Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api Yang Cukup Rasa Lemak Manis. Memang Padu Dimakan Dengan Nasi Putih Panas-Panas!

0 1,076

Masak apa hari ni? Kalau takde idea lagi, jom cuba buat resepi ketam masak cili api padu. Masak lemak cili api ni antara masakkan yang ramai penggemarnya sebab ianya masakan bersantan yang paling senang dimasak. Bahannya ringkas yang paling penting rasanya sungguh sedap dan menyelerakan.

Antara makanan seafood, ketam merupakan lauk yang istimewa. Boleh dihidangkan dengan pelbagai menu masakan yang menarik. Kalau masak dalam kuah lemak, manis air ketam tu akan keluar dan sebati dengan kuah. Itu buatkan kuah rasa manis dan bertambah sedap. Memang berselera bila dinikmati.

Lagi-lagi kalau menggunakan ketam betina, isinya banyak dan manis berjuicy. Nak masak ketam lemak cili api mudah je. Tak perlu bahan yang renyah, boleh guna bahan yang ada didapur anda sahaja. Ada sesetengah orang kalau masak lemak ni langsung tidak menggunakan bawang dalam masaknya. Biasanya masakan tu resepi orang Negeri sembilan.

Tapi terpulang pada anda nak letak bawang ke tak. Kedua-duanya sedap dan ada aromanya yang tersendiri. Kalau gaulkan kuahnya dengan nasi putih panas, memang cukup enak. Tak perlu makan dengan lauk lain lagi dah. Cukup dengan hidangkan ni je.

Kalau masak resepi lagi elok kalau buat kuahnya banyak-banyak sebab rugi kalau tak rasa air ketam yang sedap dan manis. Resepi ketam masak lemak cili api ni adalah resepi yang paling mudah yang dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Encik Mohamad Arymin. Jom lihat cara memasaknya!

 

RESEPI KETAM MASAK CILI API

Masak lemak kalau tak pedas memang tak sedap. Kuahnya mesti ada sedikit pedas baru sedap untuk dinikmati. Resepi yang ringkas ni kalau makan dengan nasi pasti bertambah-tambah dibuatnya. Wah! Pasti anda dah tak sabar nak mencuba resepi ni kan. Tanpa membuang masa apa kata kita lihat bahan-bahannya dan cara penyediaan resepi ni.

Bahan-bahan yang perlukan :
  • 10 ekor ketam
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 helai daun kunyit (dihiris)
  • 1 kotak kecil santan
  • 2 asam keping
  • Garam dan maggi cukup rasa secukupnya
  • 1½ biji bawang merah (dikisar)
  • 6 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 cm halia (dikisar)
  • 7 biji cili padi (dikisar)
  • ½ sudu makan serbuk kunyit, (kalau ada kunyit hidup boleh guna juga)

CARA PENYEDIAAN KETAM MASAK CILI API : 

▶️ Mula-mula siang ketam dan cuci sehingga bersih. Ketepikan.

▶️ Kisar kesemua bahan kisar sehingga halus. Kalau nak kisar kasar pun boleh.

▶️ Panaskan kuali, kemudian masukkan bahan kisar tadi. Tumiskan sehingga mendidih.

▶️ Lepas tu boleh terus masukkan ketam. Masukkan juga asam keping dan juga sedikit air. Kemudian kacau sehingga sebati.

▶️ Untuk masakkan ketam. Tutup kuali dan biarkan sekejap dalam 5-10 minit.

▶️ Masukkan santan, perlahan api dan kacau kuahnya agar santan tak pecah minyak. Perasakan dengan garam dan manggi cukup rasa.

▶️ Masakkan dalam 10 minit lagi, kemudian dah boleh padamkan api. Sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Kuih Mek Molek Yang Sedap Dan Padu. Ada Tips Untuk Buat Kuih Rangup Bila Dimakan!

 

Yummy! Tengok gambar pun dah menyelerakan. Kalau nak sedap lagi, boleh tambahkan bahan lain seperti tomato dan lobak merah. Pasti anak-anak akan suka juga. Hidangkan ni nampak istimewa dengan adanya taburan sedikit hirisan daun kunyit. Barulah bertambah selera untuk menikmatinya.

Jika anda allergic seafood boleh gantikan resepi ketam ni dengan menggunakan ikan atau ayam. Tapi kalau nak guna telur pun boleh. Terpulang pada selera anda. Hidangkan yang simple tapi lazat ni boleh dihidangkan pada bila-bila yang anda suka. Sama ada makan tengahari ataupun makan malam.

Kalau anda nak cuba resepi ketam masak lemak cili api boleh save dulu resepi ni. Kalau ada masa atau kelapangan boleh lah cuba resepi ni pulak. Semoga dengan perkongsian resepi memberi anda manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.