Resepi Almond Crunchy Bar Yang Sangat Crispy, Sehingga Makan Habis Berkeping-Keping!

0 1,334

Raya haji semakin dekat, walaupun lagi sekali kita raya dalam suasana PKP, tapi raya tetap akan disambut. Hidangan biskut raya tetap akan ada. Kali ini kami akan kongsikan Resepi Crunchy Almond Bar yang sangat simple penyediaannya.

Crunchy almond bar kalau dilihat seperti biskut florentine, dari segi bahan dan cara masaknya sama, cuma berbeza pada bentuknya sahaja iaitu petak yang dibakar didalam dulang dan bulat dibakar dalam paper cup.

Setiap gigitan akan rasa kerangupannya dan kemanisan daripada biskut ini. Tak hairanlah kalau hadap sebotol pun cepat je habis, dah macam makan kudap-kudap sambil tengok tv sambil menikmati keenakan biskut ini.

Untuk membuat biskut ini sangat senang kerana bahan-bahannya sahaja tidak banyak, hanya menggunakan lima bahan sudah boleh buat satu jenis biskut. Caranya juga senang dengan campurkan semua bahan dan kacau rata sahaja.

Biskut ini kalau dibeli agak mahal harganya, sebab bahan-bahan yang digunakan juga agak mahal kerana menggunakan pelbagai jenis kekacang. Resepi biskut ini telah dikongsi oleh Zaky Mat Ali.

 

RESEPI CRUNCHY ALMOND BAR

Salah satu bahan yang digunakan ialah tepung bienetta. Jangan terkejut jika lihat dalam resepi biskut ini tidak menggunakan sebarang gula untuk memaniskannya kerana kemanisan yang terhasil daripada tepung yang digunakan itu.

photo6258084619962396711.jpg (720×468)

Bahan-bahan:
  • 200 gram tepung Bienetta
  • 150 gram badam keping
  • 80 gram kuaci
  • 80 gram biji labu
  • 20 gram bijan hitam

photo6258084619962396709.jpg (720×535)

CARA-CARA PENYEDIAAN ALMOND CRUCHY BAR

▶️ Mula-mula badam dan biji labu di bakar dengan suhu 160 darjah celcius selama 10 minit, Kuaci selama 5 minit. Biarkan sejuk.

▶️ Selepas itu satukan semua bahan dan gaul rata.

▶️ Panaskan oven 160 degree. Alas tray dengan baking paper.

photo6258084619962396708.jpg (720×494)

▶️ Kemudian tuangkan adunan ke dalam tray. Ratakan.

photo6258084619962396707.jpg (720×472)

▶️ Bakar selama 10 minit.

photo6258084619962396710.jpg (720×505)

 

BACA JUGA :Resepi Ikan Pari Masak Lemak Cekur, Masakan Jawa Rasa Lemak Pedas Yang Menyelerakan!

 

Biskut ini agak sedap apabila dijadikan kudapan, bagi menyediakan biskut ini sekejap sahaja kerana mengambil masa 10 minit untuk dibakar. Dengan kepingan yang nipis menjadikan biskut ini sangat crunchy.

45754738.jpg (1200×800)

Selepas dimasak hendaklah terus dipotong semasa masih panas, jika sudah sejuk Akan susah untuk dipotong mengikut bentuk yang kita mahu kerana gula caramel akan keras dan pecahkan kepingan jika dipotong juga.

Walaupun bukan hari raya, biskut ini boleh juga dibuat. Kalau dilihat pada harga bahan-bahannya memang agak mahal, tapi bila buat sendiri sangat berbaloi dari beli yang sudah siap. Resepi almond crunchy bar ini mudah sangat-sangat untuk dicuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.