Resepi Rendang Ikan Berkuah Yang Super Marvelous. Hidangan Yang Simple Tapi Sedap!
Kalau sebut je rendang, mesti kita terbayang rendang ayam, dengan daging. Paling tidak tak pun rendang kerang. Jarang-jarang sekali kita dengar rendang ikan. Sebenarnya masak rendang ni boleh dipelbagaikan jenis lauk. Dan anda juga boleh try resepi rendang ikan berkuah pekat yang pasti sedap ni.
Resepi rendang ikan juga berlemak dan lagi sedap bila dimasak pedas-pedas sedikit. Bila dimakan dengan nasi dan digaul sekali kuahnya, memang terasa lemak manis kuahnya. Rendang ni antara masakan tradisi yang tidak akan ditinggal dek zaman. Buatlah lauk apa pun, rasanya tetap sedap.
Selain tu, nak sediakan rendang ni juga amat ringkas dan bahan yang digunakan pun tidak renyah. Malah dalam resepi juga tidak menggunakan pelbagai rempah. Walapun dalam masak ni tiada rempah. Namun sekali masak anda mesti jatuh cinta sebab cara begini lebih kepada rendang versi kampung. Kalau masakan dulu-dulu memang tiada penggunaan bahan rempah yang banyak.
Cukuplah hanya menggunakan bawang, serai dan santan sebagai bahan asasnya. Selain tu, benda yang wajib ada dalam rendang ialah daun kunyit. Daun ni memang berfungi menambahkan aroma rendang. Sekali gus menjadikan rendang kita menambah sedap dan menyelerakan.
Resepi yang simple ni dikongsikan dilaman facebook Cik Puan Hana A Razak. Terima kasih diucapkan kerana sudi berkongsi resepi yang simple namun menangkap rasa dan selera. Resepi ni anda boleh cuba bila-bila masa samada makan tengahari ataupun malam. Kalau nak masak menu di hari raya pun tak menjadi masalah.
RESEPI RENDANG IKAN BERKUAH
Kalau nak kan rasa yang lebih sedap, ikan tu sebelum dimasak rendang, mesti lah digorengnya dulu separa garing. Tujuannya juga untuk mengelakkan ikan tersebut cepat hancur bila dimasak. Hasilnya juga sedap bila dimasak dan ramuan akan meresap masuk ke dalam isi ikan tersebut.
Bahan-bahan yang perlukan :
- Ikan (goreng dulu dengan kunyit)
- 3 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih
- 3 sudu cili kisar
- 1 batang serai
- 1 biji bawang besar
- Santan
- Gula
- Garam
- Daun kunyit
- Air asam
CARA PENYEDIAAN RENDANG IKAN BERKUAH :
▶️ Mula-mula cuci bersih ikan. Dan lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam sedikit.
▶️ Gorengkannya dengan minyak berbetul-betul panas sehingga separa garing. Angkat dan ketepikan. Keluarkan minyak goreng ikan tadi dan tinggalkan sikit untuk menumis.
▶️ Masukkan bawang merah dan bawang putih yang dihiris. Tumis sehingga keperangan dan naik baunya. Masukkan serai yang dah dititik.
▶️ Kemudian masukkan cili kisar sudu. Rasa pedasnya sedang elok je. Namun kalau nak kurang atau lebih pedas boleh adjust kuantitinya. Dan kalau ikan banyak, boleh masukkan lebih. Tumis cili sehingga garing dan pecah minyak.
▶️ Seterusnya masukkan air asam jawa.
▶️ Kemudian masukkan sedikit gula perang untuk seimbang rasa. Dan juga nak bagi warna lebih cantik.
▶️ Tuangkan santan sedikit. Tapi kalau anda suka pekat boleh masukkan lebih. Ikut tahap pekat anda suka. Kemudian masukkan sedikit air.
▶️ Bila dah mendidih masukkan ikan yang dah digoreng tadi.
▶️ Nak kan bau aroma rendang lebih wangi. Masukkan daun kunyit yang dicarikkan.
▶️ Kemudian perasakan dengan gula dan garam. Dan masukkan bawang merah. Biarkan kuah mendidih.
▶️ Dah siap!
BACA JUGA: Jom Buat Bakar-Bakar Dengan Crab Stick, Sosej Dan Macam-Masam Lagi. Cicah Dengan Sos Cili Padi Thai Memang Padu!
Wah! Dah siap hidangkan kita hari ni. Cukup simple tapi kalau makan dengan nasi putih panas-panas bikin bertambah nasi dibuatnya. Selain nasi putih rendang ikan ni juga boleh makan dengan ketupat nasi atau rendang. Ianya mengikut citarasa masing-masing.
Kalau anda suka kan kuah lebih pekat dan sedikit kering, boleh renehkan lama sedikit baru padamkan api. Sebenarnya kalau masak lagi lama, kuahnya lagi pekat dan berasa. Lagi sedap nak makan dengan nasi dan pulut nanti.
Resepi masak rendang berkuah ni sangat simple. Anda boleh try dirumah nanti. Bahan yang digunakan pun mudah tapi rasanya memang sedap dan padu. Semoga perkongsian ni dapat memberi anda manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!