Cara Buat Ketayap Inti Kelapa. Resepi Mudah Turun Temurun Dari Kampung!
Kuih ketayap atau dengan nama lain kuih gulung merupakan salah satu kuih tradisional. Resepi Kuih Ketayap sangat mudah dan senang untuk dibuat dengan menggunakan sukatan cawan.
Kalau kita perhatikan banyak kuih tradisional berwarna hijau, kenapa ye? Kebanyakkan kuih tradisional menggunakan daun pandan sebagai perasa , jadi warna hijau lebih sesuai digunakan untuk rasa pandan termasuklah kuih ketayap juga.
Kuih ketayap sangat lembut dan digulung dengan inti kelapa yang sangat lemak manis. Kuih ketayap juga fames di Indonesia dan dikenali sebagai kuih dadar gulung disebabkan kuih ini perlu digulung dengan inti.
Disebabkan resepi kuih ketayap ini senang untuk dibuat, sis nak share resepi yang menggunakan sukatan cawan yang dikongsi oleh Roslina Ina Kie. Pasti ramai yang suka bila sukatan cawan digunakan. Sebab semua pun orang boleh buat.
Resepi ini sangat mudah dan senang untuk dibuat sendiri. Bukan hanya pada kulitnya, tapi juga untuk penyediaan inti kelapanya. Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESEPI KUIH KETAYAP
Untuk memasak kuih ketayap seeloknya menggunakan kuali non-stick supaya kulit ketayap tidak melekat di permukaan kuali semasa mengamkat nanti. Lapisan kulit ketayap perlu dimasak nipis dan tidak terlalu tebal supaya sedap dimakan.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah :
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu makan tepung ubi
- 2 sudu makan minyak
- 2 cawan air biasa atau pandan
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil garam
- Sedikit pewarna hijau
Bahan untuk inti kelapa :
- Kelapa parut ( bahagian yang putih )
- Gula merah
- Gula putih
- Garam
CARA-CARA PENYEDIAAN KUIH KETAYAP :
▶️ Mula-mula sekali, masak untuk inti dahulu. Masukkan sedikit air untuk cairkan gula merah dan gula putih. Kuantiti gula mengikut citarasa sendiri untuk tahap kemanisannya.
▶️ Seterusnya, masukkan kelapa parut dan garam. Kacau sehingga rata dan masak sehingga kering. Ketepikan.
▶️ Selepas itu, kita buat bancuhan untuk adunan pula dengan memasukkan semua bahan ke dalam blender. Blendkan sehingga sebati.
▶️ Kemudian, panaskan kuali dan sapu sedikit minyak. Masukkan bancuhan tepung sedikit dan tunggu sehingga masak dan angkat.
▶️ Akhir sekali, kuih sudah boleh digulung dengan inti kelapa parut tadi.
BACA JUGA : Resepi Popia Sira Sambal Manis. Makan Sejuk Pun Kekal Rangup!
Bagi mengelakkan kulit ketayap yang mudah koyak semasa memasak, letakan sedikit tepung ubi didalam bancuhan kulit ketayap. Penggunaan gula merah juga memain peranan kalau nak inti yang sedap guna gula Melaka kampung.
Kalau di kawasan kampung sangat mudah untuk mendapatkan kuih ketayap ni. Kebiasaan kuih ketayap dijual pada waktu pagi untuk dimakan semasa sarapan pagi.Kuih ketayap sangat sedap dan lembut dimakan.
Aroma dari daun pandan dan inti kelapa parut menaikkan lagi selera. Kuih ketayap juga sangat femes pada bulan puasa dan boleh dibuat untuk jadikan hidangan berbuka puasa nanti. Resepi kuih ketayap yang mudah dan senang ni boleh dijadikan rujukan untuk ibu-ibu dirumah. Selamat mencuba!