Resepi Sambal Telur Puyuh Yang Mudah Dibuat, Sedap Dimakan Dengan Nasi Panas-Panas!

0 2,886

Pernah makan telur puyuh? Telur puyuh saiznya agak kecil dari telur ayam biasa, tapi rasanya sangat sedap walaupun hanya direbus. Kali ini kami kongsikan Resepi Sambal Telur Puyuh, pasti ramai yang jarang membuatnya sebab susah untuk mendapatkan telur puyuh.

Kalau dahulu telur puyuh banyak dijual di pasar-pasar, ada yang dah direbus dan ada yang mentah juga. Sekarang ini agak susah nak jumpa, mungkin sesetengah tempat sahaja yang ada menjualnya.

Walaupun saiznya kecil, ternyata mempunyai banyak khasiat berbanding telur ayam. Telur puyuh mempunyai banyak kandungan protein berbanding telur ayam, tidak mempunyai kolestrol jahat dan kaya dengan kolestrol baik.

Sambal yang sedap perlu dimasak sempurna sehingga pecah minyak, orang tua-tua kata kalau tak pecah minyak sambal kurang masak. Pantang orang dulu-dulu kalau masak sambal tidak pecah minyak, sebab itulah penyedap bila masak sambal.

Pasti ada peminat sambal telur puyuh ini, bukan selalu boleh makan hidangan ini. Nak masak sambal ni tak susah sebenarnya, cuma memakan masa untuk menumis sahaja. Resepi ini telah dikongsi oleh Zaimah Zakaria.

 

RESEPI SAMBAL TELUR PUYUH

Semasa membeli telur puyuh periksa kulit telur dengan teliti supaya tidak ada kerosakan pada kulit telur tersebut. Pastikan membeli telur puyuh yang baru supaya dapat menjaga kesegarannya.

photo6282672100846185983.jpg (528×960)

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • Telur ayam atau puyuh (rebus dan buang kulit)
  • 1 biji bwg merah besar*
  • 5 ulas bwg putih*
  • 1 inci belacan*
  • 15 atau 20 tangkai cili kering*
  • 1 cawan minyak msk
  • Air asam jawa 1/2 cwn
  • Garam
  • Gula

photo6282672100846185982.jpg (528×960)

CARA-CARA PENYEDIAAN SAMBAL TELUR PUYUH

▶️ Mula-mula rebus dahulu telur puyuh dan apabila sudah masak, buang kulitnya.

photo6282672100846185981.jpg (528×960)

▶️ Kemudian, goreng telur dengan api perlahan, goreng sikit-sikit jangan semua terus nanti hancur telur tu.

▶️ Kisar semua bahan-bahan bertanda* sampai halus.

▶️ Selepas itu, tumis dalam minyak goreng telur tadi. Tumis sampai pecah minyak.

▶️ Masukkan gula dan air asam jawa, masak lagi sampai pecah minyak. Masukkan garam dan perasa, rasa dulu tambah apa yang kurang. Siap.

 

BACA JUGA: Resepi Kek Sarang Semut, Ada Cara Untuk Mendapatkan Kek Yang Berlubang Dan Kenyal!

 

Nak sedia satu-satu hidangan mudah je sebenarnya, cuma buat kita susah bila tidak tahu nak masak apa. Sambal telur puyuh boleh juga ditukar dengan telur ayam. Tapi telur puyuh lagi sedap bila dibuat sambal.

78294294924.jpg (1200×800)

Memang agak susah untuk mendapatkan telur puyuh sekarang ini, kalau di kampung mungkin mudah untuk mendaptnya di pasar-pasar. Tapi ingat sebelum membeli kena periksa betul-betul telur itu, bagi mengelakkan dapat telur yang kurang segar.

Pastikan telur digoreng terlebih dahulu sebelum dimasukkan kedalam sambal, barulah sambal akan melekat pada permukaan telur tersebut. Jangan lupa untuk mencuba resepi sambal telur puyuh ini!

Leave A Reply

Your email address will not be published.