, mentega, whipping cream dan buah strawberi. Kemudian gaul dan sebatikan menjadikan doh. Lepas tu bakar dalam oven. Hasilnya biskut ni bau semerbak, lembut dan sedap.
Resepi biskut scone yang dikongsikan oleh Cik Puan Umi Watie adalah yang paling simple dan sedap. Kalau buat untuk anak-anak, pasti mereka teruja. Confirm makan habis sebalang punya. Yang baru nak belajar buat boleh follow step by step resepi yang dikongsikan ni. Pasti hasilnya tidak menghampakan anda.
RESEPI BISKUT SCONE STRAWBERI EXTRA JEM
Selain dimakan dengan strawberi. Anda juga boleh menggunakan buah blueberry ataupun apa-apa jenis buah yang anda suka. Rasanya juga sedap mengikut buah yang anda pilih. Pasti anda pun dah tak sabar nak mencuba resepi ni kan. Tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat bahan-bahan yang digunakan dan cara penyediaan resepi ni.
Bahan-bahan yang perlukan :
- Mentega
- Tepung gandum
- Baking powder
- Buah strawberi
- Whipping cream
- Jem strawberi
CARA PENYEDIAAN BISKUT SCONE STRAWBERI EXTRA JEM :
▶️ Mula-mula ambil mentega yang masih sejuk. Potong kecil-kecil.
▶️ Tepung gandum dan baking powder diayak. Masukkan gula. kisar halus gula tu.
▶️ Gaul semua bahan dengan tangan. Satukan bahan supaya membentuk serbuk roti.
▶️ Masukkan strawberi 2 biji yang telah di potong halus. Masukkan juga whipping cream.
▶️ Gaulkan sebati. Tak perlu uli tau. Cukup sekadar dapat doh yang terbentuk.
▶️ Sapukan sedikit tepung. Kita nak canai doh. Dah canai agak dalam 2 cm anggaran tebalnya.
▶️ Kemudian tekap dengan gelas je. Tak jumpa dah segala mak nenek cutter. Tak apa, asal barang jadi.
▶️ Susun atas dulang oven. Dapat 6 ketul.
▶️ Sapukan lebihan whipping cream atas doh tadi. Bakar 180 selsius selama 30 minit. Ikut oven masing masing ya.
▶️ Tadaaa. Masa ini satu rumah bau wangi. Memang syok habis. Tak sabar dah merasa scone yang gebu ni.
▶️ Menarik hasilnya. Guna jem strawberi. Tak terlalu manis. Sedang elok saja makan dengan scone.
▶️ Bau wangi satu rumah. Puas hati dapat minum petang ala ala Cameron Highland ni kan.
BACA JUGA: Mee Rojak Mamak Style Terlajak Sedap. Lengkap Dengan Kuah Kacang Yang Padu!
Wah dah siap! Sangat menarik secara fizikalnya. Sedapnya kalau makan biskut scone ni yang penuh dengan rasa lemak manis biskutnya, serta dengan tambahan jem nya lagi. Tahu sajalah perisa strawberi ni. Rasanya lebih enak, manis dan wangi.
Kalau lepas bakar tu, lagi sedap dimakan waktu panas-panas. Lebih lembut dan mencair dimulut. Lepas ni kalau nak hidangkan anak-anak dengan kudapan yang sedap, bolehlah buat resepi ni. Nak hidangkan pada tetamu pun tidak menjadi masalah. Pasti mereka akan suka.
Resepi biskut scone strawberi dengan sapuan extra jem ni. Bukan sahaja sedap, malah mudah untuk disediakan. Semoga dengan perkongsian resepi yang simple dan sedap ni dapat memberi anda manfaat kepada anda. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!