Resepi Sup Siam Daging Yang Padu Sebijik Macam Kedai Thai. Menggunakan Bahan Simple Tapi Rasanya Memang Marvellous!

0 12,177

Kalau pergi kedai makan thai antara hidangan yang sering menjadi tumpuan ialah sup siam. Rasa sup ini sedikit berbeza seperti yang sering kita masak dirumah. Namun rasa sup siam walapun dimasak hanya menggunakan 1 pes adabi sahaja tapi rasa sangat sedap. Jadi hari apa kata kita cuba resepi sup siam daging ala Thai dirumah.

Resepi sup siam daging ini sangat special, kerana rasa dia masam-masam dan sedikit pedas menjadikan ianya menu kesukaan ramai. Nak makan dengan nasi putih pun boleh, nak makan begitu sahaja pun boleh. Terpulang pada selera anda. Waktu hujan macam ni memang sedap lah kalau dapat hirup sup yang panas-panas kan.

Yang paling menarik resepi ini hanya menggunakan sup siam adabi sahaja, ianya paling hampir dan paling mudah untuk dapatkan rasa sup siam yang sedap. Serius! rasa sup siam daging ini sangat padu. Resepi ini tak perlu tambah rempah ratus yang lain dan cukup menggunakan 1 pes adabi sahaja. Makan dengan nasi putih satu mangkuk confirm tak cukup.

Cara penyediaan sajian ini juga sangat simple dan bahan yang digunakan pun tidak lah renyah. Sebelum sup ini dimasak. Rebus terlebih dahulu daging atau tulang. Kalau daging lembu, hiris melintang dari urat daging dan rebus dengan api kecik selama 30-40 minit bergantung pada jenis bahagian daging.

Disebabkan cara penyediaannya yang sangat simple, apa kata anda follow resepi yang dikongsikan oleh penggunaan facebook En Wan LuQman. Terima kasih juga berkongsi resepi. Pasti ramai yang tak sabar nak mencuba resepi ini kan? Bila buat sendiri lagi puaskan makan. Tak rugi cuba tau!

 

RESEPI SUP SIAM DAGING 

Kalau masakan sup thai tak sah kalau tak ada batang saderi dan lobak merah. Namun anda juga boleh mempelbagaikan jenis sayur yang anda suka. Ianya terpulang pada cita rasa masing-masing. Tanpa membuang masa lagi apa kata kita tengok bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaan resepi ini.

Bahan-bahan yang perlukan : 
  • Daging/tulang
  • 1 paket sup siam adabi
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji limau nipis
  • 2 hiris tomato
  • Batang saderi
  • Lobak merah
  • 1/2 bji kentang
  • 1 sudu sos ikan
  • 200ml air
  • 1 sudu palm sugar @ gula biasa pun boleh

CARA PENYEDIAAN SUP SIAM DAGING :

▶️ Mula-mula rebus daging sehingga empuk.

▶️ Panaskan minyak dan tumis bawang putih sampai sedikit garing. Kemudian, masukkan sayur-sayuran termasuk ubi ketang masak sampai layu.

▶️ Selepas itu, masukkan sos ikan. Kacau sekejap, terus masukkan air dan daging.

▶️ Seterusnya masukkan pes siam adabi. Rasa pes ni dan lengkap dengan masam dan masim dia. Jika tak cukup masam boleh tambah tomato ye. Lagi masam lagi sedap.

▶️ Air rebusan daging jangan buang tau. Masukkan sedikit dalam sup kita. Kacau sampai semua bahan sekata.

▶️ Kemudian masukkan palm sugar jika ada. Kalau tiada masukkan gula putih pun boleh. Kacau sekata. Masukkan cili padi, kalau nak pedas cili padi ni titik dulu ye.

▶️ Akhir sekali, tabur bawang holland dan tomato.

▶️ Masak sampai kuah sup mendidih dan taburkan daun sup sebagai hiasan. Siap untuk dihidang

 

BACA JUGA: Resepi Ayam Masak Merah Yang Sedap Dan Simple. Walaupun Simple Bersahaja, Rasanya Sangat Marvelous!

 

Wah dan siap! Sup siam daging ini lagi padu kalau dimakan dengan cili kicap dan telur dadar. Menu yang simple ini memang sesuai untuk dijadikan makan tengah hari ataupun hidangan makan malam. Kalau dah muak asyik makanan yang berlemak ataupun yang bergoreng boleh cuba resepi yang ini pulak.

Bila makan sup siam daging ni, memang rasa macam makan kat kedai thai. Lepas ini kalau nak makan sup siam daging boleh buat sendiri je. Dah tak perlu beli di kedai. Hanya menggunakan pes sup siam je tapi hasilnya sangat sedap. Silap-silap lagi sedap daripada yang jual dikedai.

Jarang orang melayu yang tidak suka dengan masakan thai ini kan. Kalau ada kelapangan anda boleh buat sendiri je dirumah. Bahan-bahan yang diperlukan pun tidak renyah. Boleh buat bila-bila masa untuk dihidang pada keluarga. Semoga resepi sup siam daging  ini memberi manfaat untuk anda semua. Selamat mencuba!.

Leave A Reply

Your email address will not be published.