Resepi Mee Goreng Mamak Yang Simple Dan Padu. Sepinggan Tak Cukup Dibuatkan!
Teringin nak makan mee goreng mamak? Tapi malas nak keluar makan kedai! Disini kami kongsikan resepi mee goreng mamak yang gerenti dapat memikat hati dan perut anda. Mee goreng mamak menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang pedas dan manis, kena dengan selera kita.
Jangan risau, sekarang anda boleh buat mee goreng goreng mamak sendiri, dimana kebersihan dan rasanya lebih terjamin. Anda juga boleh adjust rasa mengikut cita rasa anda sendiri. Kesedapan ayam goreng garing yang dimasuk didalam mee goreng ini lagi membuka selera anda.
Untuk menghilangkan bau kapur pada mee kuning tersebut. Mee kuning ni perlu direbus atau dibasuh sehingga bersih sebelum dimasak. Ini dapat mengurangkan bau kapur pada mee kuning. Namun jika anda tidak suka makan mee kuning. Boleh tukar resepi ini dengan menggunakkan maggie. Rasanya pun juga sedap.
Cara penyediaan mee goreng mamak juga mudah. Iannya menggunakan sebuk kari yang ditumis dulu dengan bahan masakan lain seperti bawang, cili padi sos dan kicap. Kemudiannya, dicampur telur pecah dan sayur sebelum dimasukkan mee didalamnya. Akhir sekali barulah dimasukkan ayam cincang yang sudah siap digoreng. Kemudian digaul dibati bersama mee tadi.
Disebabkan cara penyediaan resepi mee goreng mamak ini sangat mudah, apa kata kita follow resepi yang dikongsi oleh seorang pengguna facebook iaitu cik puan Liza Idris. Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi ini mudah ini. Jom kita masak!
RESEPI MEE GORENG MAMAK
Mee goreng mamak ni kalau dihidang panas-panas pasti bertambah selera. Sepinggan confirm tak cukup tau! Jadi tanpa membuang masa apa kata kita lihat satu persatu bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan resepi mee goreng mamak yang padu ini.
Bahan-bahan yang perlukan :
- 1 bungkus mee kuning
- ½ bii bawang besar (dihiris)
- 3 ulas bawang putih (dihiris)
- 2 sudu cili kisar
- 1 sudu serbuk kari
- 2 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu kicap manis
- 1 batang lobak merah (dihiris bulat)
- 1 cawan air
- 2 biji telur
- Ayam yang digoreng (dicincang)
CARA PENYEDIAAN MEE GORENG MAMAK :
▶️ Hiris nipis 1/2 biji bawang besar dan 3 ulas bawang putih. Panaskan minyak masak, tumis hingga kekuningan.
▶️ Letak 2 sudu besar cili kisar. Tumis sampai pecah minyak. Campur 1 sudu besar serbuk kari daging. Tak kisahla cap apa.
▶️ Masuk pula 2 sudu besar sos cili dan 1 sudu besar sos tiram. Kacau dan kacau. Tumis lagi sampai pecah minyak.
▶️ Letak 2 sudu kicap. Kacau lagi.
▶️ Masuk 1 batang lobak merah yang dihiris bulat.
▶️ Jika kuah pekat dan likat, tambah setengah cawan air. Kacau dan kacau lagi.
▶️ Masuk 1 bungkus mee kuning yang dibasuh dulu ye. Kacau sampai mesra.
▶️ Ketepikan sedikit mee tu, kemudian pecahkan 2 biji telur ayam. Gaulkan sebati.
▶️ Masuk ayam goreng yang dicincang halus. Siap!
BACA JUGA: Resepi Ikan Patin Pais Tempoyak Yang Cukup Enak. Penggemar Tempoyak Wajib Try Menu Ini!
Tada! Siap dihidang! Kalau ada bawang goreng boleh taburkan dibahagian atasnya. Lagi sedap jika makan dengan cili jeruk, rasa masam-macam pedas sedikit dapat menaikan lagi selera makan anda. Nak tambah telur mata pun tak menjadi masalah ianya mengikut selera anda.
Anda juga boleh masukkan apa-apa bahan sahaja dalam masakkanya. Sesetengan orang suka letak fish cake dan sayur sawi. Kalau anda perasan kalau mee goreng mamak ianya terasa agak sedikit garing-garing dikuali. Rasa itu bertambah sedap bila dimakan,
Lepas ini kalau nak cari mee goreng macam mamak. Tak perlu keluar beli boleh masak sendiri dirumah lagi sedap dan boleh masak puas-puas bersama keluarga. Semoga resepi mee goreng mamak versi melayu ini dapat memberi anda manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!