Resepi Kerabu Suhun Sotong Yang Simple Dan Sedap. Rasa Masam Pedas Yang Kaw. Rugi Tak Cuba!

0 974

Teringin nak makan kerabu seafood yang sedap? Jom cuba resepi kerabu suhun sotong yang dikongsikan ni. Kombinasi rasa masam masim pedas pasti membuka selera. Kerabu ini ada pelbagai jenis, ada kerabu meggie, kerabu mangga, kerabu kerang dan macam-macam lagi. Dah cuba sekali pasti nak lagi!

Resepi kerabu merupakan hidangan popular dari Thailand. Dan ianya semakin popular dikalangan orang Malaysia juga. Sudah pasti ramai yang gemar dengan masakan thai. Sebab masakan thai ni sesuai sangat dengan tekak orang melayu kita. Masam pedas perkara biasa.

Cara penyediaan resepi kerabu suhun sotong ni sangat mudah dan ringkas. Campak-campak je dah siap! Anda boleh mencubanya dirumah. Tak perlu susah-susah beli kat kedai. Buat sendiri lebih puas hati, boleh makan bertambah-tambah. Resepi pun dah ada kan.

Resepi yang sedap ini dikongsi oleh En  Muhamad Muktamin Abdul Karim. Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi kerabu suhun sotong yang cukup kaw. Kata beliau, jaga lupa niatlah memasak kerana Allah ta’ala, InsyaAllah akan dipermudahkan, beroleh keberkatan. Sajian dapat, pahala pun dapat.

Kepada penggemar masakan ala thai, wajib cuba resepi ni. Confirm puas hati! Hidangan ini sesuai dihidangkan pada bila-bila masa samada makan tengahari atau malam. Nak ratah macam tu pun sedap, makan ala-ala mukbang. Ia juga boleh mengenyangkan.

 

RESEPI KERABU SUHUN SOTONG 

Menu ni kalau makan nasi putih pun dah cukup. Dah tak perlu ada lauk lain. Rasa masam pedas boleh terliur dibuatnya. Tanpa buang masa lagi apa kata kita tengok bahan-bahan yang digunakan dan cara penyediaan resepi kerabu suhun sotong ini.

Bahan-bahan yang perlukan :
  • Sotong
  • 2 batang serai (dihiris nipis)
  • Akar ketumbar
  • Daun ketumbar (dihiris)
  • Daun limau purut untuk rebus sotong & pewangi kerabu
  • 3 biji tomato (dipotong dadu)
  • Lobak merah (dihiris halus)
  • Timun (dihiris halus)
  • Bawah merah (dihiris)
  • Cili api/padi

CARA PENYEDIAAN KERABU SUHUN SOTONG :

▶️ Masukkan sotong ke dalam air yang mendidih bersama akar ketumbar dan daun limau purut dalam 3 minit dah cukup.  Jangan terlalu lama nanti sotong liat.

▶️ Toskan dan terus masuk dalam mangkuk berisi air sejuk dari peti sejuk. Sementara itu, masak suhun sehingga kembang ataupun masak.

▶️ Selepas itu, masukkan sayur, sotong, kicap ikan, perahan limau dan perasakan dengan garam dan gula. Gaul rata

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Bakwan Sayur Goreng Rangup Dan Enak. Hidangan Yang Bikin Ketagih!

 

Wah! nampak sangat menyelerakan. Pasti anda pun tak sabarkan nak mencubanya! Kepada yang tak suka makan sotong, boleh je tukar kepada lauk lain seperti udang, kerang, ayam dan macam-macam lagi. Ianya tidak menjadi masalah. Terpulang pada selera anda.

Lepas ni boleh cuba buat kat rumah je. Tak perlu beli kat luar dah. Dapat sotong fresh memang lagi padu. Tip juga kalau nak bagi sotong tak liat. Jangan terlalu lama masak sotong, nanti isinya akan jadi macam tayar goodyear. Kalau guna suhu terlalu panas masak  je di antara 1 minit hingga ke 3 minit.

Semoga pengkongsian cara menyediakan kerabu suhun sotong ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Boleh cuba bila-bila masa dan share supaya orang lain boleh mencuba kerabu suhun sotong. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.