Cara Buat Roti Manis Pandan Gebu Dan Sedap. Roti Yang Lembut Dengan Hanya Uli Pakai Tangan Sahaja Confirm Menjadi!

0 4,393

Suka makan roti bun manis? Selalu beli setiap kali nak makan roti bun manis. Kali ini kami nak kongsikan Cara Buat Roti Manis Pandan yang gebu lagi sedap dengan hanya uli pakai tangan sahaja.

Roti kalau dapat yang lembut dan gebu memang sangat sedap dimakan. Tapi kalau dapat roti manis makan macam tu je dah sedap. Kalau anak-anak makan roti manis pandan ni mesti berebut sebab lembut dan manis.

Tak dinafikan nak buat roti bukan senang untuk mendapatkan roti yang lembut bila dimakan sebab memerlukan teknik yang betul ketika menguli doh. Sebab itu ramai yang sanggup beli dari buat sendiri.

Untuk menguli doh pakai tangan memakan masa yang agak lama bagi mendapat doh yang sempurna. Tetapi kalau ada bread maker lagi senang, hanya perlu masuk kesemua bahan dan tunggu sahaja bread maker menguli doh sehingga siap.

Ibu-ibu yang ingin belajar membuat roti sendiri boleh follow resepi dari Siti Hadirah, bahan-bahan untuk membuat roti manis pandan agak ringkas dan mudah didapati dikedai-kedai bakery.

 

RESEPI ROTI MANIS PANDAN

Bagi mendapatkan bentuk setiap bun yang sama perlulah timbang doh terlebih dahulu sebelum dibulatkan supaya hasil bentuk bun akan sama setiap satu bun. Berat untuk setiap doh mengikut citarasa sendiri, kalau ingin bun roti yang besar boleh banyakan gram doh.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 11g yis
  • 1 cawan air suam
  • 4 cawan tepung gandum
  • 6 sudu besar gula
  • 2 sudu besar susu tepung(optional)
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar butter/marjerin
  • 1 biji telur(di kacau)
  • 1 sudu besar perisa pandan
  • pewarna hijau
  • secubit garam

CARA-CARA PENYEDIAAN ROTI MANIS PANDAN

▶️ Mula-mula, campurkan air suam, susu tepung, gula, dan yis. Kacau dan biarkan 5 minit atau sehingga yis naik.

▶️ Selepas itu, masukkan tepung gandum, susu pekat, butter, telur, perisa pandan, pewarna hijau dan garam didalam satu bekas dan gaul sebati.

▶️ Kemudian masukkan air bancuhan yis tadi dan uli sehingga tidak melekat di tangan. Uli sekurang-kurangnya 25 hingga 30 minit.

▶️ Biarkan doh mengembang 2 kali ganda dalam keadaan bertutup(1 jam)

▶️ Apabila doh dah kembang, tumbuk-tumbuk doh sikit untuk buang angin Dan uli sekejap 2-3 minit.

▶️ Buat bentuk bulat-bulat dan susun dalam loyang yang di sapu butter.

▶️ Biarkan lagi dalam 15 minit bagi doh kembang sekali lagi dan sapu telur dipermukaan roti.

▶️ Akhir sekali bakar suhu 170°c selama 20-25 minit, bergantung kepada oven masing-masing.

 

BACA JUGA : Resepi Kuih Talam Durian Licin Yang Super Sedap. Sekali Gigit Pasti Teringat-Ingat Dengan Rasa Durian Yang Mengancam!

 

Puas hati betul bila dapat buat roti sendiri, yelah roti bukan senang nak buat walaupun bahan yang digunakan mudah je. Roti Manis pandan kalau dapat cicah dengan air teh panas atau kukus dengan kaya memang sedap!Nak tips bagi mendapatkan roti yang cantik berkilat selepas dibakar perlulah disapu sedikit majerin atau planta dipermukaan roti.  Majerin atau planta akan membuat permukaan roti lebih berkilat dan nampak lebih menyelerakan.

Cara buat roti manis pandan ini sangat mudah dan senang dibuat, jika ingin lebih memudahkan kena ada bread maker jadi tempoh untuk menguli doh lebih mudah dan hasilnya akan memuaskan. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.