Resepi Kuih Lopes Batik Yang Mudah, Lembut Dan Sedap. Kuih Tradisional Yang Paling Istimewa, Anda Wajib Try!

0 591

Nak buat kuih tradisional melayu ni kebanyakkan kite memang liat kan? Kalau boleh memang nak beli je. Yelah, sebab risau tak menjadi. Sebenarnya mudah je nak buat kuih tradisi dulu-dulu ni. Asalkan ikut sukatan bahan dengan betul. Mujur jumpa resepi kuih lopes batik yang simple dan sedap ni. Boleh try buat kat rumah nanti.

Dapatlah idea untuk buat kuih lopes pada hujung minggu nanti. Kalau anak-anak muda sekarang ni mungkin tak berapa terdedah dengan kuih ni. Kuih lopes ni merupakan sejenis kuih tradisional melayu. Ia diperbuat daripada pulut yang dikukus dalam kukusan. Setelah sejuk ia dipotong dan digaul dengan kelapa parut kering.

Tak berhenti disitu je, hidangan kuih lopes ni betul-betul lengkap jika ada sekali air gula melaka dan kuah santan pekat sebagai pencicahnya. Memang sangat sedap kombinasi pulut hitam dan pulut putih yang lembut dan dimakan dengan kuah yang pelbagai rasa.

Tak dinafikan lagi, orang dulu-dulu memang kreatif dalam mempelbagaikan resepi masakan. Pastu kena pulak tu dengan tekak melayu. Rugilah bagi generasi muda sekarang kalau tak belajarnya. Sebenarnya penyediaan kuih lopeh ni juga simple dan mudah je.

Anda boleh je follow resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Mawar Wilsa. Terima kasih diucapkan pada beliau kerana sudi berkongsi resepi ni. Bahan yang digunakan pun tidak renyah. Hasilnya dapat kuih lopes yang teksturnya lembut dan padat. Sedap dimakan dengan hidangan kuahnya yang manis dan berlemak.

 

RESEPI KUIH LOPES BATIK YANG MUDAH

Ada sesetangah orang mungkin tak berapa suka luih lopes yang agak padat. Mungkin lebih suka yang sikit berderai atau tak terlalu padat teksturnya. Ini bermakna kalau nak kuih ni berderai, kuantiti air yang dimasukkan dalam membuat pulut tu haruslah dikurangkan dan sebalik jika mahu kuih lebih padat.

Bahan-bahan yang perlukan :  
Bahan pulut hitam :
  • 1 cawan pulut hitam
  • Air secukupnya (untuk merendam pulut hitam)

 

Bahan pulut putih:
  • 2 cawan beras pulut putih
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan
  • 1 sudu kecil air kapur
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Beberapa titis pewarna hijau
  • Air secukupnya (untuk merendam pulut)

 

Bahan kelapa parut :
  • 1 biji kelapa parut
  • Garam secukup rasa

 

Bahan air gula melaka :
  • 3 ketul gula melaka (potong kecil-kecil)
  • 1/2 cawan gula merah
  • Gula pasir
  • 3 cawan air
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • sedikit tepung jagung larutkan (untuk pekatkan air gula)

 

Bahan kuah santan pekat :
  • 3 cawan santan
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN KUIH LOPES BATIK YANG MUDAH :

▶️ Cara penyediaan pulut hitam. Cuci pulut hitam dan rendam selama 3 jam. Kemudian cuci bersih dan toskan.

▶️ Rebus pulut hitam sehingga empuk. Bila dan empuk cuci pulut hitam dengan cara lalu kan di air paip dan tapiskan. Biarkan sebentar.

▶️ Kemudian, cara penyediaan pulut putih pula. Cuci dan rendam pulut putih selama 1 jam bersama air secukupnya. Masukkan juga air kapur, garam dan pewarna hijau.

▶️ Toskan pulut putih dan masukkan ke dalan loyang 10×10 yang telah dialas plastik. Masukkan santan cair dan air daun pandan. Gaul sebati dan kukus pulut putih selama 30 minit.

▶️ Apabila pulut masak campurkan pulut hitam yang direbus tadi dan gaul rata. Kukus lagi selama 20 minit.

▶️ Angkat loyang dari periuk kukusan dan alas atas permukaan pulut dgn plastik atau daun pisang tekan-tekankan pulut supaya padat. Biarkan sejuk baru dipotong ikut bentuk yang anda sukai.

▶️ Cara penyediaan kelapa parut. Campur kelapa parut dan garam. Gaul rata dan golekkan kuih lopes  ke dalam kelapa parut.

▶️ Seterusnya, cara penyediaan air gula melaka. Campurkan semua bahan kedalam periuk. Masak sehingga larut semua gula. Masukkan larutan tepung jagung untuk memekatkan air gula melaka, jika tak suka boleh skip tepung jagung. Tapiskan dan sejukkan.

▶️ Akhir sekali, cara penyediaan kuah santan pekat. Campurkan semua bahan kedalam periuk. Kacau hingga sebati. Masak diatas api sederhana sehingga kuah santan masak dan agak pekat.

▶️ Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Sardin Kari Dan Kentang Yang Simple Dan Sedap. Pasti Dapat Membangkitkan Selera Makan Anda!

 

Wah siap untuk dihidang! Sedapnya kuih ni dibuat hidangan minum petang. Rasa lemak manisnya buatkan ianya bertambah berselera. Tak ada santan pun sedap juga dimakan dengan air gula melaka sahaja. Bergantung pada selera masing-masing.

Tapi jika dihidangkan kedua-duanya sekali lagi padu dah hidangan tu. Hidangan kuih lapis ni kalau bukan bulan puasa memang susah cikit nak mencarinya. Nak tak nak kenalah buat sendiri dirumah. Kalau buat sendiri rasanya juga akan lebih padu dan lebih marvelous. Anda boleh ubah tahap kemanis resepi ni.

Yang penting kena dengan tekak anda. Resepi ni anda boleh simpan atau kongsikan dulu resepi kuih lopes batik simple dan sedap ni Fb anda. Nanti bila nak buat, mudah untuk dijadikan rujukan. Semoga resepi ni memberi anda manfaat. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.