Cara Masak Ayam Goreng Cili Kering Style Simple Dan Sedap. Confirm Bertambah-Tambah Nasi Dibuatnya!
Masak ayam hari-hari pasti muak juga kan? Tapi anak-anak suka makan lauk ayam. Kalau takde ayam tak berselera nak makan. Pasti mak-mak dah pening menu apa yang nak hidangkan? Anda jangan risau boleh je cuba resepi ayam goreng cili kering yang juicy ni. Hidangan ni confirm tak akan muak. Gaul dengan nasi putih memang padu dan terangkat rasa dia.
Masakan ni jarang kita masak sebab kalau guna cili kering mesti masak sambalkan. Namun ayam masak cili kering ni juga sedap. Rasanya masam manis dan cukup berempah. Aroma dari daun kari memang membangkitkan selera makan anda. Makan dengan nasi putih je pun confirm bertambah-tambah dibuatnya.
Menu ni cukup rasa dengan masam manis dan pedas memang kena dengan tekak dan selera anda. Masakan ayam cili lada kering versi ni tak berkuah. Penuh seladak yang pekat. Sebenarnya seladak tu membuatkan masakan ni lagi sedap dan baru berasa ayam tu crunchy dan juicy.
Perkongsian resepi dari Encik Mohd Rozmie memang cukup simple tapi rasanya belum cuba belum tahu enaknya. Tak cukup satu pinggan ni kalau dihidangkan pada sekeluarga. Sebab memang sedap. Kalau nak diratah dan dimakan dengan nasi kedua-duanya memang layan.
Sangat mudah je cara penyediaan resepi ayam goreng cili kering ni. Malah bahan yang digunakan pun tidak renyah. Semuanya yang biasa kita pakai didapur sahaja. Hidangkan ni kalau makan dengan sayur kubis goreng lagi padu rasanya. Anda wajib try!
RESEPI AYAM GORENG CILI KERING
Saiz ayam bergantung pada anda nak potong ikut saiz kecil-kecil atau sebagainya. Kalau buat kecil-kecil mudah nak makan dan rempah ratus nya lebih terasa. Pasti enak kan resepi. Tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaan resepi ni.
Bahan-bahan yang perlukan :
- 1 ekor ayam
- 3 ulas bawang putih
- 5 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang besar
- 1 inci halia
- 12 keping cili kering
- 4 biji cili padi
- 3 tangkai daun kari
- 4 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan sos cili
- Sedikit perahan limau nipis
- Sedikit daun bawang
Bahan perapan ayam :
- 2 sudu makan serbuk cili
- 1 sudu makan tepung gandum
- 1 sudu makan tepung jagung
- 2 sudu kecil garam
CARA PENYEDIAAN AYAM GORENG CILI KERING :
▶️ Seekor ayam potong 18. Selepas cuci bersih ayam, masukkan, serbuk cili, tepung gandum, makan tepung jagung dan garam. Gaul sebati.
▶️ Perapkan ayam bersama bahannya selama 15 – 20 minit.
▶️ Panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak betul-betul panas goreng ayam sehingga masak.
▶️ Ketepikan dulu ayam yang telah digoreng. Jom kita mula tumis bahan masakan.
▶️ Panaskan minyak lebihan goreng ayam tadi dalam satu senduk. Tumis bawang merah, bawang besar dan halia.
▶️ Bila bawang dah layu, masukkan cili kering dan daun kari. Tumis hingga naik bau.
▶️ Kemudian masukkan sos tiram. Masukkan pula sos cili. Kacau lagi.
▶️ Tambahkan hirisan cili padi. Masa ni jangan lupa perasakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa. Perahkan sedikit limau nipis sebagai pelengkap rasa.
▶️ Bila bahan semua dah betul-betul masak, masukkan ayam yang telah digorengkan tadi dan gaul sebati.
▶️ Gaul sebati ayam dengan bahan sehingga meresap kedalam isi ayam dah boleh ditutup api. Akhir sekali, taburkan sedikit hirisan daun bawang. Dah siap untuk dihidang.
BACA JUGA: Resepi Nasi Ulam Yang Super Sedap. Boleh Juga Jadi Menu Diet Yang Sihat!
Wah! Dah siap hidangan makan tengahari anda. Simple kan nak buat. Yang penting sedap dan anak-anak pasti suka. Rasanya tidak pedas sangat macam kita guna cili padi. Anak-anak boleh makan. Apa-apa jenis masakan yang menggunakan daun kari nie memang sedap dengan aroma yang sangat wangi.
Hidangkan ni pasti kena dengan selera tekak anda sekeluarga. Sesuai dihidangakan pada bila-bila masa yang anda suka. Lagi bertambah sedap kalau makan dengan sayur kubis goreng atau ulam-ulaman kampung. Takde menu lain pun takpe cukup dengan hilangan ni sahaja.
Kalau anda teringin nak mencuba resepi ni boleh follow resepi yang dikongsikan diatas. Semoga resepi ayam goreng cili kering memberi anda manfaat. Anda juga boleh share pada kawan-kawan tentang resepi ni. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!