Resepi Sambal Sotong Yang Mudah Dan Sedap. Sekali Buat Dah Menjadi. Anak-Anak Comfirm Suka!
Siapa kat sini yang tak suka sambal sotongkan, sambal sotong ni kira favourite la. Resepi sambal sotong kali ni kami bawakan sangat mudah untuk dibuat dan rasanya sangat sedap.
Nak masak sambal sotong ni mudah je, bahan-bahan pun tak banyak. Ibu-ibu nak dapatkan sambal yang sedap, bermacam-macam cara untuk masak sambal ni, tak semua mempunyai citarasa yang sama kan.
Ada yang suka sambal tu jenis berkuah, ada yang suka jenis kering-kering sikit. Sambal yang sedap perlulah ada rasa pedas, manis dan masin, kira sambal tu kena secukup rasa.
Rahsia sambal sotong sedap ialah cili yang dimasak dengan sempurna sehingga pecah minyak. Cili perlu ditumis dengan menggunakan api perlahan sehingga garing.
Kalau beli nasi lemak mesti akan ambik sekali dengan sambal sotong memang terbaik! Pengemar sambal sotong boleh follow resepi sambal sotong yang dikongsi oleh Muhammad Akmal Hakim, pasti sekali buat dah menjadi.
RESEPI SAMBAL SOTONG
Semasa memasak sambal sotong, sambal perlulah dimasak sehingga kering dahulu sebelum dimasukkan sotong. Jika sambal tidak terlalu kering, air pada sotong keluar dan akan menyebabkan sabal lebih berkuah.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 2 genggam cili kering,
- 6-8 ulas bawang putih
- 8-10 bawang merah yg kecik2
- 2 atau 3 kepingn asam keping
- 1kg sotong
- 4 sudu gula
- garam
CARA-CARA UNTUK MEMBUAT SAMBAL SOTONG :
▶️ Mula-mula, potong cili kering dan buang biji. Rebus sampai mendidih.
▶️ Kisar cili kering, bawang putih dan bawang merah sehingga hancur.
▶️ Selepas itu, panaskan kuali dengan minyak baru, jangan terlalu sedikit dan jangan terlalu banyak.
▶️ Tumis kesemua bahan kisar tadi dan tutup dengan penutup periuk supaya sambal tidak meletup merata.
▶️ Apabila sambal sudah pecah minyak, masukkan 4 sudu gula untuk karemelkan sambal.
▶️ Apabila sambal sudah masak, tutup api dan sejukkan seketika.
▶️ Kemudian, cuci bersih sotong dan potong mengikut citarasa jangan halus sangat nanti sotong akan kecut.
▶️ Rebus sotong dalam air mendidih selama 5 minit dan toskan.
▶️ Seterusnya, masukkan sotong kedalam sambal, buka api perlahan dan masukkan asam keping, garam dan secukup rasa.
▶️ Sambal dah tak perlu masukkan air, sebab air dari sotong akan turun.
BACA JUGA : Resepi Bihun Goreng Singapore. Resepi Yang Mudah Dan Lazat!
Aroma sambal sotong melekat habis satu rumah, makan pula dengan nasi lemak pagi-pagi memang menyelerakan. Asyik nasi lemak dengan ikan bilis dan telur rebus je, kali ni makan dengan sambal sotong pulak.
Sambal sotong kalau ibu-ibu suka masak yang berkuah, bolehlah tambah sedikit air supaya sambal lebih berkuah. Sambal sotong bukan sahaja sedap dimakan dengan nasi lemak, makan dengan nasi putih pun boleh tambah banyak kali dah.
Sambal yang sedap memang kena ada rasa masam, manis, masin, senang cerita secukup rasa lah. Senangkan resepi sambal sotong ni? Jadi ibu-ibu boleh lah cuba di rumah. Selamat mencuba!