Resepi Laksa Goreng Yang Simple Dan Sedap. Sekali Cuba Pasti Repeat Lagi!
Pernah tak makan laksa goreng? Laksa goreng merupakan laksa yang dimasak seperti mee goreng atau bihun goreng. Namun rasa laksa goreng ini lebih sedap dan enak. Bagi sesiapa yang pernah try pasti tahu bagaimana rasanya. Tetapi bagi yang belum pernah rasa, boleh cuba resepi laksa goreng yang disediakan.
Laksa goreng bila digoreng ianya seakan mee goreng, tetapi warnanya sedikit berkilat berbanding mee goreng. Fizikal laksa biasanya licin dan lembut sebab diperbuat daripada beras kanji. Bila dimasak bersama udang, bebola ikan, sayur dan pelbagai jenis sos. Fuh! Memang ngam habis rasanya.
Cara penyediaan laksa ini juga sangat senang dan mudah. Laksa tu kena rendam dan direbus dulu. Supaya laksa ini boleh kembang perlahan-lahan dan bila rebus laksa tak mudah putus dan hancur. Tak kira laksa halus atau laksa besar ia mesti rendam dahulu. Laksa akan lebih kenyal tapi lembut, tak liat, licin elok bila dimasak.
Perkongsian menu laksa goreng yang sedap dan padu ini dikongsikan dari seorang penguna facebook iaitu Cik Puan Nurul Ateekah. Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi laksa goreng yang mungkin ramai orang tidak tahu cara penyediaanya.
Seperti yang kita tahu juga, biasanya kita makan laksa dalam bentuk berkuah dan ada pelbagai jenis laksa yang ada di malayasia. Ada laksa utara, laksa penang, ada laksa johor dan ada laksa sarawak. Cara buat juga berbeza tapi punyai rasa keunikkan yang tersendiri.
RESEPI LAKSA GORENG
Makan laksa goreng tanpa cili jeruk memang tak sah lah jawabnya. Wajib ada cili jeruk kalau nak makan bertambah-tambah. Tanpa membuang masa apa kata kita tengok bahan-bahan yang perlukan dan bagimana cara penyediaan laksa goreng ini.
Bahan-bahan yang perlukan :
- 1 kilo laksa
- 4 biji bawang putih (diketuk)
- 300 gram udang
- 10 biji bebola ikan
- 4 biji telur
- 3 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos ikan
- Serbuk belacan
- Cili merah (hiasan)
- Daun sup (hiasan)
- Serbuk perasa
- Garam (jika perlu)
- Minyak secukupnya
- Taugeh
Bahan kisar :
- 7 batang cili kering
- 1 labu bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 2 sudu besar kacang tauchu
- 1 sudu besar udang kering
CARA PENYEDIAAN LAKSA GORENG :
▶️ Mula-mula panaskan minyak tumis bawang putih sehingga kekuningan dan masukkan cili kisar kacau sehingga pecah minyak.
▶️ Bila dah pecah minyak, masukkan udang dan bebola. Gaul rata.
▶️ Masukkan telur pecah terus dalam kuali dan gaulkan sehingga masak.
▶️ Masukkan sos ikan, sos tiram, dan serbuk belacan. Serta masukkan serbuk perasa dan gaul rata.
▶️ Masukkan laksa dan taugeh. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati.
▶️ Taburkan cili merah dan daun sup. Siap untuk dihidang.
BACA JUGA: Resepi Asam Pedas Ikan Pari Yang Marvelous. Sepinggan Nasi Tak Cukup Dibuatnya!
Tada! Nampak sangat menarik. Sesekali tukar selera pula daripada resepi laksa yang selalu makan kepada laksa goreng pulak. Anak pun confirm suka makan. Yang baru nak cuba boleh je follow resepi yang dikongsi ini. Hasilnya pasti anda puas hati.
Selain udang, anda boleh mempelbagai lauk lain seperti isi ayam, sotong, fish cake dan macam lagi mengikut citarasa anda. Jika dah buat, confirm anda akan lebih suka makan laksa goreng berbanding mee goreng. Sebab mee kuning biasa lebih terasa kapur kalau tak cuci bersih-bersih, bila dimakan mesti kurang sedap.
Paling bahagia bila dah siap, ahli keluarga semua puji sedap. Mesti lebih semangat lagi nak mencuba resepi baru. Semoga resepi laksa goreng yang dikongsikan kali ini memberi anda manfaat dan boleh share juga supaya semua orang dapat manfaat yang sama. Selamat mencuba!