Resepi Gulai Lemak Nenas Ikan Kurau. Masakan Style Kampung Paling Mudah Dan Sedap!

0 1,826

Rindunya nak makan masakan style kampung. Lagi-lagi masak gulai lemak kuning kan. Resepi gulai lemak nenas ikan kurau ni memang masakan yang termasyur. Lagi-lagi mak-mak yang masak, confirm bertambah-tambah selera dibuat. Rasa lemak manis, masam memang cukup rasa.

Cara masakan ni juga simple cukup sekadar cili api, kunyit, serai, santan dan termasuklah nenas dan ikan kurau masin. Bagi yang tak pernah makan gulai lemak nenas ikan kurau anda wajib try. Makan dengan nasi putih panas-panas confirm bertambah-tambah dibuatnya.

Kombinasi antara ikan kurau masin dan nenas memang antara resepi yang terbaik. Kenapa perlu guna ikan kurau masin? Sebab isinya lembut dan tebal. Memang sesuai kalau nak masak gulai lemak ni. Selain tu, rasa nenas yang masam-masam manis memang menjadikan kuahnya lebih enak dan sedap dimakan.

Hidangan ni juga sering dihidangkan kalau ada kenduri kendara di kampung-kampung dan gulai ni lah yang menjadi pilihan dan kesukaan orang ramai. Bukan hanya sedap dimakan, malah modalnya tak banyak dan paling penting mudah dan cepat untuk disediakan.

Bagi yang ingin mencubanya, anda boleh tengok cara penyediaan dibawah. Resepi yang dikongsikan oleh Encik Kamarul Ariffin Nor Sadan walaupun menu ni sangat simple tapi ianya sungguh sedap. Kalau gaulkan dengan nasi putih, mau sepinggan tak cukup dibuatnya. Jom masak.

 

RESEPI GULAI LEMAK NENAS IKAN KURAU

Masak gulai lemak nenas ni kalau nak masak kena ikut caranya. Jangan masak terlalu lama supaya tak lembik. Barulah bila makan rasa sedap dan rangup. Dan tak perlu banyak-banyak ikan masim pun dah okay. Lapi pun kalau makan ikan masin ni bukan macam makan ikan goreng biasa. Cuit-cuit sikit pun dah berasa.

Bahan-bahan yang perlukan : 
  • 50gm ikan kurau masin
  • ½ biji nanas
  • 2 biji bawang merah ros
  • 5 biji cili api/padi
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 batang serai
  • 150 ml santan pekat

CARA PENYEDIAAN GULAI LEMAK NENAS IKAN KURAU :

▶️ Potonglah nanas ikut keselesaan kalian. Ataupun potong macam ni. Kalau yang guna nanas dalam tin, belah nanas yang bentuk cincin tu kepada 4 suku.

▶️ Tumbuk halus bawang merah, cili padi, dan kunyit sampai lumat. Nak guna pengisar pun boleh.

▶️ Masukkan bahan tadi ke dalam kuali, takperlu letak minyak. Gulai ni tak perlu ditumis.

▶️ Masukkan santan pekat kemudian hidupkan api. Kacau bahan ramuan dan santan ni sampai ia menggelegak. Kalau kering sangat masukkan air.

▶️ Kemudian masukkan 2 cawan air diikuti dengan sebatang serai yang telah dititik. Kebanyakan masakan Melayu yang ada letak santan, biasanya ada serai juga.

▶️ Sebelum tu, cuci dan rendam sekejap ikan masin. Supaya  tidak terlalu masin.

▶️ Masukkan ikan masin dalam kuali bersama renehan tadi.

▶️ Masukkan nenas. Kemudian masukkan asam keping.

▶️ Masak sampai mengelegak. Tutup api. Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Cara Buat Pasta Goreng Bercheese Yang Sedap. Hidangan Simple Untuk Seisi Keluarga!

 

Fuhh! Nampak pun dah menyelerakan. Hidangan cukup dengan rasa manis, masin dan masam. Pendek kata secukup rasalah. Selain ikan kurau, anda juga boleh menggunakan ikan lain seperti ikan talang, sepat, merah atau yu. Rasanya pun padu mengikut jenis ikan yang anda gunakan.

Sebagai penambah menu boleh hidangkan bersama ayam goreng kering dan sambal cili. Bila makan ni memang tak pandang kiri kanan dah. Confirm berselera sungguh dibuatnya. Lagi-lagi kalau masakan menggunakan santan confirm padu.

Buat penggemar masakan kampung style. Boleh cuba resepi gulai lemak nenas ikan kurau ni. Memang tak rugi. Semoga resepi yang dikongsikan ni dapat memberi anda manfaat. Boleh share juga resepi yang simple ni pada kawan-kawan anda. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.