Kalau makan kat kedai hidangan untuk ikan pasti akan order masak tiga rasa, biasanya kat kedai banyak guna ikan siakap dan jarang guna ikan bawal atau kerapu. Tapi kali ini kami nak kongsikan Resepi Ikan Bawal Tiga Rasa, yang pasti rasanya sangat sedap.
Kalau masak tiga rasa ni tak ada nenas memang tak berapa jadi lah masak tiga rasa tu, sebab kena ada rasa masam, manis, dan pedas pada hidangan ini. Sebab itu kunci kesedapan rasanya ada pada nenas.
Ikan bawal memang sedap kalau digoreng, tambah pulak goreng garing-garing lagi sedap. Ikan kalau segar, isinya akan rasa manis makan macam tu sahaja pun dah sedap. Untuk masak hidangan ini, ikan bawal kena goreng terlebih dahulu baru akan curahkan sos diatasnya.
Masakan tiga rasa ni senang untuk dibuat, masakan ini juga sangat femes di kedai-kedai masakan thai. Walaupun hidangan ini simple tapi rasanya sangat sedap, sehingga ada yang dijadikan sebagai hidangan kegemaran keluarga.
Kali ini kami kongsikan resepi ikan bawal masak tiga rasa dari perkongsian saudari SuiSan Aliezsha. Hidangan yang digemari ramai, makan ini sahaja dengan nasi panas-panas pun sudah mencukupi dah.
RESEPI IKAN BAWAL MASAK TIGA RASA
Masak tiga rasa ni biasanya akan ada campuran sayur dan buah, seperti nenas, timun, tomato, baby jagung dan sebagainya. Tapi kalau tidak suka dengan sayur yang banyak didalam kuah tiga rasa boleh kurangkan mengikut citarasa sendiri.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- Ikan Bawal ( goreng dengan garam kunyit terlebih dahulu )
- 2 sudu besar cili kering kering kisar
- Sos cili
- Sos tomato
- Sos tiram
- Sos Ikan
- Jus limau
- 4 ulas bawang putih ( diketuk )
- 1 biji bawang besar atau holand ( potong dadu )
- Sedikit isi nenas ( dipotong )
- 1 biji Tomato ( dipotong )
- Sedikit Cili api ( dipotong )
- Serai (dihiris)
- Daun ketumbar (hiasan)
CARA-CARA PENYEDIAAN IKAN BAWAL MASAK TIGA RASA
▶️ Mula-mula panaskan minyak, tumis bawang putih dan cili kering terlebih dahulu.
▶️ Selepas itu, masukkan kesemua sos ( agak-agak banyak mana nak kuah nanti ) dan masukkan sedikit air. kacau rata.
▶️ Kemudian, masukkan jus limau, gula, garam dan serbuk perasa secukup rasa.
▶️ akhir sekali masukkan bawang besar, nenas, cili api dan serai kacau beberapa minit baru tutup api. Boleh curahkan kuah keatas ikan yang digoreng tadi.
Cepat dan mudah betul nak masak ikan bawal tiga rasa ni, tak perlu beria nak menumis main campak-campak je dah boleh siap satu hidangan yang sangat sedap ini. Kalau makan kat kedai dah berapa ringgit dah ni, lebih jimat kalau dapat buat sendiri.
Kuah masak tiga rasa ni boleh dibuat pekat atau cair, jika sukakan kuah yang banyak boleh lebihkan air dan sos semasa memasak, biasalah ada orang suka makan dengan kuah yang banyak dan ada suka makan kering. Kalau ada lebihan kuah boleh goreng ikan siakap pula.
Resepi yang cukup senang untuk dibelajar oleh ibu-ibu yang pertama kali ingin mencuba resepi ikan bawal masak tiga rasa ni, bukan ikan bawal boleh diguna dalam hidangan ini, ikan siakap atau ikan kerapu juga boleh digunakan. Jangan lupa mencubanya!