Resepi Popia Pisang Double Coklat Rangup Diluar Dan Pastinya Lembut Didalam. Anda Wajib Cuba!

0 779

Resepi popia pisang dauble coklat ini merupakan antara hidangan pencuci mulut yang sangat sesuai dihidangkan dalam hidangan minum petang anda. Ia merupakan sajian yang menggabungkan antara pisang dan kulit popia. Menu ini sangat simple dan mudah. Rasanya sangat sedap. Anda wajib try tau!

Kulit popia sebenarnya banyak juga kegunaanya. Pelbagai resepi yang boleh dibuat daripada kulit popia ini. Kebiasanya kulit popia digunakan untuk buat popia serunding, popia sayur, popia basah, popia bersira, popia otak-otak dan macam-macam lagi. Tapi kali ini kita guna kulit polia untuk disalutkan dengan pisang dan coklat.

Cara buat popia pisang coklat ini amat mudah dan simple. Pisang yang digunakan di dalam resepi ini ialah pisang berangan. Ini kerana pisang berangan adalah sejenis pisang yang sangat manis dan enak. Ianya bertambah sedap bila dibalut dengan kulit popia dan dicurahkan coklat.

Namun ramai juga perniaga yang telah berniaga popia pisang double coklat ini. Tapi kalau beli sebungkus mesti selalu tak cukup. Jadi bila buat sendiri lagi puas hati makan. Boleh makan puas-puas. Nak ajak anak-anak buat sama-sama pun boleh. Mesti mereka suka. Tambahan pula kalau buat dirumah selain topping coklat, anda juga boleh gunakan mozarella cheese atau apa-apa topping yang anda suka.

Resepi popia pisang double coklat ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu cik puan Noratiqah Nordin. Hidangan yang dikongsikan ini sangat mudah dan senang untuk kita fahami. Bahan-bahan yang digunakan pun senang didapati. Anda boleh follow step by step cara yang ditunjukkan dibawah ini.

 

RESEPI POPIA PISANG DOUBLE COKLAT

Hidang resepi ini menang sedap dimakan panas-panas. Bila digoreng rangup diluar dan pastinya lembut didalam. Anda pasti suka dengan teksturnya. Tanpa membuang masa lagi, apakata kita lihat bahan-bahan memasak yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaan popia pisang double coklat ini.

Bahan-bahan yang perlukan : 
  • Popia
  • Pisang
  • Coklat rice
  • Tepung dan air (untuk dijadikqn pelekat)
  • Nutella

CARA PENYEDIAAN POPIA PISANG DOUBLE COKLAT :

▶️ Asingkan kepingan popia.

▶️ Dah asingkan kepingan popia. Kite beralih arah ke pisang pulak.

▶️ Potong pisang bahagi 2. Nak potong boleh. Tak nak potong pon boleh.

▶️ Letak pisang di atas kulit popia dan tengah hujung ke arah kita, ini untuk memudah prosese melipatnya nanti. Dan letak coklat rice.

▶️ Gulung kasi kemas dan ketat supaya coklat rice tak terkeluar. Step by step cara gulung.

▶️ Tepung dan air. Dijadikan gam.

▶️ Apibila pisang sudah siap dibalut dengan kulit popia. Panaskan minyak untuk mengoreng. Goreng sampai keperangan.

▶️ Siap untuk dihidang. Tuangkan nuttela ke atas popia pisang itu.

 

BACA JUGA: Resepi Sup Siam Daging Yang Padu Sebijik Macam Kedai Thai. Menggunakan Bahan Simple Tapi Rasanya Memang Marvellous!

 

Tada! Dah siap! Rasanya sangat delicious sehingga menjilat jari dibuatnya. Hidangan ini sesuai dihidangkan untuk minum petang bersama keluarga atau boleh disajikan sebagai pemanis mulut untuk dihidangan pada tetamu. Wah! meriahnya hidangam ini, mesti tetamu suka.

Kalau nak rasa ala-ala makan dikedai anda boleh makan popia pisang double coklat bersama aiskrim vanila. Sejuk je bila ianya lalu ditekak. Anak-anak pun confirm suka.  Kalau dah bosan asyik makan pisang goreng cicah kicap boleh tukar selera pada menu ini pula. Sekali sekala tukar resepi mesti syok kan. .

Walaupun resepi yang dikongsikan sangat simple, namun rasanya luar biasa. Ini juga cara mudah nak bagi anak-anak makan buah.  Semoga resepi popia pisang double coklat menberi manfaat kepada semua. Anda boleh share supaya orang pun mendapat manfaat yang sama. Selamat  mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.