Resepi Cheese Cake Baby Yang simple. Menu Yang Sesuai Nak Tambah Berat Dan Naik Selera Makan Baby!
Rata-rata rakyat malaysia memang suka makan cheese. Hampir semua makanan yang ditambah cheese menjadi kesukaan malah laris dan viral. Hari ini apa kata kita tengok resepi cheese cake baby 7 bulan pula. Menu ini sesuai kalau nak tambah berat baby, dan nak naikkan selera makan baby.
Tekstur kek ni bukan macam kek biasa, ianya lebih lembut smooth sesuai untuk baby. Walaupun lembut, boleh ke nak bagi cheese untuk baby? Boleh! Secara umumnya, cheese yang selamat dimakan oleh bayi adalah daripada jenis yang telah dipasteur atau dikultur. Maklumat ini akan tertera pada label setiap keju yang dijual.
Apabila bayi dah biasa mengunyah makanan dan mampu menelan makanan dengan baik, biasanya mereka boleh mula makan makanan yang lembut seperti bubur, keju dan biskut baby. Jadi sesuai lah kalau mak-mak mencuba resepi yang dikongsikan ini.
Cara penyediaan cheese cake baby juga senang. Hanya menggunakan tiga bahan sahaja iaitu cheese tatura, tepung gandum dan telur sahaja. Selain itu, cheese tatura, cheddar dan mozarella adalah antara keju yang mudah didapati di Malaysia dan boleh diberikan kepada bayi.
Resepi cheese cake baby 7 bulan ini dikongsi oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik puan Aimi Uyu. Menu ini bukan sahaja sesuai untuk dihidangan baby. Malah ianya juga boleh dihidang pada anak-anak yang lain. Nak sedap boleh tambahkan topping meningkut citarasa masing-masing.
RESEPI CHEESE CAKE BABY 7
Bagi bayi yang mempunyai sejarah alergi dalam keluarga, masalah eczema atau alahan makanan sebelum ini mungkin perlu menunggu lebih lama sedikit sebelum memperkenalkan keju dalam makanan baby. Disarankan selepas 8 bulan ke atas atau boleh rujuk pakar terlebih dahulu.
Bahan-bahan yang perlukan :
- 250g Cheese Tatura
- 1 sudu Tepung Gandum
- 1 biji telur
CARA PENYEDIAAN CHEESE CAKE BABY 7 :
▶️ Blend semua bahan-bahan di atas.
▶️ Kemudian, masukkan bahan tersebut ke dalam bekas. Jangan terlalu penuh, masukkan separuh sahaja.
▶️ Kukus selama 10 minit sehingga masak. Nak tahu dah masak ambil lidi, kalau dah tak melekat kat lidi tandanya ianya dh masak.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA: Resepi Popia Pisang Double Coklat Rangup Diluar Dan Pastinya Lembut Didalam. Anda Wajib Cuba!
Siap untuk dihidang! Bagi hidangan untuk baby, cukup dengan menggunakan tiga bahan itu sahaja. Jika untuk hidangan pada anak-anak yang lain boleh tambahkan topping lain seperti puree buah, buah mangga, buah labu dan macam-macam lagi terpulang pada selera anda.
Chesse juga dikata mempunyai berkhasiat dengan keperluan seperti protein, kalori, vitamin A, D dan B12. Apabila bayi anda semakin besar, anda tidak boleh tidak perlu untuk menambahkan keju kepada makanan mereka ataupun sebagai rasatambahan makanan mereka.
Semoga pengkongsian cara menyediakan resepi cheese cake baby ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Boleh cuba bila-bila masa dan share supaya orang lain boleh mencuba resepi cheese cake baby yang sangat simple ini. Selamat mencuba!