Resepi Lontong Goreng. Hidangan Dari Johor Yang Enak Dan Mudah Dibuat!

0 27,229

Lontong goreng atau nasi impit goreng merupakan hidangan dari Johor yang sering dihidangkan ketika hari raya. Resepi Lontong Goreng ini sangat mudah dibuat dan menggunakan lebihan nasi impit yang ada.

Sekarang ni raya tak dapat ziarah menziarahi, jadi ada lebihan nasi impit yang disimpan didalam peti. Jangan buang nasi impit lebihan hari raya tu, kita tukar menu lain dengan mengoreng nasi impit.

Nampak macam pelikkan, biasanya nasi impit makan dengan kuah lodeh, rendang dan kuah kacang tapi kali ni nasi impit digoreng pulak. Jangan pelik tau, ini hidangan dari johor, kalau beraya disana pasti akan ada hidangan Lontong goreng ni.

Lontong goreng ada banyak versi, yelah ikut citarasa masing-masing nak mengorengnya macam mana. Rasanya sama makan je makan nasi goreng atau mee goreng cuma ditukar kepada nasi impit sahaja.

Resepi Lontong goreng ini memang wajib dicuba sebab sedap sangat, pasti yang tak pernah makan akan jatuh cinta dengan satu suapan. Resepi ini telah dikongsi oleh Nurul Ateekah.

 

RESEPI LONTONG GORENG

Banyak versi nak buat Lontong goreng ni, ada yang suka guna cili kisar dan digoreng macam mee goreng dan ada yang menggunakan bahan tumis je seperti bawang dan cili tumbuk sahaja. Apa-apa versi pun semua sedap ikut citarasa sendiri.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • Lontong 900gram(dipotong dadu besar)
  • Udang sedarhana (200- 300gram)
  • Isi dada Ayam (direbus dan dicarik )
  • Sos Cili 2 sudu besar
  • Sos Tomato 2 sudu besar
  • Sos Ikan 2 sudu besar
  • Kicap manis 3-4 sudu besar
  • Kucai (agak-agak)
  • Kubis dihiris tipis (jika mahu)
  • Telur 4 biji
  • Gula 1-2 sudu besar
  • Garam (jika perlu
  • Serbuk Perasa ( jika perlu )
  • Daun sup ( bahan hiasan )
  • Cabai Merah(bahan hiasan)
  • Daun bawang (bahan hiasan)

 

Bahan kisar :
  • Cili Kering 10-15 batang
  • Bawang besar ½ -1biji
  • Bawang Putih 5 ulas
  • Udang kering 2-3 sudu besar
CARA-CARA PENYEDIAAN LONTONG GORENG

▶️ Panaskan minyak secukupnya , masukkan bahan yang telah dikisar tadi dan masak sehingga pecah minyak .

▶️ Masukkan udang dan masakkan ia seketika .

▶️ ​Kemudian , masukkan sos cili , sos tomato , sos ikan , kicap , gula , garam dan serbuk perasa (jika perlu) , dan gaulkan .

▶️ ​Masukkan lontong , kucai , kubis , isi ayam dan telur . Gaulkan kesemuanya sehingga sebati.

▶️ ​Kemudian taburkan cili merah ,daun bawang dan daun sup .

▶️ Angkat dan siap untuk dihidang .

 

BACA JUGA : Resepi Cucur Jawa. Cucur Traditional Yang Lemak Manis Dan Enak Dimakan Ketika Sarapan!

 

Mudah je nak buat lontong goreng ni, mewah sangat dengan pelbagai bahan didalamnya. Siapa kata nasi impit tak sedap bila digoreng, tengok lontong goreng ni sangat menyelerakan.

Nak buat lontong goreng boleh guna macam lauk seperti udang, ayam, daging cincang, telur dan ikan bilis. Ikut citarasa masing-masing nak masak guna lauk apa, sayur pun terpulang nak letak sayur apa tiada halangan.

Resepi lontong goreng ini sangat mudah dan yang penting tidak membazir nasi impit dlam peti. Sedap dimakan untuk breakfast atau lunch. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.